Ahad, 6 Julai 2014

G.O.L.

Ketika artikel ini ditulis, rasanya dah lebih 2 minggu pesta bola sedunia ni berlangsung (rujuk foto di atas kalau tak faham -_-). Ketika ini juga Ramadan 1435H menyusuri minggu pertamanya (Salam Ramadan, semua! :D). Baiklah, kenapa tetiba saya bercerita pasal bola ni?

Yalah, kalau ikutkan pun bola & saya ni bagai minyak dan air yang takkan bergabung-meletup sampai bila-bila (agaknya). Tapi biasalah, musim bola ni semua orang akan terpalit dengan auranya. Hatta mak cik yang berniaga kt tepi jalan pun tetiba boleh jadi profesor dalam hal-hal bola sepanjang sebulan ni.

Buat masa ni, beberapa kejutan berlaku termasuknya penyingkiran pasukan berprofil tinggi seperti Portugal, Itali, England & juara bertahan Sepanyol. Dalam pada itu, gol demi gol dihasilkan walaupun gol pertama yang tercipta bagi Piala Dunia kali ini ialah gol sendiri yang dibuat oleh pemain Brazil sendiri (ironik kan?).
Banyak juga gol yang memukau terhasil daripada beberapa pemain ternama. Antara yang paling diingati sekali ialah gola daripada Robben Van Persie dari Belanda ketika perlawanan kumpulan menentang Belanda. Gol tandukan terbangnya itu menjadi perbualan hangat sehingga di'parodi'kan di media sosial.
The real "Flying Dutchman"..
Dalam pada itu, ada pula insiden lucu yang dicetuskan oleh penyerang Uruguay, Luis Suarez. Dengar namanya pun rasanya anda dah tahu apa yang berlaku, kan? Nak dipendekkan cerita, dia tu kurang kasih sayang ker?
Peminat fanatik Twilight, mungkin...?

Baiklah, dalam kesibukan kita melihat pasukan prolifik meneruskan buruan piala emas itu, di Malaysia ini pula (sama macam di tempat lain) ramai yang membuat ramalan; siapa menang, siapa kalah, siapa tersingkir awal. Ada pula yang dah terang-terangan menyatakan pasukan kegemarannya. Ada pula yang lebih fanatik, sedih tahap putus cinta bila pasukannya kalah & bersorak macam baru menang motor (eh?) bila pasukannya menang. Itu yang buat saya rasa pelik.
Kenapa? Bukan apa, rasa amat pelik bila melihat orang kita punyalah semangat nak sokong pasukan negara asing. Tak salah mana pun, cuma bagi saya itu amat pelik. Rasa macam, "hey it's not your country. Nak buat apa sokong? Kalau menang pun bukannya dapat cuti umum." Tak faham saya bila tengok mereka yang memenuhi kedai mamak menjerit & melompat keriangan bila pasukan yang disokongnya menjaringkan gol. Bukannya pasukan Harimau Malaya pun. Lek la.

Tapi, saya tak salahkan mereka. Mereka tu tak ada pilihan lain, terpaksalah sokong negara luar yang bertanding lebih-lebih lagi bagi edisi 2014 ini. Sebab apa? Mana ada Malaysia dalam tu. Walaupun...
Need I say more?
Jadi konklusinya di sini ialah, ini semua salah pihak yang 'menjaga' bola sepak Malaysia. Saya bukan orang yang arif pasal bola (obviously), tapi sebagai orang awam saya dapat perhatikan keganjilan yang berlaku. Ditadbir oleh orang yang tak pernah main bola (langsung) agaknya, macam mana mereka boleh mendakwa mereka tahu segalanya? Entahlah. Mungkin sebab bayangan wajah mereka macam ni mungkin? -----> ($_$)

Demam samba akan berakhir. Lagi 4 tahun, tumpuan akan beralih ke Rusia pula. Adakah Malaysia akan menyertai kemeriahan di sana sebagai pasukan bertanding, atau cuma hadir sebagai penonton semata-mata? We'll wait and see.

P.S.: Ramalan juara? Entah. Malas nak fikir. Why bother, why bother, why bother? :3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan