Jumaat, 16 Februari 2018

Year of the K-9

中国农历新年快乐!
(kalau tak faham, Google Translate kan hado)

Akhirnya, selepas 12 tahun, kitaran zodiak Cina kembali meraikan Canis lupus familiaris, atau dalam bahasa mudahnya - anjing. Sudah semestinya sebagai warga dunia yang lahir pada tahun zodiak ini, bukan senang nak bercerita tentang keraian zodiak sendiri. Jadi, dah alang-alang ada segala macam media sosial sekarang, eloklah saya selitkan sedikit info berkaitan di blog ini.

/gǒu/
Anjing ialah haiwan ke-11 daripada 12 haiwan dalam zodiak Cina. 2018 merupakan tahun bagi Anjing Tanah (BI: Earth Dog). Tak tahulah pula apa signifikannya anjing jenis ini; cubalah tanya kawan-kawan Tionghua anda. Tak naklah tulis yang bukan-bukan, takut jadi macam Petronas pula *oops*.

O..K.. what else?
Entahlah. 😅

Apa-apa pun, kepada mereka yang meraikannya, semoga Tahun Anjing ini membuatkan anda lebih produktif dan bertuah. Jangan jadi 'anjing menyalak bukit' pula, mahu pun 'anjing dengan bayang-bayang', serta 'anjing tersepit yang dilepaskan'. Sebaliknya, jadilah seperti Hachikō yang setia dengan tuannya; as they say it in English - a man's best friend.

Gong Xi Fa Cai!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan