Ahad, 31 Disember 2017

2017: It's a Wrap!

WOW! BERHABUKNYA TEMPAT NI!

*tiup sekuat-kuatnya*

OK... hai.


Baiklah, disebabkan tak sampai 5 jam sebelum tahun 2017 berakhir, biarlah saya cuma memampatkan segala kenangan sepanjang 365 hari yang lepas:
~~~~~~~~~~~~~~~~
JANUARI
- Kembali ke titik mula, selangkah di hadapan

FEBRUARI
- Nothing happened, except a few

MAC
- Memasuki usia 8401 hari

APRIL
- Merasa pengalaman jadi VIP di acara besar sukan negara

MEI
- Membawa semarak cita di Tanjung Agas

JUN
- Err.. Selamat Hari Raya?

JULAI
- Antara MRT, Baby Driver, & dapat segala bagai barang percuma

OGOS
- Pesta sukan terbesar di Asia Tenggara

SEPTEMBER
- Menyaksi wirama & sinema bergabung

OKTOBER
- Secara rasmi menjadi graduan Diploma TESL

NOVEMBER
- Memerah otak menghasil lakonlayar (#GELORA)

DISEMBER
- Bersidang bersama masyarakat sejagat tentang pelancongan &; keusahawanan
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kesibukan yang agak melampau (terutamanya pada penghujung tahun) membuatkan ruang blog ini terbiar selama beberapa bulan. Jadi jika ada yang ternanti-nanti perkembangan terbaharu di sini tapi sentiasa rasa kecewa (I have high doubts about this 😂), minta maaflah ya.

Seperti biasa juga, koleksi swafoto glamor sepanjang tahun ni haruslah dikongsi. 2017 menyaksikan saya mengambil swafoto lebih banyak daripada tahun-tahun sebelumnya, sampaikan nak letak dalam kolaj yang boleh muat kesemuanya adalah amat mustahil. Jadi, saya bentangkan 6 pecahannya untuk tatapan semua (&; kenangan saya). Kalau ada yang tak berapa nak kenal, pandai-pandailah Google nama mereka, ya.
PART 1
From top left: Ustaz Syamsul Debat; U-Wei Hj Shaari; Khair Ngadirun; MizzNina; Mark O'Dea; Mohd Al-Jufferi Jamari; Ridzuan Puzi; Pandelela Rinong.
PART 2
From top left: Tunku Tan Sri Imran; Siti Nor Radiah Ismail; Siti Rahmah & Latif Romly; IM Asyraf; Datuk Santokh Singh; Sayed Munawar; Imuda; Ramlee Awang Murshid.
PART 3
From top left: Azmi Saat; Nana Mahazan; PU Rahmat; Dato' David Arumugam; Altimet; Datuk Lee Chong Wei; Fara Fauzana; Nori Abdullah.
PART 4
From top left: Justin Mott; Harith Iskandar; Amy Search; Razie Rahim; Nur Dhabitah Sabri; Ahmad Amsyar Azman; Dato' Zainal Abidin; Hafiz & Guibo
PART 5
From top left: Taufiq Hanafi, Luqman Hafidz, & Haris Zainudin; Yuumi Kato; Issey Fazlisham; Ning Baizura; Cheong Jun Hoong; Woo Haram; Mia Ibrahim; Wany Hasrita.
PART 6
From top left: Dayang Nurfaizah; Sharanjit Leyl; Azura Zainal; Razif Hashim; Amber Chia; Naz Rahman; Suhaimi Sulaiman; Remy & Amar
Fuh! Selesai pun!

Apa yang penting, 2017 telah meninggalkan impak kepada saya, sudah semestinya.
Semoga 2018 kelak akan menjamin satu lagi ceritera penuh kembara dalam hidup ini.

Terima kasih dua-kosong-satu-tujuh.
Selamat datang dua-kosong-satu-lapan.