Memaparkan catatan dengan label Artikel Mini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel Mini. Papar semua catatan

Selasa, 29 November 2016

No Happy Meal, Still A Happy Guy

Marhaba.

Pada 14 November 2012, satu siri serangan yang dikenali sebagai ''Amúd ʿAnán' dilancarkan oleh rejim Zionis (rejim Z) ke atas semenanjung Gaza & berlarutan selama 8 hari. Ratusan menjadi korban, ribuan mengalami kecederaan. Seperti lazimnya, bantahan besar-besaran diadakan di seluruh dunia bagi mengecam tindakan tersebut.
Saya juga ada mengarang puisi untuk menzahirkan simpati pada masa itu. Klik pada imej di atas untuk membacanya.
Ada juga yang menyeru supaya syarikat perniagaan pro-Zionis diboikot, terutamanya McDonald's. Saya antara individu yang terpanggil untuk menyahut seruan tersebut.
And guess what?
4 years later, I'm still on that 'boycott boat'.

Ya, sudah lebih 1460 hari saya tidak menjamah walau sekeping pun kentang goreng McD. Mesti ramai yang tak percaya, kan? Tanyalah ahli keluarga & rakan-rakan kolej saya kalau mahukan kepastian 😀. Jadi, sempena meraikan ulang tahun ke-4 saya menjadi bebas 'MekDi' ni, eloklah kiranya jika saya berkongsi perspektif berkaitan hal boikot-memboikot ni ya.
As usual, if we're not on the same page, let's agree to disagree, OK? :)

Gerakan memboikot ini sering kali kita dengar, terutamanya apabila adanya serangan ke atas Palestin oleh rejim Z. Baru-baru ni pun istilah itu diguna pakai disebabkan situasi yang lebih dekat jaraknya dengan Malaysia, sehinggakan nak main bola pun kena tanya Parlimen. Dalam isu Palestin, gerakan ini diketuai oleh BDS Movement. BDS merupakan singkatan kepada 'Boycott, Divestment, Sanctions' (boikot, menarik balik pelaburan, sekatan ekonomi) yang diharap akan memberi tekanan kepada rejim Z untuk menghentikan tindakan ketenteraan terhadap Palestin.

Dalam kalangan orang kita, ada yang menyokong usaha ini & ada pula yang bersikap waham (BI: skeptical). Oleh itu, marilah kita lihat apa yang dihujahkan oleh kedua-dua belah pihak ini (fokus kita hanyalah McD je, ea).

Pihak yang menyokong usaha boikot ini didorong oleh sentimen tanggung jawab sesama Muslim, selain membantah pencabulan hak asasi manusia yang sudah lama berlaku di bumi Palestin. Aqsa Syarif misalnya, mengemukakan bukti yang menunjukkan francais McD di Malaysia masih ada kaitan dengan gerakan pro-Zionis. Anda boleh Google sendiri apa-apa yang patut kalau kurang yakin dengan penerangan di laman sesawang mereka.

Pihak yang sebaliknya pula menegaskan kesan boikot terhadap pembangunan ekonomi serta peluang kerja orang tempatan. Anda boleh lihat hujah mereka di sini dan sini. Malah, menteri kita yang 'tall, dark, & handsome' pun ada mengeluarkan kenyataan berkaitan.
Diambil daripada Astro Awani. Klik pada imej di atas untuk berita sepenuhnya.
Ada juga yang menempelak sikap tidak konsisten orang kita dalam memboikot sehingga boleh wujud istilah 'boikot bermusim', iaitu hanya menghidari McD apabila berlaku serangan ke atas Gaza & bukan pada hari-hari biasa. Mereka juga bersikap sinis dengan bertanya, "kenapa tak boikot sekali Facebook, Starbucks, dan yang seumpama dengannya?"
Bagi soalan yang terakhir tu, pihak BDS Movement ada memberikan penerangan grafik di laman sesawang mereka.
'boikot asing-asing' vs 'boikot kolektif'
Menurut BDS Movement, adalah lebih baik jika secara kolektifnya usaha boikot ditumpukan kepada satu entiti perniagaan (semua boikot A) berbanding jika dibuat secara berasingan (kau boikot A, aku boikot B, dia boikot C) kerana tekanan kewangan itu akan lebih ketara.

OKlah. Kalau ikutkan, banyak lagi sebenarnya hujah yang boleh saya gali daripada kedua-dua belah pihak (BI: both sides of the argument), tapi saya berhenti sampai di sini sahaja; kalau nak lagi fakta, pandai-pandailah Google sendiri, ea.

Tiba masa untuk menyelitkan elemen peribadi pula. Selepas 4 tahun berlalu, saya sudah biasa dengan ketiadaan McD dalam menu mingguan/bulanan. Kalau ada kawan yang mengajak makan di McD, saya ikut sahaja & menjadi pemerhati. Lama-kelamaan mereka faham dengan polisi saya tu. Saya cuba bersikap optimis/bersangka baik - mereka makan di McD, tapi mungkin mereka taklah ketagih Milo macam saya 😂. Mungkin juga mereka lagi banyak menderma kepada Viva Palestina kalau nak dibandingkan dengan saya.
Ada kalanya juga saya dikritik kerana cuba 'membunuh' punca rezeki orang kita yang bekerja di McD. Bagi saya, rezeki itu ada di mana-mana, lagi-lagi di Malaysia ni (saya pernah nyatakan di sini dan sini). Mungkin restoran McD tu boleh ditukar kepada Marrybrown atau burger Ramly; mana tahu, kan? 

OK. Andai katalah segala fakta yang mengaitkan McD dengan rejim Z terbukti salah & palsu, adakah saya akan berhenti memboikotnya selepas lebih daripada 4 tahun?
Of course not.
Anggaplah saya ni macam dah 4 tahun berhenti daripada tabiat merokok. Takkan nak dipaksa saya untuk kembali ke tabiat tu, kan? Lagi pun kalau bukan kerana Zionis pun, boikot McD merupakan sesuatu yang logik untuk dilakukan dari segi kesihatan. Isu penghasilan makanan McD agak heboh juga 2-3 tahun yang lalu sehinggakan chef selebriti terkenal Jamie Oliver pernah membuat exposé tentangnya.
Laporan daripada CBS. Klik imej di atas untuk berita sepenuhnya.
Anda boleh tonton video penuh pendedahan tersebut di sini. Jamie juga menggesa agar acara sukan besar dunia tidak lagi menjadikan McD sebagai antara penaja utamanya.
Kalau secara umumnya pun, kita memang tahu bahawa makanan segera seperti McD ni tak elok untuk badan kita jika selalu sangat ditelan. Sebab tu lah saya tak minum Coca Cola (satu lagi jenama yang dikatakan pro-Zionis), selain daripada Starbucks (simply because I'm not a coffee person 😀).

Akhir kalam, tindakan memboikot apa-apa pun bergantung kepada diri kita sendiri secara asasnya. Beberapa persoalan harus kita jawab dalam menjustifikasikan perlakuan tersebut (mengapa? apa kesannya? ada faedahkah?). Jika kita ingin orang lain ikut serta, ajak secara elok (& berserta hujah), bukannya memaksa (& berpaksikan emosi). Dalam soal ini, saya suka untuk berkongsi coretan daripada satu blog yang saya jumpa di sini. Begitu santun kaedah yang diutarakan dalam usaha kita membantu insan yang lemah tanpa menindas insan yang lain.

Apa jua tindakan/perlakuan yang kita buat akan ada kesan terhadap diri sendiri & orang di sekeliling. Adalah penting agar kita gembira/berpuas hati dengan kesan tersebut & dalam masa yang sama tidak mengganggu, malah lebih membantu orang lain.
As a Malaysian, it would be a total lie to say that food isn't one of the sources of happiness.
But you know what would make me happier?
My passport. And a flight ticket to Europe.
*tetiba*

Here's to another 4 years (& beyond) of McD-free.
I hope by that time, it'll be Palestine's turn to be Zionist-free.

Ma'as Salama. #PrayForGaza

Jumaat, 13 November 2015

V.A.P.E.

(DISCLAIMER: This might be a very long post. If you happen to die due to sore eyes (or even worse, boredom) after reading this, tell your next of kin not to sue me. Like seriously, don't. Please. I don't have RM2.6 billion in my bank account.)

Baiklah, tengok tajuk pun dah tahu apa saya nak borak.
Makin lama, makin tinggi keinginan untuk menyatakan pendapat tentang soal ini.
So, get ready for a solo debate.


~~~~~~~~~~~~~~~~
Seingat saya, dalam tahun 2013 benda alah ni dah mula kelihatan di Malaysia. Masa tu macam agak pelik la juga bila nampak orang hisap peranti yang berbentuk macam telefon Samsung. Sekarang ni, rasanya setiap kilometer yang dilalui di tempat awam mesti ada asap-asap yang agak 'try hard' nak jadi penyegar udara (no offence). Kini, ia menjadi topik perdebatan umum yang rasanya mampu menenggelamkan isu 1MDB (or maybe not).

Apa yang boleh saya lihat, masyarakat sekarang terbelah kepada dua blok bila cerita pasal vape ni: blok menyokong & blok menentang.

Saya? Of course/Definitely/For sure I am within the latter block. But for some obvious reasons lah. Sedangkan rokok pun membuat saya harap Christopher Columbus tak pernah wujud (just Google to find out why I mentioned his name), inikan pula vape. Saya pernah menzahirkan prinsip peribadi bila ada tembakau di >>sini<<. Jadi, elok rasanya kalau saya kongsi sudut pandang berkaitan vape pula.

Sebelum apa-apa terizhar di sini, harap sesiapa yang membaca dapat memahami satu perkara penting:
What I'm doing right now is called 'freedom of speech.' So if you can respect my opinion, I don't see any problem not to do the same to you. OK?
Let's agree to disagree, rite? :)

Sebelum berhujah, izinkan saya untuk menyenaraikan beberapa justifikasi utama yang para pengguna vape rasakan sebagai sebab mengapa industri vape perlu 'berkembang' di Malaysia. Saya akan huraikan satu-persatu, serta memberi hujah balasan selepas itu. So, here we go:
KENAPA VAPE PERLU ADA DI MALAYSIA?
(according to the vape consumers)
- alternatif terbaik kepada rokok
- menidakkan diskriminasi JAKIM/KKM
- memberi peluang orang Melayu berniaga
- memenuhi aspirasi anak muda

Baiklah, mari kita ambil kanta pembesar & teliti satu-persatu justifikasi itu, OK?
1) alternatif terbaik kepada rokok
- Antara hujah paling dominan yang dikemukakan ialah vape ini ialah medium terbaik bagi mereka yang ingin berhenti merokok. Kandungan nikotin yang lebih rendah mendatangkan bahaya yang lebih rendah berbanding rokok tembakau yang konvensional.
MY REBUTTALS
- Dari rokok, mereka bertransisi kepada vape. Namun apakah tahap kebarangkalian untuk mereka berhenti menggunakan vape selepas itu? Berapa lama diperlukan sebelum seseorang itu berhenti pula daripada menggunakan vape? Adakah vape itu satu-satunya pilihan untuk berhenti merokok? Adakah alternatif lain yang sedia ada seperti pelekat nikotin (nicotine patch) dah tak relevan? Soalan-soalan ini kalau tidak dijawab dengan respon yang kukuh akan menambah utuh pendirian saya tentang isu ni. Jika keinginan untuk merokok itu hanya berkurang dan tidak dihilangkan sepenuhnya, maka fungsi vape sebagai pengganti rokok tidaklah sehebat mana. Kalau mudaratnya berkurang tetapi tetap ada, ia.. tetap.. ada(!). End of story.
- Kaedah berhenti merokok sebelum terciptanya vape rasanya tak sukar pun untuk diamalkan. Pokok pangkalnya terletak dalam diri sendiri.
Not trying to brag, but this November marks my 3rd year of being McD-free. Yup, dah hampir 1100 hari tubuh saya bebas dari jenama makanan segera tu. OK, mesti ada yang fikir, "eleh, tak makan McD dengan tak hisap rokok lainlah seksa dia, der. Tak ada kaitan langsung(!)." Tapi cuba fikirkan: Sebelum November 2012, McD sudah seakan sebati dengan sistem penghadaman saya. Nak-nak lagi masa di SAMURA dulu; tiap kali outing ke Wetex Parade, itulah yang dibeli. Namun bila menyedari bahawa melalui pembelian itu saya sebenarnya melakukan ketidakadilan kepada saudara-mara di sekitar Masjid al-Aqsa, timbul rasa prihatin untuk berhenti.
Begitu juga dengan rokok. Sejak azali kita sedia maklum tentang bahananya. Ada yang memang selamanya dah 'berkahwin' dengan rokok sampai susah nak diceraikan. Tapi cubalah fikir orang di sekeliling - ibu bapa, anak/isteri/suami (kalau ada), kawan-kawan, orang awam yang senang terkesan. For once, please stop being selfish when it comes to this issue. Kalau tak sayang diri sendiri, that's fine. But here's a harsh fact: Ramai orang yang nak hidup lama - budak-budak kecil yang ada masa hadapan untuk dicipta, warga emas yang ingin menikmati fasa pengakhiran hidup dengan tenang. Please consider them. PLEASE.
- Belum ada kajian muktamad baik dari dalam mahu pun luar negara yang boleh memberi statistik konkrit berkenaan baik buruk vape ini. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pun masih kurang pasti.
Kalau nak baca dengan lebih lanjut, klik >>sini<<
Ya, artikel kt atas ni mungkin dah berusia 7 tahun & boleh dikelaskan sebagai lapuk, tetapi asasnya tetap ada di situ. Ditambah pula dengan bahaya teknikal vape termasuk meletup, semakin nyata bahayanya. 

2) menidakkan diskriminasi JAKIM/KKM
- Just include the word 'fatwa', & we know where this part of the post will be going.
Menurut JAKIM, antara sebab utama hukum penggunaan vape ialah haram termasuklah qiyas kepada rokok sebenar dan ia adalah pembaziran. Nak baca yang lain? Klik >>sini<<.
Pengumuman JAKIM itu mendatangkan banyak maklum balas, & bagi komuniti vape ia amat tidak dialu-alukan. Banyak respon yang diberi.
Artikel daripada says.com (read more >>here<<)
Antara perkara yang mereka persoalkan ialah layanan JAKIM terhadap isu maksiat lain seperti rumah urut, arak, & judi yang masih berleluasa. Perkara lain yang turut dibangkitkan ialah status isu 'RM2.6 bilion' yang langsung tidak diulas/disentuh JAKIM.
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengharamkan vape, & mencadangkan agar selain cukai, cecair vape ini dijual oleh ahli farmasi yang bertauliah sahaja. Ramai yang tak suka.
MY REBUTTALS
- Untuk menangkis hujah kedua ni, senang saja bagi saya. Hanya perlukan satu pernyataan:
"Two wrongs don't make a right."
Benar, secara terang-terangan kita boleh lihat bahawa dalam kebanyakan masa JAKIM membutakan mata dengan situasi di pusat-pusat hiburan & juga dalam arena politik. Namun itu adalah alasan yang (amat) lemah bagi membenarkan keberadaan vape di Malaysia.
Less sinful is still a sin. Analogi mudah: Polis tangkap A sebab merosakkan harta awam. A merungut, "cik polis, si B tu depan mata conteng dinding. Kenapa tak tangkap?" Hakikatnya, A dengan B buat benda yang sama. Kesalahan. Hal yang salah tetap salah, tak kiralah kecil atau besar skalanya. Jika pegawai JAKIM tidak menjalankan tugasnya dalam membendung maksiat, itu adalah apa yang akan dia tanggung di kemudian hari. Tak perlu kita nak ada atitud "alah, berlambak disko kt KL.. kenapa tak boleh ada banyak kedai vape?". Dua-dua tu boleh merosakkan masyarakat. That's the reality, right? No need to fight for things not worth fighting for.
- Jika vape itu benar-benar berfungsi sebagai kaedah berhenti merokok seperti nicotine patch seperti didakwa, maka kaedah penjualannya turut mestilah sama. Pernah ker kita nampak orang jual nicotine patch kt pasar malam? #JustSaying
Soal cukai, itu bukan bidang saya. Lagi pun sebagai seorang yang anti-rokok, ini saja yang saya boleh fikir:
*sorry-not-sorry* :P

3) memberi peluang orang Melayu berniaga
- Kebanyakan pengusaha vape adalah lelaki Melayu. Kalau vape ni diharamkan, macam mana nak cari makan? Kenapa bila orang Melayu nak berniaga jer, sibuk nak kacau? Bangsa lain tak ada pun kena apa-apa.
MY REBUTTALS
- Saya boleh kaitan konteks ni dengan hujah ke-2. Kalau dah jual benda tak elok, memanglah kena halang. As easy as that. 
OK, to be fair, I will express my objection towards what happened a few months ago. Ingat lagi tak isu serbuan di downtown Shah Alam?
Klik >>sini<< kalau nak baca lagi
Ramai peniaga Melayu gulung tikar sebab jual barangan tiruan. Ya, memang tak patut serbuan tu dibuat memandangkan ramai ke situ sebab nak beli barangan yang boleh buat mereka nampak bergaya walau pun tak setaraf yang asli. Apa yang pihak berkuasa buat tu memang menutup periuk nasi & menidakkan kuasa pembeli orang ramai.
Namun, bagi industri vape, kuasa pembelinya kecil. Manfaat yang diberi pun tak banyak & besar. Jadi, impaknya tak begitu terasa sangat (maaf cakaplah). Lagi pun, tak rasa bersalah ker jual benda-benda yang menambahkan kerosakan dalam kalangan anak-anak muda? Banyak peluang perniagaan untuk menjual benda-benda lain. Tak perlu merungut jika industri vape ditiadakan. Rezeki di bumi Malaysia ni luas *Alhamdulillah* - sangat luas sampai 7 juta orang luar berumah kt sini. Jadi kalau ada antara 7 juta tu boleh hidup dengan jual karpet, kenapa tidak kita?
Ketika mereka jual barang/bina bangunan yang buat kita selesa, kita sendiri pula yang jual ramuan utama kepada bahana. Secara tak sedar, kita pun akan sama dengan orang yang menyerbu downtown Shah Alam -  memusnahkan kehidupan orang Melayu sendiri.

4) memenuhi aspirasi anak muda
- Hujah yang ni... well, you already know.
Sumber: Sinar Harian (baca lagi di >>sini<<)
Majoriti komuniti vape mesti suka, kan? Mengaku jer lah. Kan? Kan? Kan? (OK, I'll stop being annoying here) :P
MY REBUTTALS
- Sebagai salah seorang anak muda, saya amat (AMAT) yakin aspirasi di Malaysia ni tak ada kaitan langsung dengan wap-wap bertaraf jerebu Kalimantan. NOT. AT. ALL. Nak tahu apa aspirasi saya?
= Akses kepada pendidikan yang berkualiti, bukan berkuantiti
= Bahasa Melayu yang bertambah martabatnya & bahasa Inggeris yang bertambah perkasanya
= Sifar prejudis & prasangka yang terlebih sensitif
= Medan siasah yang benar-benar berpaksikan rakyat
= Jalan raya di Malaysia yang lebih mesra basikal (to suit the Fit Malaysia spirit)
= my dream plan for Segamat (as you can see >>here<<)
..dan banyak lagi yang walau pun ada macam tak berapa logik, tak ada satu pun membabitkan proses penghasilan wap berasap. Istilah 'aspirasi' tidak patut dikaitkan dengan perkara-perkara sebegini. It's beyond devastating to see these kind of people are running our country. Begitu rendah mereka tetapkan standard terhadap apa yang boleh menjadi aspirasi bagi saya & rakan-rakan sebaya lain.
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wowh, jenuh! Penatnya menaip selepas sekian lama tak berblog. Saya yakin pasti akan ada yang ingin membalas segala isi kandungan di sini. Silakan. Dah lama juga ruangan komen kt blog ni tak berisi *heheh*. Kalau ada apa-apa butiran yang saya terlepas/tersilap, jangan segan untuk menegur.
Apa yang penting, saya dah nyatakan pendapat saya sebab saya inginkan komuniti yang sihat & tidak mengalami 'jerebu' sepanjang tahun. Saya ada ramai sepupu yang masih kecil. Saya tak nak masa depan mereka dikaburkan dengan wap berasap & akhirnya terpaksa hidup sebagai penghidap asma. Mereka yang akan menjaga tanah ini lagi setengah abad.

Tolonglah tinggalkan tanah yang masih ada harapan, bukan debu yang penuh pencemaran.

Kepada mereka yang bertukar dari rokok kepada vape, tolonglah berhenti. Janganlah hisap apa-apa bahan macam tu. Saya tak mampu nak bayangkan kesukaran untuk meninggalkan tabiat tu ('coz I've never been in such situation), tapi tanamkanlah keazaman yang tinggi. Ingat pesan tuhan, ingat harapan keluarga, dan ingat hak orang ramai. insya-Allah, benda yang baik mesti tuhan tolong, kan? If I can survive for 3 years without McD, I have no doubt that you can do the same towards cigar (& vape). Keep on fighting for the sake of your health. You'll reach victory eventually. Trust me. :)

My name is Syafiq Asyraf.
I am against vape,
because I love people around me,
and I want them to live a healthy life.

Sabtu, 31 Januari 2015

Silver Screen ⇌ Society

Generasi Y macam saya ni memang tak dapat dipisahkan daripada budaya sinema, nak nak lagi bila akses ke layar perak tu dah makin mudah berada di hujung jari. Dalam erti kata yang tak berapa nak artistik sangat - boleh tengok kat internet jer sekarang (tu pun kalau laju la).

Jadi, saya ada menonton beberapa filem dalam tempoh sebulan lalu yang dirasakan menarik untuk saya kongsikan. Bukan apa, filem-filem ini dirasakan amat sesuai sebagai bahan diskusi serta cerminan kepada masyarakat. So, let's make a movie review!

Antara sebab utama saya menonton TDL ialah aura pengarahnya, Nik Amir Mustapha yang kita kenal melalui Kil. Satu lagi sebab ialah promosi konsisten yang dibuat oleh penulis skripnya Redza Minhat (yang saya ikut di Twitter & Instagram :3). Bila ditonton, filem ini memang bijak dari segi falsafah & pengisiannya. Amat lari daripada tipikaliti filem-filem sampah buatan Melayu, sedih juga memikirkan kutipan TDL yang tak sampai RM 0.5 juta *haih*. Ternyata majoriti penonton Melayu masih berhambakan stereotaip hantu, gangster & semua yang sesampah dengannya.
Apa pun, filem ini penuh dengan sarkasme terhadap mereka di dalam dunia perfileman lokal. Banyak juga dialog yang boleh dijadikan 'inspirational quote' gitu. Amat indah jika kita selami mesej & cerita yang tersirat - menghargai hidup, memecah tembok yang menghalang kita untuk menjadi lebih baik, mengenang memori dengan mereka yang kita panggil sahabat. Filem ini (katanya) dibuat oleh golongan yang sayang akan industri filem Malaysia. I couldn't agree more on that. Kalau tak, masakan TDL menjengah pesta filem di Tokyo, kan? :)
P.S.: Menanti filem Nik Amir Mustapha yang seterusnya.

Salah satu daripada filem tumpuan di Hollywood, tapi bukan kerana mereka yang terlibat tetapi kerana plot ceritanya. Kisah perancangan membunuh Kim Jong-Un semasa program bual bicara TV ternyata mengundang sentimen kurang senang oleh pihak Pyeongyang sehingga godam-menggodam serta ancaman bunuh terhadap pawagam Amerika membayangi promosi filem ini. Sampaikan Barack Obama pun campur tangan. Wow! Kuat sungguh impaknya.
Walaupun komedinya bercampur aksi yang agak ngeri kadang-kala & aksi 18SX, saya boleh katakan ia tidaklah terlalu bagus untuk dipanggil 'filem harus tonton'. Cuma, keberanian para pengarahnya untuk memfiksyenkan watak pemimpin dunia yang masih hidup sebagai sasaran pembunuhan FBI tidaklah begitu bijak. Kita pun pernah merasa benda yang sama bila Zoolander muncul pada 2001.
P.S.: The Franco genes is God's gift to the ladies *tetiba*.

Filem pemecah rekod sebaik sahaja menjengah pawagam di India. Ditenun oleh pengarah sama di sebalik 3 Idiots, komedi ini saya anggap amat kena pada masanya. Ketika dunia sibuk melaung "Je suis Charlie" & sibuk menanam kebencian terhadap Islam, filem ini tampil sebagai suatu counter-attack. Isu yang dibawa amat berani - agama. Kalau di Malaysia, mungkin dah masuk penjara si Rajkumar Hirani ni. Namun dia amat bijak dalam membawa isu itu dalam nada yang tidak serius (a.k.a. komedi).
Saya amat sarankan anda menontonnya. Ada yang kata, kalau tak kuat iman jangan tengok. Neh, tak ada masalahlah. Bagi saya, kalau nak tengok, pastikan pemikiran anda terbuka. Jangan terlalu sempit sangat ea. Lihat filem ini, & anda akan lebih mengerti aspek ketuhanan yang sebenar serta perlunya menghindari manipulasi individu bertopengkan dalil agama.
P.S.: Aamir Khan = Mr. Bean.

Huh, penat mengulas. Jadi, apa yang kita lihat di sini?
- Filem dibuat atas kemahuan masyarakat
- Filem dibuat sebagai alat propaganda
- Filem dibuat untuk menyindir 

Apa-apa pun, filem yang baik ialah filem yang memberi inspirasi buat kita merenung tentang erti hidup & membuat kita lebih menghargainya.
Pernah tak tengok filem-filem yang macam tu? Kongsikan di ruangan komen ea.

Chao. :D

Jumaat, 23 Januari 2015

Koc Kelas Ketiga

Biasanya, bila kita naik sesetengah pengangkutan awam, tempat duduk kita sudah pun ditentukan lebih awal berdasarkan wang yang kita bayar. Lagi mahal, lagi OK tempatnya. Macam biasa, ramai yang kalau boleh nakkan layanan kelas pertama. Yalah, selesa & ada lebih banyak kemudahan. Cuba kalau terpaksa duduk di kabin kelas ekonomi di dalam pesawat atau pun koc kelas ketiga di dalam kereta api.. mesti agak rimas kan? Sempit, agak bising, macam-macam lagi lah kerenahnya.

Begitu juga al-kisahnya dalam masyarakat kita. Setiap orang mesti inginkan yang terbaik untuk diri sendiri, tapi masalahnya sekarang ialah mentaliti kebanyakan daripada kita sememangnya.. haih, nak letak kt kelas ketiga pun rasanya tak layak.

Saya dah pun ulas pasal ketagihan kita dengan gabungan pil 'Retweet', 'Share' dan 'Forward' kira-kira sebulan yang lalu. Itu pun kalau ikutkan dah cukup untuk menggambarkan betapa pendeknya pertimbangan kita dalam menyampaikan maklumat. Padahal itu antara teras utama dalam memastikan komunikasi berkelompok yang efektif, seterusnya membawa kepada utuhnya kesepaduan masyarakat.

Namun, apalah yang kita boleh harapkan? Kalau nak berfikir panjang pun malas, inikan pula tindakan fizikal. Tak payah nak cari jauh-jauh, sekali lagi perihal bah besar di pantai timur jadi saksi.
Sedih kan?
Sedih melihat nasib si mangsa banjir tu dah satu.
Sedih tengok sikap tamak orang kita, itu satu hal pulak.
*haih*

Dah banyak kali diungkap - macam mana nak maju kalau bangsa sendiri pun nak dijahanamkan?
Rasa macam tak sampai punchline tu. Patutnya pihak yang ada kena-mengena tu diberi punch yang secukupnya untuk bagi kesedaran.

Kalau digabungkan berita di atas dengan artikel saya sebelum ini yang berkaitan, rasanya memang patutlah kita ni diklasifikasikan sebagai masyrakat dengan mentaliti rendah. Dah hilang nilai-nilai ketimuran yang kita kononnya sanjung tinggi selama ini.
Memang tak dinafikan, dalam yang buruk tu ada juga yang memang baik pekertinya. Cuma yang buruk tu bagaikan dah makin jadi majoriti. Seram nih!

Jadi seperti biasa, saya ingatkan diri saya sendiri & anda yang membaca agar sentiasa berfikiran matang dalam apa jua perkara. Berikan bantuan kalau mampu. Kalau tak mampu, jangan menyusahkan. OK?

Chao.

Sabtu, 27 Disember 2014

Faith in Humanity?

Baru-baru ni saya melawat CikWa (a.k.a. mak sedara) yang baru melahirkan anak ketiganya pada 14 Disember yang lepas (cantik kan tarikh tu, 14/12/14). Adib Afsyar namanya.
Lagi seorang sepupu yang nak dilayan kerenahnya.. :3
Comel kan? (^_^) Yalah, bayi mana yang tak comel pula kan.

Namun, bila saya tatap muka dia berkali-kali (sebab 'geram' sangat :3), macam-macam yang terlintas di fikiran.

Macam mana dengan kawan-kawan sebaya dia?

Ada yang dimandikan sendiri oleh alam kerana tilamnya ialah semak-samun.
Ada yang didodoikan dengan gegar dan letup huru-hara.
Ada yang lena dikelilingi putih awan dan terus lena selepas itu.
Ada yang beribukan jasad berkuman tak bernyawa di barat sebuah benua.
Ada yang berada di sekolah bukan sebagai pelajar, tapi penumpang.

Macam mana?

Kadang-kadang, objek yang nampak ringkas seperti bayi sebenarnya menyembunyikan konotasi yang amat kompleks. Tak terkira betapa banyaknya hal yang kita boleh renungkan hanya melalui seorang bayi.

Sepanjang 2014, macam-macam perkara yang menguji nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Krimea, Palestin, Syria, Ebola, feri Siwon, Ebola. Dua daripadanya terkena terus kepada kita di Malaysia. Gabungan aksara M dan H dah cukup untuk kita memahami apa yang saya maksudkan.

Bila melihat perkara sebegini berlaku, antara isu yang menjadi perhatian utama ialah nasib kanak-kanak yang terbabit. Itu buat saya terkfikir, adakah mereka yang berada di sebalik tabir konflik itu tiada nilai empati yang menginsankan manusia? (soalan yang mungkin kita dah tahu jawapannya)

Kuasa itu penting & rasanya kita semua inginkannya, tapi seperti yang kita selalu dengar,
"with great power comes great responsibility."
Sayang sekali, rasanya macam dah tak ada siapa yang hayati kata-kata di atas ni.
Takhta diburu cari, murbawan dilanggar lari. *haih*
Sudahnya, kesan domino itu berakhir di kelompok anak kecil. Mereka yang tidak tahu apa, dihujani dengan natijah malang yang berpangkal daripada amarah si dewasa yang dahagakan titisan kuasa tanpa menyedari bahawa titisan itu akan tersejat jua.

Kesian kan?

Di dalam Malaysia sendiri, tidak kurang banyak juga ujian yang melanda. Tanah Tinggi Cameron, Bukit Beruntung, banjir. Ceritera sedih si anak kecil adalah antara fokus di balik bencana. Mustahil kalau tak ada rasa sedih & sayu melihat paparan di akhbar dan berita TV berkaitan dengan bayi yang hanyut dek air bah, atau bayi yang sekelip mata tiada berbapa dan beribu.

Namun, dalam sibuk menceritakan tentang kisah-kisah sedih di dalam ruang lingkup banjir ini, ia menampakkan betapa kita di Malaysia ini masih jauh daripada menjadi matang & bertanggung jawab, terutamanya di media sosial. Sedih bila tengok ramai yang taksub dengan butang 'Kongsi' (BI: 'Share'). Entah sahih atau tidak, jumpa saja berita atau perkhabaran, terus kongsikan. Lepas dah beribu-ribu perkongsian dibuat, baru tahu rupanya berita itu palsu belaka.

Nampak macam tak adalah impak sangat bila tersalah kongsi berita macam tu. Memanglah, kalau kita yang menjadi tukang kongsinya. Cuba berada di tempat si mangsa banjir yang dapat berita seperti "kertas SPM hanyut" atau "empangan di Thailand dibuka". Mesti panik. Tak keruan fikiran. Kelam-kabut nak selamatkan diri & keadaan. Alih-alih, palsu. Tak rasa sakit hati ker macam tu? Menyusahkan.

Jadi tolonglah, (peringatan buat semua & diri saya sendiri) matangkan diri kita. Dapatkan kesahihan sebelum kongsi apa-apa khabar angin. Sentiasa ada rasa tanggung jawab di media sosial.
Tak ada gunanya berlumba nak jadi yang paling pantas sampaikan maklumat. Berlumbalah untuk jadi yang paling tepat sampaikan maklumat.
Be someone who can contribute towards humanity.
Orang ramai pun suka, kita pun dapat pahala.

Hmm, jauh kan isu yang saya kupas. Semuanya bermula dari seorang bayi.

Mengakhiri bicara kali ini (wah, dah macam kt dalam forum perdana jer bunyinya :P), baca & (cuba) hayati simbolisme saya terhadap imej di bawah ini.

Kecil.
Tangan yang segenggam memaut jari yang sebatang.
Kita adalah tangan itu.
Seramai mana pun, tetap akhirnya berpaut kepada yang satu.
Jari itu adalah perlambangan Dia. Jari itu yang kita tegakkan setiap kali mengizhar ikrar bahawa Dia itu tiada berdua.

Andai genggamnya longgar, terlepaslah pautan.
Terkapai.

Kita terlalu kecil.
Kalau nak buat tangan itu seragam geraknya pun tak mampu, rasanya hatta nak disentuh jari itu pun cuma layak kita panggil mimpi.

Kita terlalu kecil.
Kenapa perlu ada lagak gaya sang besar?

Jumaat, 28 November 2014

UPS R (Oops Argh)!

Haluu...

Baiklah, kalau dilihat daripada tajuk kali ni, rasanya mungkin ada yang dah dapat menebak apa yang saya nak katakan.
Mungkin ini ialah isu paling kontroversi yang membabitkan komuniti sekolah rendah dalam tempoh beberapa tahun:
Need I explain more on this?

Baru beberapa hari keputusan UPSR 2014 diumumkan. Secara amnya, penurunan berlaku dari segi prestasi (surprise-nya). Macam-macam hipotesis yang diberi, tetapi yang penting (menurut Kementerian Pendidikan), ketirisan soalan bukanlah faktor penurunan prestasi ini.

Err... really?
That is so not true.

Mahu tak mahu, masalah/kontroversi/krisis kebocoran soalan BI, Matematik & Sains sememangnya memberi kesan kepada para calon & pihak yang berkaitan. Bayangkan kesedihan & kekecewaan bila terpaksa menduduki semula ujian bagi subjek yang sama, tetapi dengan set soalan yang berbeza. Kesukarannya pun berbeza. Rata-rata murid yang ditemui oleh guru besar SK Kg. Tengah, Segamat (a.k.a. Abah saya :3) mengakuinya. Ada yang terus terang mengatakan bahawa soalan semula BI adalah lebih sukar daripada soalan yang asal. See?

Sudah pasti perkara macam tu merendahkan semangat mereka untuk bersikap optimis & yakin dengan prestasi mereka nanti. Ada pula yang terpaksa korbankan subjek tertentu kerana terikat dengan pelan lain yang dah dirancang lebih awal (umrah dsb.). Lagi sedih, kan? Sepatutnya mereka dah lega & boleh fikirkan aktiviti pasca-UPSR yang ingin dibuat, tapi tangan-tangan jahanam inilah yang merosakkannya. 

Malas nak cerita panjang lebar pasal tu. Moving on. Bila isu UPSR ni berlaku, soalan yang sering dibangkitkan akan berulang kembali: kenapa kita terlalu berorientasikan peperiksaan? Mungkin itu adalah ciri-ciri masyarakat Asia yang amat menitikberatkan akademik (siapa yang dah tengok 3 Idiots mesti akan faham). Namun apa yang lagi tragis ialah kebanyakan daripada kita hanya memandang kepada keputusan yang terbaik (semua A). Kalau anak-anak tu dapat 4A 1B, maknyanya dia dah gagal. GAGAL, OK.

Kita terlalu fokus dengan 1B yang kononnya mencacatkan slip keputusan, sedangkan kita lupa nak hargai 4A yang dicapai tu (I've been in a similar situation before; believe me, it's painful). Biasanya juga, anugerah kecemerlangan akan meraikan pelajar yang tinggi jumlah A nya. Pelajar lain? Raikan sendirilah - makan kt KFC ker, karok sampai tengah malam, dsb. Mungkin bila kita lihat budak bernama W dapat 3B 2C, itu keputusan yang teruk. Namun, plot twist: W tu sebenarnya pelajar pintar. Selalu dapat 5A dalam setiap ujian, tapi bila UPSR dia sakit teruk & tak dapat fokus walaupun dah sedaya upaya cuba tahan sakit tu. Jadi, adakah W tak perlu diraikan usahanya? Jawab dalam hati ea.

Dalam suasana pasca keputusan UPSR ni juga, saya tertarik dengan artikel daripada kolumnis sambilan di akhbar Sinar Harian tentang anaknya yang dapat 2A 3B. Tajuknya saja sudah membuat kita ingin mendalami kisahnya:
Klik pada tajuk di atas ni untuk membacanya. You'll understand why I'm interested with the article.

Akhir kalam *cewaah*, kepada adik-adik sekalian yang baru dapat slip keputusan kelmarin, ingatlah:
- Tak kisahlah apa jua gred yang ada pada slip tu, kalau adik dah buat yang terbaik (& you really mean it), jangan malu untuk rasa bangga dengan diri sendiri.
- Kata-kata klise: UPSR tu biasa-biasa jer. PT3 lagi penting. :3
- Dah nak masuk sekolah menengah = Dah nak menginjak remaja. Lagi banyak cabarannya.
- Dapat 5A pun, kalau dapat E dari segi akhlak pun tak guna. Kan? Biar tak pandai, jangan tak beradab.
- Teruskan kehidupan dengan menjadi insan yang menggembirakan orang sekeliling.

OK lah. Nak pergi makan kejap. Chao bella.

Ahad, 6 Julai 2014

G.O.L.

Ketika artikel ini ditulis, rasanya dah lebih 2 minggu pesta bola sedunia ni berlangsung (rujuk foto di atas kalau tak faham -_-). Ketika ini juga Ramadan 1435H menyusuri minggu pertamanya (Salam Ramadan, semua! :D). Baiklah, kenapa tetiba saya bercerita pasal bola ni?

Yalah, kalau ikutkan pun bola & saya ni bagai minyak dan air yang takkan bergabung-meletup sampai bila-bila (agaknya). Tapi biasalah, musim bola ni semua orang akan terpalit dengan auranya. Hatta mak cik yang berniaga kt tepi jalan pun tetiba boleh jadi profesor dalam hal-hal bola sepanjang sebulan ni.

Buat masa ni, beberapa kejutan berlaku termasuknya penyingkiran pasukan berprofil tinggi seperti Portugal, Itali, England & juara bertahan Sepanyol. Dalam pada itu, gol demi gol dihasilkan walaupun gol pertama yang tercipta bagi Piala Dunia kali ini ialah gol sendiri yang dibuat oleh pemain Brazil sendiri (ironik kan?).
Banyak juga gol yang memukau terhasil daripada beberapa pemain ternama. Antara yang paling diingati sekali ialah gola daripada Robben Van Persie dari Belanda ketika perlawanan kumpulan menentang Belanda. Gol tandukan terbangnya itu menjadi perbualan hangat sehingga di'parodi'kan di media sosial.
The real "Flying Dutchman"..
Dalam pada itu, ada pula insiden lucu yang dicetuskan oleh penyerang Uruguay, Luis Suarez. Dengar namanya pun rasanya anda dah tahu apa yang berlaku, kan? Nak dipendekkan cerita, dia tu kurang kasih sayang ker?
Peminat fanatik Twilight, mungkin...?

Baiklah, dalam kesibukan kita melihat pasukan prolifik meneruskan buruan piala emas itu, di Malaysia ini pula (sama macam di tempat lain) ramai yang membuat ramalan; siapa menang, siapa kalah, siapa tersingkir awal. Ada pula yang dah terang-terangan menyatakan pasukan kegemarannya. Ada pula yang lebih fanatik, sedih tahap putus cinta bila pasukannya kalah & bersorak macam baru menang motor (eh?) bila pasukannya menang. Itu yang buat saya rasa pelik.
Kenapa? Bukan apa, rasa amat pelik bila melihat orang kita punyalah semangat nak sokong pasukan negara asing. Tak salah mana pun, cuma bagi saya itu amat pelik. Rasa macam, "hey it's not your country. Nak buat apa sokong? Kalau menang pun bukannya dapat cuti umum." Tak faham saya bila tengok mereka yang memenuhi kedai mamak menjerit & melompat keriangan bila pasukan yang disokongnya menjaringkan gol. Bukannya pasukan Harimau Malaya pun. Lek la.

Tapi, saya tak salahkan mereka. Mereka tu tak ada pilihan lain, terpaksalah sokong negara luar yang bertanding lebih-lebih lagi bagi edisi 2014 ini. Sebab apa? Mana ada Malaysia dalam tu. Walaupun...
Need I say more?
Jadi konklusinya di sini ialah, ini semua salah pihak yang 'menjaga' bola sepak Malaysia. Saya bukan orang yang arif pasal bola (obviously), tapi sebagai orang awam saya dapat perhatikan keganjilan yang berlaku. Ditadbir oleh orang yang tak pernah main bola (langsung) agaknya, macam mana mereka boleh mendakwa mereka tahu segalanya? Entahlah. Mungkin sebab bayangan wajah mereka macam ni mungkin? -----> ($_$)

Demam samba akan berakhir. Lagi 4 tahun, tumpuan akan beralih ke Rusia pula. Adakah Malaysia akan menyertai kemeriahan di sana sebagai pasukan bertanding, atau cuma hadir sebagai penonton semata-mata? We'll wait and see.

P.S.: Ramalan juara? Entah. Malas nak fikir. Why bother, why bother, why bother? :3

Rabu, 30 April 2014

Retold & Remixed

Cerita dongeng adalah sesuatu yang berbeza-beza mengikut budaya. Ada cerita yang bersifat universal (terdapat di dalam setiap budaya) tetapi wujud dalam pelbagai versi. Ada pula yang sememangnya hanya wujud dalam satu-satu masyarakat. Begitu juga di Malaysia; setiap bangsa, budaya, malah negeri, ada kisah-kisah rakyatnya yang tersendiri. Kisah-kisah sebegini diturunkan turun-temurun secara verbal & menyerikan kehidupan kanak-kanak kita. 

Namun, apa akan berlaku jika cerita-cerita tersebut diolah semula agar berlatarbelakangkan suasana Malaysia abad ke-21? Bagaimana dengan watak-watak prolifik seperti Puteri Gunung Ledang, Bawang Merah, dan Mahsuri yang di'kontemporari'kan? Segala persoalan ini timbul selepas saya membeli satu koleksi cereka rakyat Malaysia yang ditulis semula ke dalam bahasa Inggeris & diolah sebahagian (atau keseluruhan) jalan ceritanya. Buku itu berjudul Malaysian Tales: Retold & Remixed.
Berharga RM33 (di MPH MidValley), ia merupakan sebahagian daripada bahan bacaan yang saya tebus dengan sehelai Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) beberapa minggu yang lalu. Buku ini mengandungi 16 buah cerita rakyat yang ditulis semula oleh 16 penulis muda Malaysia. 

Apa yang saya boleh katakan, sebahagian cerita rakyat yang termuat di dalam buku ini telah mengalami proses remix yang agak ketara sehingga jalan ceritanya juga berubah. Ada pula yang dibiarkan tidak terusik, & ada pula yang hanya diubah latar masanya. Namun, ada beberapa kisah yang saya rasa terlalu ekstrim pengolahannya.

Antara kisah yang agak melampau olahannya ialah The Last Voyage, yang berkaitan dengan pelayaran terakhir Laksamana Cheng Ho. Seperti yang kita ketahui, beliau merupakan antara individu penting dalam hubungan perdagangan Melaka-China pada abad ke-15. Namun dalam versi remix ini, Cheng Ho digambarkan sebagai seorang yang ada kecenderungan cinta terhadap gender yang sama (you know what I mean, right?). Gambaran yang dibuat ke arah itu agak meng-"urgh!"-kan, & sememangnya lari daripada kisah yang asal. Satu lagi kisah yang agak pelik olahannya ialah Raja Bersiong. Nak dipendekkan cerita, dalam buku ini Raja Bersiong digambarkan sebagai Edward Cullen versi Malaysia. Need I say more?

Namun jangan risau, ada beberapa olahan kisah lain yang menjana & mencabar pemikiran intelektual kita seperti The Boy Who Saved Singapura (kisah Hang Nadim), Trick or Tree (hikayat Sang Kancil & Buaya), serta The Gift (kisah Puteri Hang Li Po). Tak lupa juga, saya amat sarankan buku ini jika anda ingin menambah kosa kata BI, sebab saya jumpa 346 perkataan baharu di dalamnya. So let's give it a try, shall we?

Tuntasnya, membaca itu amalan mulia. Tak kisahlah apa pun yang dibaca, asalkan ia membina minda kita ke arah yang lebih baik. Kalau setakat nak baca Lawak Kampus tu tak ada masalah, tapi cukup sekadar bahan sampingan sahaja OK? Apa yang penting, sebagai generasi muda, jom penuhkan ilmu di dada sebagai bekalan untuk memimpin masa hadapan. Chao.

Khamis, 13 Mac 2014

#PrayForMH370

Baiklah, ketika saya menaip coretan kali ini, sudah hampir seminggu pesawat Malaysia Airlines dengan kod MH370 yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang. Kehilangan pesawat jenis Boeing 777-200ER itu menjadi satu misteri yang amat membingungkan kerana tiada isyarat kecemasan diberikan daripada pengemudinya sebelum hilang dari radar kira-kira 120 batu nautika dari Kota Bharu. Apa-apa pun, kita mengharapkan yang terbaik daripada pihak berkuasa dalam mencari & menyelamatkan 227 penumpang & krew kabin yang berada di dalamnya.

Apa yang pasti, apabila perkara sebegini berlaku, media dunia pasti akan menumpukan perhatian kepada perkembangan terkini yang berlaku di Malaysia, serta usaha multinasional yang dijana bagi mencari MH370. Stesen TV berita utama dunia seperti CNN & BBC menjadikan insiden MH370 sebagai antara paparan utama mereka.
.

Namun, dalam kesibukan pihak berkuasa mencari MH370, macam-macam perkara yang menjadi perbualan hangat (& hangit) dalam kalangan orang awam. Pelbagai teori tentang keberadaan pesawat itu dikemukakan. Ada yang kata terhempas di *sekian-sekian*, ada yang kata termasuk ke dimensi lain yang tak nampak dek mata kasar, ada yang kata dirampas.. the list just goes on & on. 
Dalam masa yang sama, ada juga yang mendakwa insiden ini merupakan konspirasi kerajaan berkaitan kes Anwar Ibrahim (malas nak sentuh pasal tu), & ada pula yang mengaitkan insiden ini dengan lagu nyanyian Pitbull menampilkan Shakira, Let's Get It Started yang muncul pada 2012. Ada apa dengan lagu tu? Watch & observe.
Agak mengejutkan bukan apabila liriknya ada perkaitan dengan isu-isu yang melingkari misteri MH370. 2 pasport palsu, perjalanan pesawat antara Malaysia & China.. mungkin ia satu kebetulan, mungkin juga tidak (a.k.a. satu perancangan). Apa sebenarnya yang berlaku? Wallahu'alam.

Pelbagai usaha pencarian telah dibuat, baik secara fizikal mahu pun spiritual. Namun rasanya frasa 'setiap peristiwa ada hikmahnya (every cloud has a silver lining)' memang terserlah ketika ini. Pada saat perpaduan rakyat Malaysia semakin goyah, kehilangan MH370 mengumpulkan semula semangat kesatuan sesama kita dalam menghadapi dugaan ini bersama-sama. Beberapa hari yang lalu pemimpin pelbagai agama diketuai oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi berkumpul di Anjung Tinjau KLIA berdoa agar MH370 segera ditemui dengan selamat. 
Perkara sebegini walaupun agak menyedihkan (kerana mungkin kita memerlukan tragedi untuk bersatu), namun apa yang lebih jelas di sini ialah elemen 'kesatuan dalam kepelbagaian'. Unik & tak banyak negara ada elemen sebegini. Dunia melihatnya & menghargai penyatuan sebegini.

Namun tiba-tiba ada pula pihak yang menggunakan insiden MH370 ini untuk mempopularkan diri mereka dengan cara mudah & tolol. Memalsukan profil Twitter untuk dapat ramai pengikut, dakwaan gadis asing tentang si juruterbang yang berfoya-foya dengannya, & 'pakar' dunia batin yang mencari-cari dengan alatan primitif. Haih, when will the world stop having idiots? ><"

Never mind. Lupakan golongan jahanam itu. Fokus utama kini ialah menemui pesawat & menyelamatkan pemumpang. Namun akhirnya kita cuma boleh mendasarkan kepada cogan kata yang terpampang pada jata negeri Johor, 'Kepada Allah Berserah'. Rabbi yassir wala tu'assir ya karim.

Ahad, 15 Disember 2013

YouTube: Star vs Stool

Siapa yang tak kenal YouTube? Sejak diperkenalkan pada 14 Februari 2005, ia menjadi medium utama perkonsian video di seluruh dunia. Macam-macam yang tersedia di dalamnya, tak kira baik atau pun buruk. Signifikasi YouTube dalam generasi kini lebih ketara dalam dua tiga tahun kebelakangan ini. Perkara yang dimuat naik ke YouTube sering kali menjadi perhatian masyarakat dunia, & semakin hari perkaranya semakin merencam serta penuh dengan kegilaan. Tak percaya? Watch this.
Apa yang boleh saya simpulkan daripada video ini?
2013 was by far the craziest year ever.

Malaysia sudah pasti tidak terlepas daripada tempias perkongsian video ini. 2013 menyaksikan beberapa individu menjadi perhatian ramai melalui video yang mereka letak di YouTube. Ada antara mereka yang enggan saya taip namanya di sini kerana itu merupakan suatu penghinaan terhadap blog saya ini. My blog has no space for uncivilised people, AT ALL.

Sudah pasti, ada input baik yang kita lihat di YouTube, seperti MatLuthfi serta Sam Tsui. Namun sayangnya, YouTube Malaysia pada 2013 didominasi oleh golongan kelas bawahan yang memperbodoh diri sendiri dengan perilaku tak bertamadun mereka. Labih malang lagi bila akhbar ternama Malaysia ingin mengiktiraf golongan 'sampah' ini. WTF?
Seperti yang anda lihat di atas (klik pada gambar untuk imej lebih jelas), saya telah suarakan pandangan tentang kategori ini, & nampaknya ada 67 orang yang menyokong pandangan saya itu (termasuk diri sendiri :P). Mengapa aksi-aksi hina ini ingin diberi anugerah? Hal ini akan mengajar anak-anak muda (terutamanya budak kecil) bahawa "jika nak popular, buatlah benda-benda bodoh, rakamkannya & muat naik ke YouTube. Kalau untung, boleh menang anugerah.". Adakah ini yang kita inginkan (generasi yang popular kerana kebodohan)? HELL NO!

Tak salah kalau nak adakan kategori ini, tapi calonnya perlulah menggambarkan nilai intelektual yang boleh dipromosi & diikut oleh orang ramai. Bukannya video memuji diri sendiri, menari macam orang gila depan CCTV & ikrar cinta monyet yang baru berusia seminggu. Dalam kes ini, saya menyokong sepenuhnya MatLuthfi. Full stop.

Moga 2014 menjadi platform kebangkitan video-video ilmiah yang membantu minda bergemerlapan, & tidak lagi ditakluk oleh golongan yang lebih 'busuk' daripada najis mughalazah, mungkin.

Harap maaf atas kata-kata yang kurang menyenangkan.
Kalau terasa, baguslah. Nak marah, marahlah.
I'll just be like, "why bother?" :P

Wassalam.