Khamis, 31 Ogos 2017

Sehati Sejiwa


Bercebis bongkah berbeza rona,
Bila dicantum terciptalah indah;
Begitulah resam nusa terbina,
Cabaran mendatang sama diredah.

Isnin, 31 Julai 2017

07-17 in 7-1-7 Sentences

Disebabkan (seperti biasa) kekangan masa menjauhkan saya daripada blog purba ni, maka biarlah saya ringkaskan catatan hidup sepanjang Julai 2017 ini dalam 7-1-7 ayat.

...and LET'S GO!

7
- I got myself a football jersey (thanks to 100 Plus).
- I became an extra for a short movie.
- Laluan lengkap MRT dibuka.
- Jumpa Lily James.
- Went to the coolest/most awesome Raya open house. Ever.
- I got myself a football jersey (again).
- TeaLive & llaollo gave me a treat.

1
- My uncle got married.

7
- I got myself a ticket to watch the KL 2017 opening ceremony.
- Jumpa 'pakcik PPAP'.
- Bawa kereta dari Ampang ke Titiwangsa.
- Penggambaran drama kt kolej; ada Chris Brown Aliff Aziz.
- Terkesan dengan Dunkirk.
- Makan nasi hujan panas.
- Bawa basikal merentas Gorges du Verdon.

OK, itu sahaja. Cerita lebih lanjut akan dibebel dengan lebih panjang bila saya ada masa.
Chao.

Jumaat, 30 Jun 2017

Syawal 1438H

✨🌙

Tatkala ar-ramad berkabut sirna,
Di benak syahdu bersulam ceria;
Berimbuh rahmat menghadir kirana,
Takbir rindu menghening dunia.

Biarkan cambah ukhwah nan erat,
Santun dijelma walau sekilas;
Jasad persembah cebisan maghfirat,
Di balik atma yang mengharap belas.

Di sudut gempita belantara kelikir,
Di sudut damai teduhan mersawa;
Berseri pelita gemerlap terukir,
Salam nan permai buat semua.

✨🌙

Rabu, 31 Mei 2017

Semarak Cita

Seperti yang ceritakan nun jauh pada awal tahun hari tu, 2017 bakal menyaksikan Malaysia kembali menyandang tugas sebagai tuan rumah Sukan SEA, kali ni bagi edisi ke-29 (KL 2017). Dari 18 hingga 30 Ogos nanti, meriahlah kawasan KL ni dengan atlit dan penyokong dari pelosok Asia Tenggara.

Untuk menambah meriahnya, Larian Baton diadakan buat julung kalinya di semua ibu negara di Asia Tenggara (klik di sini untuk gambar-gambarnya). Seperti juga acara sukan utama yang lain, KL 2017 mengadakan Larian Obor yang merentasi kesemua 13 negeri & 3 Wilayah Persekutuan. Apa yang menarik (& best)nya, orang awam dijemput untuk ikut serta bukan setakat sebagai pelari, malah menjadi pembawa obor. Hanya daftar secara atas talian, & insya-Allah dapat la tu.
Lariannya bermula di Johor Bahru pada 13 Mei. Maka, peringkat pertama larian adalah di Johor. Semasa mendaftar, saya lihat lokasi larian paling dekat dengan Segamat ialah Tangkak (😪) *kfine*. Bila kali pertama dapat panggilan daripada Pejabat Belia & Sukan Tangkak, saya tahu mesti ada khabar gembira. Nak dijadikan cerita, di Tangkak nanti ada tak sampai 50 orang yang ikut serta. Hambar, kan? Nak buat macam mana, dah hari Rabu (hari bekerja), siapalah yang ada masa nak ikut.

Tibalah 17 Mei 2017. Selepas taklimat sehari sebelum itu, saya jadi makin teruja (more on that later on). Larian bermula di Jambatan Sultan Ismail, di mana rombongan 'cik Kiah' dari daerah Muar menyerahkan obor kepada daerah Tangkak. Lepas itu, sesi larian pertama bermula sejauh 2 km. Selepas berlari sejauh lebih 1 km, giliran saya pula mengepalai skuad larian sambil memegang obor keramat tu.
Cuba angkat obor 1.9 kg guna sebelah tangan.
KAU RASA?
Rasa teruja tak dapat disembunyi. Yalah, kalau ikutkan sukar nak bayangkan budak (super) skema macam saya ni nak terlibat dengan benda-benda macam ni. Namun keterujaan itu agak dicantas sedikit dengan kehambaran umum di kiri dan kanan (which was totally understandable; siapa je nak tunggu tepi jalan tar pada jam 12.30 tengah hari (!)?) (😵). Apa-apa pun, larian tetap diteruskan & keterujaan saya memuncak bila dapat melangkah melalui denai yang pernah biasa dilalui *cewaah*.
Look closely at the sign board to figure out where I am.
Sebab tu saya rasa teruja sangat - sebelum ni saya dimaklumkan, sesi pertama larian adalah dari jambatan hingga ke SAMURA. Hmm, apa lagi? Bersemangatlah segala zahir dan batin! On a serious note, the fact that I was given the chance/honour to bring the torch into my alma mater was totally beyond great/awesome.
Bagai sirih pulang ke gagang,
Membawa bersama semarak cita.
That was me (dua dari kanan, yang cuba nak tumbuk langit tu),
shouting
"CEKAP!" just out of nowhere.
(klik gambar untuk galeri penuh)
Lepas dah penat berlari, makan tengah hari disediakan (walau pun saya tak makan pun sebab lama sangat beratur (😣). Lepak-lepak sekejap di surau, sebelum menjengah bilik guru.
Meeting my super duper juniors & my forever sempoi class teacher.
Usai di SAMURA, konvoi menuju pula ke SMK Tun Mamat bagi sesi kedua - berlari ke Dataran Tangkak. Saya gagahkan jua walau pun tak makan tadi (& you still wonder why I'm skinny?) (💀). Di sini, suasananya meriah sebab melintasi bahagian utama pekan Tangkak. Di kiri kanan ramai jugalah yang menunggu sambil merakam imej yang diperlukan di Facebook masing-masing. Sempat juga menyapa murid-murid SJK(C) Chi Ming 2, dan makcik jual kain di kiri dan kanan. Seronok rasanya berkongsi keterujaan yang bukannya selalu ada di Malaysia ni.

Kalau ikutkan, hari berikutnya ada lagi larian di Tangkak (Dataran - Plaza Tol, & Kesang - Sg. Rambai (penyerahan kepada Melaka)), tapi sebab dah tak boleh nak rasa kaki ni, maka duduk di rumah sajalah jawabnya. Nasib baik abang Pejabat Belia tu tak suruh bagi balik kemeja-T tu (eksklusif tau!).
Kalau ikutkan juga, pendaftaran atas talian dah berzaman tutup, tapi kalau ada yang masih nak ikut serta, rasanya boleh je rujuk kepada Pejabat Belia & Sukan yang berhampiran sebab ada yang berlari di Tangkak ni direkrut melalui pihak tu. Jadi, belum terlambat lagi untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan Malaysia untuk #BangkitBersama pada 2017 ini.

Majulah Sukan Untuk Negara,
Majulah budak skema untuk cuba tahu semua benda *apakah?*.

Selasa, 30 Mei 2017

PBAKL (That's Back in KL)

Pada tahun lepas, saya ada membebel panjang tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) disebabkan lokasinya yang bukan di dalam KL pun. Setelah mendapat aduan dan 'kecaman' daripada banyak pihak, bagi edisi ke-36 ini, PBAKL kembali ke rumah lamanya - PWTC. Good move by the organizer, sebab dapatlah saya menjengah hingga 3-4 kali (🚇). Tak banyak juga hasil tuaian buku kali ni sebab tak banyak bajet (& juga sebab Bank Rakyat macam lagi suka layan saya macam pengemis).

Kalau anda ni sedia maklum dengan agenda lazim saya di PBAKL ni, sememangnya ia menjadi 'tapak buruan' tahunan bagi selfie glamor - nak-nak lagi bila dah belajar di KL. Dari 2014, 2015, dan 2016, memang akan sentiasa ada hasil fotografi dari PBAKL ni. Jadi, dah semestinyalah 2017 ini akan menjadi platform menambah koleksi peribadi.

Disebabkan banyak sesi bertemu penulis & selebriti, jadi saya pergi yang mana sempat/berkenan (sorry not sorry, Fattah Amin). 
Imam Muda Asyraf, Sayed Munawar, Ramlee Awang Murshid
Sesi berjumpa dengan Ramlee Awang Murshid (R.A.M.) lagi best sebab sesinya agak eksklusif gitu, bersempena dengan Perhimpunan 1000 Penulis yang julung kalinya diadakan pada PBAKL. Siap dapat tanya soalan lagi. Hampir juga saya makan semeja dengan dia, tapi dah ada orang 'cop' tempat 😂.

Tapi, kadang-kala, orang yang tak (berapa nak) ada kaitan dengan dunia buku pun ada kt sini. Itu yang lagi meriah suasana.
Datuk Santokh Singh, Imuda
Datuk Santokh datang untuk memenuhi masa di reruai Negaraku, manakala Imuda dijemput oleh DBP sebab dia kartunis (which is technically part of the book world lah). Paling tak menahan, saya 'terpaksa' membeli salah sebuah komik Imuda atas rasa bersalah selepas ditegurnya:
"Selfie nak, beli buku abang ni tak nak pulak (!)"
Nasib baik RM10 je, tapi bolehlah saya anggap tu amal jariah sikit.

OKlah. Jumpa lagi pada PBAKL 2018; insya-Allah.
Teruskan membaca, kerana ia akan membawa minda kita ke mana sahaja.