Selasa, 19 Mei 2015

Sunway Runaway

Baiklah, ini adalah imej-imej yang menceritakan kembara (genap) 2 minggu yang lepas:

 .
 .
 .
With that, I am ready to get caught red-handed. Sort of. :3

Thanks to Najah (gadis bertudung biru di dalam gambar ke-3 di atas), saya baru tahu bahawa pada Selasa pertama setiap bulan, Sunway Lagoon membuat promosi atas talian (SAHAJA): tiket masuk dijual pada cuma RM43, berbanding harga biasa yang rasanya hampir mencecah 3 angka kalau tak silap. Jadi, memandangkan saya tak pernah ke sana & dengan tawaran sebegitu rupa, saya fkir, "heck yes!". The rest, is history.

Tak banyak gambar yang sempat saya rakam sebab banyak aktiviti air yang dibuat, maka adalah leceh untuk angkut H/P ke hulu & ke hilir. Kalau nak tahu sangat rupa segala macam permainan yang ada, sila-silalah jenguk laman web mereka, OK.

Apa yang penting, memang best+mengujakan+menyeramkan. Best sebab akhirnya dapat bergelongsor di dalam vuvuzela, mengujakan sebab naik banyak permainan ekstrem, menyeramkan sebab ada rumah hantu & permainan ekstrem yang menambah seriau (for this, I would like to stress the sense of scariness  more on the latter *ceh*).

Oh ya, segala lembaga yang ada di dalam foto di atas tu ialah rakan-rakan sekolej, kecuali jejaka paling hadapan di gambar terakhir. Aimi namanya, yang merupakan 'si dia' kepada Najah *uuuuuuu*.

Well, that's a wrap up then. Sunway Lagoon memang best. Patutlah diiktiraf sebagai tarikan terbaik Asia.
Chao.

Sabtu, 16 Mei 2015

16-5-15: The Special Episode

Kebiasaannya, 16 Mei di Malaysia selalu disinonimkan dengan perayaan Hari Guru. Seperti juga tahun ini, perkara yang sama berlaku - kupasan di Astro Awani tentang agenda guru, Hot FM berborak dengan pendengar pasal keletah guru. Gitulah.

Namun 16 Mei tahun ini menjadi amat istimewa buat saya secara peribadi. Bukan sebab saya bergelar guru, tapi sebab saya menghasilkan sesuatu yang signifikan buat warga pendidik, khususnya di Johor.

Nak dijadikan cerita, bagi sambutan tahun ini, tiada lagu tema dihasilkan di peringkat nasional. Jadi, tuan pengarah di Jabatan Pendidikan Johor mahukan sebuah lagu tema yang khas bagi sambutan peringkat negeri. Nak dijadikan cerita juga, sambutan kali ini dibuat di Segamat. Ceritanya lagi, memandangkan kepakarannya di serata daerah, secara 'bidan terjun'nya Abah saya ditugaskan untuk mencipta lagu tersebut. WTH?

Bukan apa, nak buat lagu ni bukannya senang dik oi. Paling kurang, 5 bulan. Ini..  tak sampai 3 bulan nak disiapkan menjelang majlis pada 21 Mei. Nan hado betul lah.. tapi tak mengapa. Nasib baik minda sastera kreatif saya ni mampu mengarang lirik yang penuh gramatis *cewaah*. Dalam 6 jam, siap semuanya. Selepas digubah semula liriknya oleh Abah, ditambah dengan melodinya, & selepas 2 bulan berusaha di sebalik hakikat nepotism yang terserlah (very obvious kot :3),
I present to you, this year's theme song for the Teachers' Day celebration in Johor.
Bolehlah kan daripada tak ada? :3

Nampak macam tak ada apa sangat, tapi bagi saya, sesungguhnya ini adalah suatu permulaan yang cukup bermakna dalam usaha saya memasyarakatkan penulisan kreatif.
For me, every giant leap always starts with a tiny step.
Realiti yang menjadikan lagu ini didendangkan di seluruh negeri Johor tidak syak lagi membugarkan perasaan bangga & gembira dalam diri. Sudah pastinya juga, ia takkan berakhir di situ. ;)

Salam 16 Mei cikgu.
Sesungguhnya cikgu telah membina ilmu & menyempurnakan akhlak anak-anak Malaysia.