Rabu, 31 Disember 2014

Throwback 2014

Wow, sedar tak sedar 2014 dah:
- melabuhkan tirainya
- sampai ke penghujungnya
- menemui titik noktahnya
Pilihlah mana satu yang sesuai (walaupun semuanya frasa klisé).

Jadi seperti biasa, saya akan imbas kembali momen-momen yang mewarnai hidup (& blog) saya ini sepanjang 'two-o-one-four'
3, 2, 1, Throwback!

JANUARI
- Celebrating January 1st on a train en route to 'Soghomban'
- Bergelar siswa TESL di KPTM KL

FEBRUARI
- Wrote my only lyrics for this year
- Meraikan tweet & tontonan blog ke 10,000! (well, kind of)

MAC
- No more 'teen' age; I'm officially 20!
- Membawa SAMURA ke Segamat (:P)

APRIL
- Dunia siswa berterusan
- Antara selfie & buku di PWTC (:3)

MEI
- Jadi budak UTM kejap
- Kembara belia di Putrajaya

JUN
- Pertama kali bawa kereta di KL+dalam hujan+waktu puncak; antara aras 86, Merlion, & Matyo
- The most epic selfie yet; Daulat Tuanku!

JULAI
- Ola bola!
- Aidilfitri yang melankolik

OGOS
- Kembara solo ke sempadan
- Keep falling (& selfie-ing) with Yuna
- Akhirnya berjumpa (& berselfie) jua dengan sang angkasawan
- Kombo selfie di balik laungan "MERDEKA!"

SEPTEMBER
- Fit for Life (& for the media's camera)
- Ronda KL ala-ala The Amazing Race
- Jumpa Akil di Life Action Bureau

OKTOBER
- Keep on TESL-ing
- Digelar 'budak Dekan'; Alhamdulillah (:D)

NOVEMBER
- Kali ke-2 ke arena nasional
- Tamatlah tahun pertama sebagai budak kolej

DISEMBER
- Journey to the centre of China
- Dapat baucar Pizza Hut RM20 (yeay?)

Jadi secara keseluruhannya, 2014 merupakan tahun yang amat mengujakan. Macam-macam memori gempak yang kadang-kala buat orang lain sentap *heheh*. Moga-moga momentum ini berkekalan pada tahun hadapan; insya-Allah.

Dalam masa yang sama, harus juga saya ketengahkan pelbagai perihal sedih yang menghurungi Malaysia sepanjang 365 hari yang lalu. MH, tanah runtuh, banjir, beliung. Banyak benar dugaan. Namun keyakinan harus diletak bahawa itu semua menyembunyikan secebis hikmah. Kepada yang terkesan, doa dihulur agar tuhan mengurniakan kekuatan jasmani & rohani untuk menjalani hari-hari mendatang.

Setiap yang patah akan tumbuh, setiap yang hilang akan berganti.
Walaupun yang tumbuh & berganti itu tidak akan serupa dengan yang asal, tapi itulah sebaik-baik pemberian tuhan. :)

Jutaan maaf atas segala salah & silap secara fizikal & verbal.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada detik 2014 saya.

See you in 2015; insya-Allah. :D

Sabtu, 27 Disember 2014

Faith in Humanity?

Baru-baru ni saya melawat CikWa (a.k.a. mak sedara) yang baru melahirkan anak ketiganya pada 14 Disember yang lepas (cantik kan tarikh tu, 14/12/14). Adib Afsyar namanya.
Lagi seorang sepupu yang nak dilayan kerenahnya.. :3
Comel kan? (^_^) Yalah, bayi mana yang tak comel pula kan.

Namun, bila saya tatap muka dia berkali-kali (sebab 'geram' sangat :3), macam-macam yang terlintas di fikiran.

Macam mana dengan kawan-kawan sebaya dia?

Ada yang dimandikan sendiri oleh alam kerana tilamnya ialah semak-samun.
Ada yang didodoikan dengan gegar dan letup huru-hara.
Ada yang lena dikelilingi putih awan dan terus lena selepas itu.
Ada yang beribukan jasad berkuman tak bernyawa di barat sebuah benua.
Ada yang berada di sekolah bukan sebagai pelajar, tapi penumpang.

Macam mana?

Kadang-kadang, objek yang nampak ringkas seperti bayi sebenarnya menyembunyikan konotasi yang amat kompleks. Tak terkira betapa banyaknya hal yang kita boleh renungkan hanya melalui seorang bayi.

Sepanjang 2014, macam-macam perkara yang menguji nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Krimea, Palestin, Syria, Ebola, feri Siwon, Ebola. Dua daripadanya terkena terus kepada kita di Malaysia. Gabungan aksara M dan H dah cukup untuk kita memahami apa yang saya maksudkan.

Bila melihat perkara sebegini berlaku, antara isu yang menjadi perhatian utama ialah nasib kanak-kanak yang terbabit. Itu buat saya terkfikir, adakah mereka yang berada di sebalik tabir konflik itu tiada nilai empati yang menginsankan manusia? (soalan yang mungkin kita dah tahu jawapannya)

Kuasa itu penting & rasanya kita semua inginkannya, tapi seperti yang kita selalu dengar,
"with great power comes great responsibility."
Sayang sekali, rasanya macam dah tak ada siapa yang hayati kata-kata di atas ni.
Takhta diburu cari, murbawan dilanggar lari. *haih*
Sudahnya, kesan domino itu berakhir di kelompok anak kecil. Mereka yang tidak tahu apa, dihujani dengan natijah malang yang berpangkal daripada amarah si dewasa yang dahagakan titisan kuasa tanpa menyedari bahawa titisan itu akan tersejat jua.

Kesian kan?

Di dalam Malaysia sendiri, tidak kurang banyak juga ujian yang melanda. Tanah Tinggi Cameron, Bukit Beruntung, banjir. Ceritera sedih si anak kecil adalah antara fokus di balik bencana. Mustahil kalau tak ada rasa sedih & sayu melihat paparan di akhbar dan berita TV berkaitan dengan bayi yang hanyut dek air bah, atau bayi yang sekelip mata tiada berbapa dan beribu.

Namun, dalam sibuk menceritakan tentang kisah-kisah sedih di dalam ruang lingkup banjir ini, ia menampakkan betapa kita di Malaysia ini masih jauh daripada menjadi matang & bertanggung jawab, terutamanya di media sosial. Sedih bila tengok ramai yang taksub dengan butang 'Kongsi' (BI: 'Share'). Entah sahih atau tidak, jumpa saja berita atau perkhabaran, terus kongsikan. Lepas dah beribu-ribu perkongsian dibuat, baru tahu rupanya berita itu palsu belaka.

Nampak macam tak adalah impak sangat bila tersalah kongsi berita macam tu. Memanglah, kalau kita yang menjadi tukang kongsinya. Cuba berada di tempat si mangsa banjir yang dapat berita seperti "kertas SPM hanyut" atau "empangan di Thailand dibuka". Mesti panik. Tak keruan fikiran. Kelam-kabut nak selamatkan diri & keadaan. Alih-alih, palsu. Tak rasa sakit hati ker macam tu? Menyusahkan.

Jadi tolonglah, (peringatan buat semua & diri saya sendiri) matangkan diri kita. Dapatkan kesahihan sebelum kongsi apa-apa khabar angin. Sentiasa ada rasa tanggung jawab di media sosial.
Tak ada gunanya berlumba nak jadi yang paling pantas sampaikan maklumat. Berlumbalah untuk jadi yang paling tepat sampaikan maklumat.
Be someone who can contribute towards humanity.
Orang ramai pun suka, kita pun dapat pahala.

Hmm, jauh kan isu yang saya kupas. Semuanya bermula dari seorang bayi.

Mengakhiri bicara kali ini (wah, dah macam kt dalam forum perdana jer bunyinya :P), baca & (cuba) hayati simbolisme saya terhadap imej di bawah ini.

Kecil.
Tangan yang segenggam memaut jari yang sebatang.
Kita adalah tangan itu.
Seramai mana pun, tetap akhirnya berpaut kepada yang satu.
Jari itu adalah perlambangan Dia. Jari itu yang kita tegakkan setiap kali mengizhar ikrar bahawa Dia itu tiada berdua.

Andai genggamnya longgar, terlepaslah pautan.
Terkapai.

Kita terlalu kecil.
Kalau nak buat tangan itu seragam geraknya pun tak mampu, rasanya hatta nak disentuh jari itu pun cuma layak kita panggil mimpi.

Kita terlalu kecil.
Kenapa perlu ada lagak gaya sang besar?

Sabtu, 20 Disember 2014

6.7 : The Obnoxious

Kalau ikutkan, saya nak ulas pasal isu ni secara panjang lebar.
Bila fikir balik, tak payahlah.
Buang masa & tenaga jer.
Baik sampaikan secara ringkas & padat.

Sebelum jauh menyusuri blog post kali ni, sila fahami frasa berikut:
Saya tidak ada sebarang masalah atau isu dengan pendatang asing yang SAH (BI: legal immigrants).

Jadi harap maklumlah bahawa prejudis (& kebencian) saya hanya difokuskan kepada mereka yang menceroboh negara ini & menganggap tanah ini sebagai milik ayah mereka.

Malas nak cakap panjang, tengoklah sendiri.
6,700,000! Separuh daripada jumlah tu - pendatang HARAM!





Ada yang akan pertikaikan pendirian saya ni. Hujah mereka: orang Malaysia terlalu memilih kerja.
Tiada justifikasi yang munasabah di situ.

Kadar pengangguran yang masih tinggi. Had umur persaraan yang dinaikkan.
Itu dah satu hal.
Lagi satu. Nak sangat cari untung maksimum. Nakkan pekerja sampai tak kisah apa yang dibawa dari tanah air mereka.

Kebanyakan yang dibawa: MASALAH.

Kebersihan, keselamatan, sosiobudaya, ekonomi. Apa jer elemen yang mereka tak porak-perandakan?

Pada ketika ini, harus saya tegaskan sekali lagi: Saya tidak punya isu terhadap imigran yang sah & mencari rezeki di sini, OK.

Kepada kerajaan, jangan jadi sotong sangat. TOLONG abaikan segala kecaman jiran sekeliling. Kembalikan/Adakan hukuman sebat terhadap PATI. TOLONG. Nampak kejam, tapi kalau dah tak makan saman, itu je la cara nak mengajarnya.
Ini Malaysia, bukan U.S. atau U.K.
Kita tidaklah luas mana untuk tampung ramai sangat imigran. 6.7 juta dibandingkan dengan 30 juta, nisbahnya lebih 1:4. 1 imigran dalam setiap 4 rakyat Malaysia.
Jadi, TOLONG kurangkan mereka.

Kalau ada PATI yang membaca ni (can they even read?), ingat:
Ini negara saya. Saya ada hak untuk tinggal dengan aman di sini.
Kamu tiada hak itu. TOLONG beredar.
You can do it in an easy way, or a hard way.
Choose.

Kalau ada pegawai mana-mana kementerian yang baca ni, sedarlah:
Kami dah tak tahan. Mereka makin ramai.
Ini sebuah negara, bukan tapak kenduri.


Saya Syafiq Asyraf,
dan saya menuntut hak saya untuk tinggal di Malaysia yang benar-benar Malaysia.

Jumaat, 12 Disember 2014

Běi Jīng Huān Yíng Nĭ

Halu, semua...!

Hmm, apa makna tajuk bagi pos kali ni ea? Ha, kalau nak tahu (kalau tak nak tahu pun, ada aku kisah? :P), ikuti sajalah kembara saya kali ni.

Baiklah, waktu saya menaip ni, dah genap seminggu saya sekeluarga pulang dari bercuti di ibu kota kepada negara paling ramai penduduk di dunia. OK, to make it easy (kepada mereka yang kurang arif bab-bab Geografi ni), saya telah berkunjung ke Beijing (!). Ha, jauh tak berjalan? Seperti biasa, cuti hujung tahun sajalah masa yang sesuai, sebab dah alang-alang semua sedang bercuti, kan. So, let's hit it!

AHAD, 30 NOVEMBER 2014
Bergerak dari rumah jam 10.30 pagi. Singgah di R&R Seremban. Singgah lagi di Masjid KLIA. Tiba di KLIA2 jam 3 petang. Disebabkan agak terlalu awal tiba (7.40 malam beru berlepas), kam lepak dulu di luar pintu pelepasan. Dah sampai masa, lalulah pemeriksaan imigresen & kastam. Teruja sebab pertama kali berada di balai pelepasan KLIA2 walaupun dah pernah sampai sana. Lagi teruja sebab dapat lalu jambatan udara (BI: skybridge) pertama di Asia. Apa yang bestnya? Boleh tengok kapal terbang lalu bawah kita. Ha gitu!
Lagi best daripada Restoran Jejantas Ayer Keroh. Eh?
Jauh berjalan nak ke pintu pelepasan (!), tapi yang penting lagi selesa daripada LCCT dulu. Tak adalah terasa sesak sangat; kt KLIA2 ni, nak main bola (& tengok wayang) pun boleh.
Seperti dijadualkan, pesawat D7 317 berlepas pada jam 7.40 malam. Perjalanan mengambil masa kira-kira 6 jam 10 minit, melangkaui 4,346 km.

ISNIN, 01 DISEMBER 2014
Tiba di Beijing jam 1.45 pagi. Melangkah saja ke jambatan penghubung antara pesawat dan terminal (BI: aerobridge), dah mula rasa sejuk. Untuk makluman, musim sejuk sedang bermula di hemisfera utara ketika itu, termasuklah di Beijing. Huh, sejuk! Nasib baik dah siap-siap pakai baju panas.
Selesai segala pemeriksaan yang perlu, kami disambut oleh Eyra & rakan-rakannya. Eyra ni ialah adik kepada kenalan KakLong, & sedang belajar di Univ. Bahasa & Kebudayaan Beijing (BCLU). Sanggup ea dia tunggu sampai jam 2 pagi tu. Terharu kateko. Lepas terharu, terkedu pulak. Sampai kt luar terminal, hah.. -2°C suhunya! (saya akan ceritakan lagi pasal cuaca kemudian) Naik van sewa terus ke tempat penginapan. Solat & tidur.
Oh ya, kalau ikutkan tak payah pun kami perlukan bantuan mana-mana orang Malaysia di sini. Namun, di China ni, jangan haraplah nak jumpa orang tempatan yang mahir & mahu berbahasa Inggeris. So we need to rely on our fellow Malaysian family who learns & knows Mandarin very well. 

Paginya tu, kami berjalan-jalan sendirian tak jauh dari hotel sementara menunggu Eyra & rakannya Ayu untuk datang menjadi pemandu pelancong pada tengah hari. Cuaca memanglah menjadi cabaran utama sepanjang di Beijing ni. Speaking of which, udara di sini amatlah jahanam (Beijing merupakan antara bandar raya paling tercemar di dunia). Nilai IPUnya melebihi 500 setiap hari, tapi urusan harian masih dijalankan. Budak pergi sekolah, kilang macam biasa. Jadi, angin di sini bersifat sejuk kering, bukan seperti di Malaysia yang sejuk lembap (bila hujanlah). Bila sejuk kering, udaranya tu bagai mencucuk muka ni tau! *huhu* Jadi terpaksalah pakai krim pelembap & Vaseline.
If only this pic could come with a real-life temperature simulator (suhu: -7°C)..
Tengah hari. Eyra & Ayu baru habis kelas. Mereka bawa kami berjalan kaki ke sebuah restoran Cina yang menyajikan makanan halal. Tak jauh dari hotel. Menu wajib bila ke China ni (menurut kata Eyra) ialah mi tarik. Jadi, mi tarik satu!
Usai makan, kami dibawa ke stesen kereta api bawah tanah yang berdekatan iaitu Wudaokou, & there we were, exploring Beijing subway.
Catering the need of 19 million people..
Selepas banyak kali buat pertukaran stesen, kami tiba juga di stesen berhampiran dengan Jalan Wangfujing, antara kawasan tarikan pelancong di Beijing. Banyak gerai souvenir serta.. warung makanan eksotik. Hmm, tak tahulah macam mana ea rasa kala jengking, kuda laut & tapak sulaiman? :O
Kalau di Malaysia, ini mungkin Jalan Petaling + Bukit Bintang..
Sebelum pulang, kami singgah di Jalan QianMen, antara kawasan tradisional di Beijing. 
Di situ, kami menikmati makan malam di satu restoran makanan segera yang halal. Interesting.
Teh tarik Dicos..
Pulang ke hotel. At last, the day was over.. but not for me.
Saya dimaklumkan oleh Eyra bahawa rakan sekelas/sebayanya merangkap rakan Bestari 2 saya, Shazan Izzat a.k.a. Ijat nak singgah kejap di hotel. Taklah terkejut sangat, memandangkan saya dah lama beritahu dia tentang libur saya di Beijing ni. Bila dah jumpa tu, dia ajak saya untuk ronda-ronda BCLU dengan skuter elektrik yang dia bawa. Gila tak nak ikut? Choyy! Cuaca malam yang lagi membeku saya abaikan. Bukan senang nak ada pengalaman macam ni. Cuma sayang tak dapat nak ambil gambar yang jelas (duuh, malam kot).
Dia bawa saya meninjau kawasan kuliah & aktiviti sukan, sebelum berakhir di hostelnya. Ada lebih kurang 200 pelajar Malaysia di BCLU ni. Semuanya tertumpu kepada pengajian bahasa Mandarin. Semuanya juga ditaja oleh KPM atau MARA.
Asrama yang boleh tahan..
It took me 2 years & 2,700 miles to meet this ex-dormmate of mine once again.. :)
Balik semula ke hotel. Now the day was finally over for me.

SELASA, 02 DISEMBER 2014
Hari yang amat sibuk. Oh ya, untuk sesi pagi-petang ni, pemandu arah kami ialah Kak Fiqa & Kak Nuha, senior kepada Eyra, Ayu & Ijat. Dua-dua orang Nogori gitu (sukalah Umi, kan?). Dimulakan dengan ke Istana Musim Panas (BI: Summer Palace).
Sesuai dengan namanya, Tapak Warisan Dunia UNESCO ni menjadi tempat maharaja China dulu-dulu bersemayam semasa musim panas (obviously). Terlalu luas untuk diteroka, kami melangkah sejauh yang termampu sajalah.
Kemudian, perjalanan diteruskan. Sempat melalui beberapa monumen ikonik Beijing.
Pusat teater utama China, a.k.a. The Egg..
Seterusnya, ke dataran terbesar di dunia.
Tian'anmen..
Bangunan ikonik yang ada potret Mao Tse Tung tu adalah sebahagian daripada Kota Larangan, antara kompleks istana terbesar dunia. Memang sebesar-besar alam, bak hang!
Berlapis-lapis tembok menuju ke balairong seri..
Dalam pada itu, banyak artifak berkurun lamanya tersimpan rapi di banyak bangunan.
Lama juga nak menuju ke pintu keluar. Beso sangat tempatnya ni.
Sebelum pulang ke hotel, kami singgah makan di Niuje & solat di sebuah masjid berhampiran.
.
Seni bina China. Kalau tengok dari jauh, tak terbayang yang ni ialah masjid.
Malamnya pula, Eyra & Ayu datang lagi. Pelannya ialah ke Kompleks Olimpik Beijing, yang ada Kiub Air dengan Sarang Burung. Ingatkan berdua jer, rupanya satu kampung datang (OK, itu cuma propa). Ijat & rakan-rakan se-Malaysianya ikut serta. Memang best lah rasa, nak-nak lagi bagi saya sebab mereka semua sebaya (20's gitu). Rasa macam pergi lepak kt Pavilion :3. Dari hotel, jalan kaki ke BCLU, kemudian naik bas terus ke kompleks.
Rasa macam naik bas RapidKL; feels like home..
Teruja yang amat sangat bila dapat lihat dengan mata sendiri lambang kemegahan Sukan Olimpik ke-29 yang saya cuma tonton di TV masa Tingkatan 2.
Stadium Olimpik (atas) & Pusat Akuatik Nasional (bawah)..
With my new Malaysian friends.. Ohsem!
Singgah lagi sekali ke asrama BCLU, kali ni dengan Syakir. Jumpa si Ifwat (my SAMURA junior) kejap (again, sayang sebab tak bergambo). Naik skuter elektrik lagi untuk balik ke hotel.

RABU, 03 DISEMBER 2014
Hari terakhir (secara teknikalnya) di Beijing. Agenda hari ni 2 jer: Tembok Besar, & beli-belah. Untuk hari ni pula, Ijat & rakannya Faris yang menjadi pemandu pelancong. Gerak jam 10.30, & tiba di kawasan Ba Da Ling dalam sejam setengah kemudian.
Keluar dari van, kesejukan yang lagi melampau (ditambah dengan angin sejuk kering). Bila ditengok, -16°C. Sejuk gila (literally)! Puas nak ditahan. Nak sampai ke tembok, kena naik kereta ala-ala roller-coaster. Sempat la juga nak panaskan badan.
Nasib baik jarang bersin. Namun, bila dah dapat daki tembok tu, pergh! Kagum.
One of the seven wonders of the world..
Tak lama pun kt atas tu. Dalam sejam jer kot rasanya. Tak tahan sejuk, I tell you. Perjalanan pulang ke hotel, tapi sebelum tu singgah ke sebuah pusat membeli-belah untuk membeli saki-baki souvenir yang diperlukan. Dah macam pergi Mydin rasanya.
Borong, jangan tak borong..
Singgah lagi untuk makan malam. Eyra & Ayu datang lagi. Best.
The great youngsters who made our trip a memorable one.. :'D
Balik ke hotel. Kemas barang. 9.30 malam, beransur keluar dari hotel menuju ke lapangan terbang. Ijat jadi peneman kami, & dia bawa seorang lagi kawan. Kami dah nak balik barulah dia bawa budak Segamat. Haish, mengundang betul :P. Taufik Samuji namanya. Tinggal kt Tebing Tinggi, bekas budak SMKA. Bangga tu, orang Segamat belajo kt Beijing! :3
The Segamat boys.. :D
Selesai daftar masuk, apa lagi? Tunggu je lah sampai jam 2.30 pagi.

KHAMIS, 04 DISEMBER 2014
Naik pesawat D7 316 ke KL. Berlepas jam 2.30 pagi.
Sampai dalam jam 8.30 pagi. Jam 9 pagi, dah bertolak balik Segamat.

~THE END~

Dalam kesempatan ini, saya nak mengizharkan sekalung apresiasi buat mereka yang banyak membantu kami dari mula hingga akhir. Kepada Eyra, Ayu, Kak Fiqa, Kak Nuha, Ijat, Faris, Taufik, & yang selebihnya, tak tahu macam mana kami dapat membalas segala budi baik & pertolongan yang kalian beri walaupun hanya sebentar cuma kami merantau di Beijing ni.
"I was expecting your presence as our tour guide to be kinda awkward, but it turned out to be anything but.
Your friendliness were just beyond great. Your willingness to accompany us despite your hectic campus life touched the very bottom of my heart."
"To Ijat, thank you so much for all your assistance. God knows just how hard it'll be to pay it back. I owe you big time, budak Best 2. ;)"
"To Eyra, you are so like Scha al-Yahya :P. Keep on being cheerful, & thanks for your big help."
I'm honestly sorry for causing inconvenience to you guys throughout our stay. Send my warmest regards to your fellow friends (Ayu, Faris, Taufik, Kak Nuha, Kak Fiqa, etc.) who've been there with us. My thoughts & prayers will always be with you. May Allah ease all of you in gaining success, just like how you guys ease our journey.
Xie xie ni. :D

Oh ya, kalau ada yang tertanya-tanya apa maksud tajuk blog post kali ni..
maksudnya ialah "Beijing welcomes you" atau "Beijing mengalu-alukan anda."

;)