Selasa, 24 Mei 2011

What Time Is It?

Wazzup, guys!
Yes, what time is it...? Holiday! Dah macam High School Musical 2 la pula, kan? Seperti mana yang kita semua tahu, dah bermulalah cuti persekolahan bagi penggal pertama 2011. Tapi, bagi saya, cuti itu tak ada maknanya sebab:
- Saya diberi cuti selama seminggu saja; para pelajar tingkatan 5 SAMURA akan diminta kembali ke sekolah pada 5 Jun nanti. Tak best...
- Ada berlambak-lambak kerja rumah nak dibuat. Esei, folio, dsb. Senang kata, macam-macamlah 'hadiah' yang saya dapat untuk dibawa pulang ke rumah.
- Kenduri sana, kenduri sini. Dewan MPS, Seremban, kemudian Jalan Serama, Johor Bahru. Apa-apa pun, congrats to Kak Tini and Fairuz...
Walau macam mana pun, kerja tetap kerja, dan saya harus selesaikannya, kan? Jadi, sabar je la... But anyway still, saya akan cuba untuk bergembira sepanjang cuti ini, sebab cuti yang paling best ialah cuti di rumah; east or west, home is the best. Wassalam.

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat '16 Mei', Cikgu!

Assalamualaikum... :-)
Haa... bila dah nampak logo di atas, mesti anda akan terus terfikir akan satu hari yang cukup istimewa, lebih-lebih, lagi buat mereka yang kita panggil cikgu. So...
Ya, SELAMAT HARI GURU 2011! Sesungguhnya, guru-gurulah antara insan yang bertanggung jawab menjadikan saya sebgai individu yang berjaya pada hari ini. Jadi, terima kasih atas segala ilmu yang telah dicurahkan; terima kasih atas kesabaran yang tidak terhingga dalam melayan kerenah para pelajar; terima kasih atas segalanya.

For that, terima kasih buat:
- Cikgu Sulaiman bin Bahrom (Abah) dan Cikgu Halimatus Saadiah binti Mahadi (Umi)
- Guru-guru di SK Bukit Hampar, Segamat (2001-2003)
- Guru-guru di SK Bandar Putra, Segamat (2004-2006)
- Guru-guru di SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat (2007-2009)
- Guru-guru di SM Sains Muar, Ledang (2010-2011)

Tidak dapat dinafikan lagi, cikgu-cikgulah yang membuat saya menjadi insan yang lebih baik pada hari ini, dan bukan sahaja saya, malah guru adalah insan yang penting dalam menentukan hala tuju negara pada masa hadapan. Sememangnya, Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. So once again, selamat menyambut tanggal 16 Mei, cikgu. Wassalam.