Memaparkan catatan dengan label Travelog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Travelog. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Disember 2016

55 Jam di Kay-Elle

Anyeong! (or should I say, annoyed!)

Apabila dah 3 tahun bermastautin di KL, memang susah nak tinggalkan tempat ni. Nak-nak lagi bila dah penghujung tahun ni lah banyak pula benda yang baru nak dibuka. Jadi, demi memuaskan nafsu kembara saya yang takkan pernah berkesudahan ni (that doesn't sound right), maka digagahkan jua jasad ni untuk ke sana pada penghujung minggu lepas. Macam-macam jugalah agenda yang nak dilunaskan antara Jumaat dan Ahad.

********************
JUMAAT (16 Disember 2016)
Dari Segamat jam 7.45 pagi. Tiba di TBS, terus ke KL Sentral menggunakan LRT. Dari situ, naik bas perantara percuma ke stesen MRT Pusat Bandar Damansara (PBD).
.
Yup, agenda pertama hari ini di KL: naik MRT (yang kebetulan mula beroperasi untuk orang awam mulai jam 6 pagi tadi). Bagi Fasa 1, laluan yang dibuka ialah Sungai Buloh - Semantan merangkumi 12 stesen. Dah alang-alang boleh naik secara percuma selama sebulan, saya menggunakan kesempatan ini untuk naik MRT dari PBD ke Semantan, seterusnya ke Sungai Buloh sebelum pulang ke PBD.
Saya pernah berada di dalam gerabak prototaip MRT masa ia berada di KL Sentral 2 tahun lepas; waktu tu pun memang dah kagum dengan keluasannya. Sekarang bila MRT dah boleh bergerak di atas landasannya, haruslah cuba merasai suasana bila ia bergerak, kan?
Ternyata keluasannya tak dapat nak ditandingi mana-mana pengangkutan awam rel yang lain. Nak lagi best? Trennya laju dan senyap - tak ada apa-apa bunyi geseran antara tren & trek; kepantasannya boleh membuatkan KTM Komuter tampak seperti kura-kura baru nak belajar bergerak. Cuma kalau ada ralat sikit, mungkin suara pengumuman di dalam tren boleh dikuatkan lagi. Papan tanda nama stesen juga kalau boleh diperbanyakkan di platform sebab tak berapa jelas sangat lokasinya. Selain daripada tu, MRT memang berada pada kelasnya yang tersendiri.

OK, jangan lengahkan masa. Saya kembali ke KL Sentral (& singgah makan sekejap) sebelum ke PWTC pula, sebab agenda saya seterusnya: Ekspo Buku Malaysia. Pada mulanya saya agak musykil dengan kurangnya hebahan/promosi untuk ekspo ni, & bila sampai di PWTC dapatlah saya lihat kenapa/kesannya - agak hambar suasananya.
Saya tiba kira-kira jam 3.30 petang, & boleh dikatakan tak ada orang sampai saya terfikir yang saya dah salah tarikh. Kesemua gerai menjual buku hanya berada di satu aras & memang tak segempak pesta buku yang biasa dibuat di sini. Apa-apa pun, sempat jugalah saya beli 2 buah buku fiksyen BI yang bakal menyesakkan lagi rak buku kt rumah tu.

Sebelum pulang ke Ampang untuk berehat sebab dah penat sangat, saya ke Sunway Putra di hadapan PWTC untuk mencari makan malam (& apa-apa yang boleh dibeli). Nak dijadikan cerita, semasa di surau sementara menanti Maghrib, boleh pula saya terjumpa dengan abang hensem yang seorang ini. Apa lagi, berselfie lah kita!
Jangan cakap abang tak 'Umbrella' ea?
(gambar ni berGegar sebab memang disengajakan demi menyeru aura GegarVaganza gitu *alasan*) 
Dah puas mencari sesuap nasi (or in my case, sesuap mi), pulanglah saya ke Ampang untuk melelap mata.

SABTU (17 Disember 2016)
Saya ke Petrosains KLCC untuk agenda ke-3: pameran interaktif Experience Mars. Tarikan utamanya ialah simulasi berjalan dalam atmosfera Marikh. Disebabkan obses nak jadi orang pertama hari ni yang mencubanya, sanggup saya datang awal (setengah jam sebelum pintu dibuka, like seriously).
Abang Petrosains ni cakap, "graviti Marikh ni 38% daripada graviti Bumi"
Benar seperti diduga, tak ada orang yang menunggu. Jadi dapatlah saya menjadi 'bahan uji kaji' kepada pengunjung yang lalu-lalang. Agak tak selesa jugalah bila masuk kt dalam ruang vakum tu (senak perut ni!). Mesinnya agak kompleks, tapi bila diguna sekali dengan alatan realiti maya (ya ampun, skemanya ayat), agak terasa jugaklah suasana Marikhnya tu. Bila dah habis, berpusu-pusu budak terus nak cuba juga; rasa riak sikitlah masa tu :3. Selain daripada tu, tak ada apa-apa yang memukau sangat kt Petrosains ni (tolonglah naik taraf pamerannya; tayangan waktu naik 'topi keledar' tu tak pernah berubah (suasana KL pertengahan 90'an)). Nasib baik dalam tu tetiba boleh ada kafe. Sempatlah juga nak hilangkan lapar.


Dah puas di situ, agenda ke-4: singgah di Sunway Velocity yang baru seminggu dibuka. Terletak cuma 5 minit dari kolej, saya rasa kewujudannya boleh membuatkan 1Shamelin hanyalah sekadar tempat pembiakan burung walid kelak (OK, that was quite mean 😛). Agak besar jugalah, & serba-serbi lengkap. Cuma disebabkan baru 8 hari beroperasi, ada lagi kedai yang belum siap sedia (biasalah tu). Other than that, nothing else to say.

Oh ya, saya ke Pavilion pula lepas tu *cewaah* untuk menonton filem animasi Sing. Sebagai seorang yang minat High School Musical, filem ni memang menghiburkan. Jalan ceritanya boleh dikatakan klisé, tapi keunikannya sebagai karya animasi tidak boleh dinafikan. Para pelontar suara pun hebat-hebat belaka (who would've thought a British spy can be the next Sam Smith, ey?).

AHAD (18 Disember 2016)
Hari terakhir di KL saya habiskan dengan ke jualan buku paling popular di Malaysia. Agenda terakhir: Big Bad Wolf.
My kind of heaven/paradise
Kalau ikutkan hati, malas nak ke sini sebab entah berapa banyak lagi buku kt rumah yang belum terusik pun. Namun, apa boleh buat.. dah nama pun ulat buku. Dalam keadaan penat membawa beg, saya ronda-ronda jugalah untuk mencari apa-apa yang berkenan di hati. Lepas dah jumpa yang dicari, saya ke TBS semula & pulang ke Segamat jam 6 petang.
********************

Rasanya dalam 2-3 minggu lagi saya akan kembali meneroka KL, tapi buat masa ini, kita rehatlah dulu, ya. Dah habis berblog, marilah tidur dulu. Chao.

Jumaat, 30 September 2016

WeekEnd = WeekStart

Biasanya kalau hujung minggu, apa yang kita akan buat?
Berehat, kan? Tak pun buat kerja sambilan. Ada jawapan lain? Ada? Taiplah kt bahagian komen, ya.

Kalau berehat pula, apa aktiviti yang kita buat? Definisi 'berehat' (atau 'istirahat' kalau ikutkan bahasa kamus) adalah subjektif - berbeza mengikut orangnya. Menonton wayang (atau mungkin ditonton wayang :3), cari makanan sedap, keluarkan peluh, melalak sampai sakit tekak.. macam-macam cara.

For me, weekend is a gateway to endless adventure (bunyi macam iklan pelancongan). Mereka yang selalu singgah di blog ni (THANK YOU! :D) pasti sudah sedia maklum tentang kaki saya yang teramatlah ringan untuk menapak ke sana sini. Tak tahulah kenapa.. Penat? Haruslah, tapi tak ada rasa nak berhenti menapak. Orang kata - selagi ada kudrat, pergilah meneroka dunia *wah-gitu*. & that's what I do (always).

Dah bermacam tempat dijejak. Kali ni, kisahnya bermula begini:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
23 SEPTEMBER 2016 (JUMAAT)

Pagi yang hening terbelah sunyi dengan geseran roda LRT di stesen KLCC (is this a blog post or an excerpt from a novel? :3). Hari kedua KL Converge! - acara sosial & media terbesar tahun ini (katanya-lah). Nak pergi hari sebelumnya, tak sempat sebab ada hal di DBP. Nak pergi keesokannya, ada hal lain pula (more on that later). Hadir tanpa sebarang jangkaan (selain barangan percuma semestinya!), boleh pula terjumpa artis-artis popular gitu.
Sufian Suhaimi & Siti Nordiana
Sesi bersama Siti Nordiana lagi ohsem sebab walau pun 'ditarik' untuk ke pentas, yang penting dapatlah nyanyi Memori Berkasih sama-sama (dengan lirik spontan ciptaan sendiri, ya). What could be better than singing the song with the original singer? :D

24 SEPTEMBER 2016 (SABTU)
Gotong-royong di sekolah. Yeay.
The only related picture I had.

25 SEPTEMBER 2016 (AHAD)
Hari yang bermula dengan sesi menjadi guru tuisyen ('coz being a regular teacher is not exciting enough, meh?). Menjelang tengah hari, ke pusat kota lah kita.
Selepas Zuhur, bertandang ke Panggung Bandaraya untuk menyaksikan lumpur (literally).
Harga asal RM53 (pengguna MyKad), tapi kalau ada kupon promosi dari laman web Tourism Malaysia, dapatlah diskaun RM10.
Highly interactive, & camera-friendly (!)
Memang patutlah dapat banyak pujian di TripAdvisor - THE SHOW WAS SUPERB! OK, mungkin ada 2-3 perkara yang boleh diperbaiki (jangan jerit/cakap laju sangat plis), tapi secara amnya amat berbaloi. Rasa nak tengok lagi (which I might do). Thanks for making me proud to be a KL boy for a while.
Ke Dataran Merdeka pula untuk terus diulit rona budaya.
Pretty self-explanatory, right?
Tak banyak aktiviti sampingan (walau pun, GOODIES AGAIN!). Menanti hingga usai Maghrib untuk acara rasmi bermula. Tema tahun ini ialah Mitos & Cerita Rakyat. Makanya, segala puteri & hidupan mistik yang kita dengar dari mulut nenek moyang dulu terzahir di sini.
Yang penting, persembahan Johor (PGL) yang ke-3 terbaik. Sabah (Huminodun) #1, & Perak (Cempaka Sari) #2. Dan paling penting, bunga api yang memukau mata memandang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ladies & gentlemen, the Lone Ranger had left the blog space.

Khamis, 29 September 2016

DiverseCity 2016

Hai hai hai!

OK, dah nak sepurnama blog ni bersawang disebabkan kesibukan dalam menjadi cikgu psiko menjalani praktikum di sekolah. Apa-apa pun, marilah kita terus dengan agenda utama. Ala, kalau membebel panjang-panjang pun bukannya ada yang nak baca, kan? :3


Baiklah, nasib baik terlihat sekilas lalu di FB. Kalau tak, tak tahu pun pasal Festival Seni Antarabangsa KL (DiverseCity). Kalau tak silap, tahun lepas pun ada. Melihat pada jadual peribadi yang terhad *lagak-retis-gitu*, saya cuba melihat mana-mana aktiviti yang boleh dikunjungi. Maka, daripada puluhan yang ada, inilah hasil kembaranya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
18 SEPTEMBER 2016 (AHAD)
Aktiviti #1: Andy Warhol - Social Circus
Lokasi: Slant @ The Row, Jalan Doraisamy (dekat dengan stesen monorel Medan Tuanku)
Rasanya mereka yang arif tentang seni global atau jenis suka layan NGC *kita-geng* mesti pernah dengar nama Andy Warhol ni, antara penggiat seni visual yang terkenal di dunia Barat. Gaya seni pop (BI: pop art) adalah identitinya. Lupa nak tanya sama ada yang ditunjukkan ni adalah yang sebenar atau hanya replika. Yang penting, masuk percuma & nasib baik sempat sebab dah sampai ke hari terakhir pamerannya ni.

Aktiviti #2: Petrosains Science Festival
Lokasi: Pekarangan Suria KLCC
It's pretty obvious that I'm having a lot of fun.
P.S.: A quick selfie with Jonathan Putra
Entering another territory of mine. Walau pun, segala kisah sains dalam mida ini dah dimakamkan di Lembah Pantai, tapi bila digabungkan dengan elemen keseronokan, mana boleh nak biar begitu sahaja, kan? Apa lagi, kita sapu habis segala freebies yang ada! Banyak aktiviti interaktif, tak termampu nak cuba semua. Nasib baik sempat jumpa dengan ikon saluran GoASEAN. Namun, ada satu yang menarik perhatian.
The ever-dizzying gyroscope ride (!)
Niat di hati nak menonton sahaja, tapi rasa 'tercabar' bila ada si gadis sunti yang tak segan silu mencuba *cubaan-jadi-macho*. Seriously, I felt disoriented after the ride. Tak muntah secara terbuka pun dah dikira satu pencapaian (kot).

Aktiviti #3: Crossings - Pushing Boundaries
Lokasi: Galeri Petronas (aras 3, Suria KLCC)
OK, sebenarnya benda alah ni tak termasuk pun dalam program DiverseCity.. tapi dah alang-alang pasal seni, kan? Kira sekali jugalah. Menampilkan 15 penggiat seni visual tempatan, mereka yang terlibat melihat dunia dari perkspektif mereka yang tersendiri, sambil terus mengetengahkan elemen Malaysia di dalamnya.
Ada satu bahan pameran - wang kertas Dolar yang besar, & di tengahnya ada tebukan perkataan 'live'. Cuba terbalikkan perkataan tu, jadi apa? ;)

22 SEPTEMBER 2016 (KHAMIS)
Aktiviti #4: Syair Alam Melayu Nusantara
Lokasi: Auditorium DBP
Dah puas dengan seni tampak, kita bermain dengan kata-kata pula. Kehadiran dua Sasterawan Negara (Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh & Datuk Dr. Zurinah Hassan) menambah meriah acara. Selain pelancaran buku, ada 2 sesi makalah & bengkel. Esoknya ada persembahan syair. Disebabkan keutamaan harus diberi kepada praktikum, maka harus dilepaskan makalah kedua & yang selebihnya *menangis-tepi-LRT*.
Yang penting, dapat sijil *phew*.
Antara ilmu baharu yang saya peroleh ialah tentang kepelbagaian lenggok irama dalam bersyair selain yang budak-budak sekolah selalu lagukan. Di Brunei ada gayanya, di Indonesia juga ada stailnya sendiri.
Ibnu 'abdir-raheem (pemakalah dari Brunei) ada berkata:
"betapa tuhan itu memahami betapa sukanya kita terhadap syair, lihat sahaja kalam-Nya - banyak yang berima sama di akhir setiap ayat (Surah al-Ikhlas, misalnya)."
Baru tersedar. Subhanallah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
& I'M DONE!
Wow, jenuh badan meneroka (& people still wondering why my mass is less than 55kg, huh?). #Perasan
See you at the next adventure.

Selasa, 14 Jun 2016

Gidday Mate

Halu halu halu...!

Baiklah, secara jujurnya kalau ikutkan malas nak taip pasal kembara saya sekeluarga ke Perth sebab ada lah orang tu cerita kt FB sampai hampir 15 ribu orang tahu (:P) - siap masuk My Media Hub lagi, but that is so not me. :3
Let's go!

ISNIN, 30 MEI 2016
- Naik pesawat AirAsia X (D7 232) dari KLIA2 dalam jam 9 pagi gitu.
- Sampai di Perth 5.5 jam kemudian (yang penting kt bahagian kastam ada anjing penghidu)
- Naik kereta yang dah disewa & guna Waze untuk ke tempat penginapan (I won't call it a hotel for obvious reason)
Oh ya, biasanya pertengahan tahun ialah musim sejuk di kebanyakan bandar utama Australia. Di Perth ni, kira OK lagilah (much more bearable than what I had in Beijing) dengan suhu antara 8°C hingga 25°C. Jadi kalau bawa jaket varsiti atau baju 2 lapis pun dah cukup. Perth & KL berkongsi satu zon masa (tak perlu nak betulkan jam). Masa pulak akan jadi pendek musim sejuk ni - 5.25 petang dah Maghrib & 6.50 petang dah Isya'. Best kan kalau dapat puasa kt sini? (Salam Ramadan, BTW!)
- Sampai di Palmerston Lodge ketika dah nak Maghrib. So we just called it a day. Malam yang sejuk! Tak perlu kipas (jauh sekali penyaman udara).

SELASA, 31 MEI 2016
- Hari bermula dengan kunjungan ke Pantai Scarborough. Jangan terkejut kalau tengok ada yang meluncur ombak walau pun dalam suhu pagi (kulit tebal, kot).
I can imagine this place to be filled with people during summer
- Teruskan perjalanan ke Lancelin, kira-kira 1.5 jam ke utara kota Perth. Tumpuan utama di sini ialah bukit-bukit pasir (BI: sand dunes) yang seronok untuk diluncuri. Jalan menuju ke sana dipenuhi dengan beberapa kedai yang memberi sewa papan luncur (harga lain-lain lah).
Pasir sejuk dan halus
Memang best! Lagi-lagi kalau meluncur dari kawasan yang memang bercerun. Ada teknik kalau nak naik papan tu, tapi tak apa lah. Who am I to give a sporting advice? :'P
- Selesai tu, kembali untuk makan tengah hari di kawasan Jalan Murray, dalam kawasan pusat bandar. Sempat singgah memborong. Banyak je restoran halal kt Perth ni, cari je guna Google Maps.
Restoran Malaysia (siap ada lagu Cindai) & kedai cenderamata milik imigran dari Malaysia
- Usai makan, singgah solat di masjid tertua Perth.
- Destinasi berikutnya: Taman Raja & Taman Botani.
Antara taman dalam bandar terbesar di dunia
Kawasan ni dibahagikan kepada beberapa tarikan, termasuklah beberapa memorial perang dan pusat informasi tentang orang asli Australia.
- Bila malam menjelang, kami ke Elizabeth Quay untuk makan menikmati pemandangan urban pasca-senja.
- Pulang ke kamar.

RABU (01 JUN 2016)
- Pagi bermula dengan perjalanan 0.5 jam ke Taman Hidupan Liar Caversham di utara kota. Cahaya mentari sedikit sebanyak mengurangkan kesejukan yang dibawa bayu pasca-syuruk.
Keunikan taman ini ialah betapa interaktifnya ia. Boleh pegang, & kebanyakan haiwan yang ada boleh dengan selambanya berjalan di hadapan anda.
With the nation's iconic wildlife
Kawasan tumpuan ialah habitat kanggaru. Boleh beri makan & belai-belai.
Disebabkan cuti sekolah, saya rasa macam kt Zoo Melaka (lihat foto di atas).
I could hear people shouting "moh le ambik gambo!" like a hundred times.
Macam-macam ada, rasa macam nak tengok semua (OK tipu je, majoriti yang datang nak jumpa koala & kanggaru je kan? KAN?). Kalau nak tengok yang lain tu pun boleh. Ada pertunjukan ladang (mengetam kulit biri-biri & memerah susu), tapi saya terlambat. *huhuhuhu*
Kanggaru (again), Tasmanian Devil, llama, & black swan (Western Australia's state bird)
Apa yang menariknya ialah betapa selesanya saya dapat rasa bila di taman ni. Rasa macam kt tanah air sendiri.
You see what I mean? :3
Seperti yang dilihat, dalam taman ni ada dijual beberapa makanan halal (diimport dari Malaysia gitu!). Jadi, tak payah risau kalau ada yang nak bermastautin terus kt sini - bab makan, semuanya beres. Bab tempat tidur, kantung kanggaru kan hado?
- Dah puas tu, ke Fremantle pula kita. Kaya dengan bangunan bersejarah, fokus utama ke sini - makan.
One of the best fish 'n chips ever(!)
Makan di Kailis' ni pun rasa macam pergi Marrybrown - memanjang ada orang Malaysia (cuti sekolah, kan).
- Sebelum pulang berehat kejap, singgah di Malaga untuk ke satu lagi kedai cenderamata milik imigran dari seberang tambak Johor. Kalau tak datang sini, ANDA.. DALAM.. KERUGIAN!
Megabes namanya. ABSOLUTELY CHEAP! Kalau nak borong tahap kena rasuk, datang la sini.
Balik berehat kejap.
- Malamnya, singgah ke rumah saudara kepada kenalan Umi kejap (PERHATIAN: ni bukan kawasan pelancongan ya :3).
The ONLY time I was glad to be able to watch TV3 during prime time
Dah habis tu, pulang dan mengemas.

KHAMIS (02 JUN 2016)
- Awal pagi dah beredar untuk pulang (AirAsia X, D7 237) pada jam 7 pagi gitu.

Sekian sahaja laporan saya.
.
Sememangnya teruja dapat meneroka benua yang lain. Australia ni saya boleh anggap sebagai 'barat di timur' - negara yang secara geografinya lagi timur daripada Malaysia tapi dipenuhi dengan orang yang rupa macam warga Eropah. Walau pun teramat agak susah gila nak faham pelat Aussie tu, apa yang lebih penting ialah pengalaman menjejakkan kaki ke tempat yang tak terfikir pun nak pergi masa kecil (I prefer New Zealand, TBH :P). Kalau diizinkan untuk pergi lagi, apa salahnya? Mungkin boleh singgah Adelaide sekali tengok tempat ambil sijil tamat pengajian ijazah nanti (ini dikira doa ya - insya-Allah; aamiin).

Well, that is it people!
I'm Syafiq Asyraf, signing off from down under.
.
Wassalam.

Rabu, 17 Jun 2015

Finding Nila

Wazzup!

Baiklah, ketika coretan ini ditaip, dah genap seminggu saya berkelana ke seberang tambak (alah, tengok gambar kt atas pun dah tahu kan kenapa).
Yalah, dah alang-alang masih lagi dalam cuti semester baik manfaatkan untuk menambah lagi cop kt dalam pasport. Seperti biasa, saya selaku Forever Alone Ranger.. (erm, I think that nickname explained enough about who I was travelling with). 

Saya mulakan kembara pada awal pagi (special thanks to Abah for sending me to the train station).
Tren jam 2.20 pagi
Tiba di JB Sentral kira-kira jam 6.40 pagi. Agak risau juga sebab rasanya waktu tu Tambak Johor dah mula sesak. Lepas ke surau & 7-Eleven, saya terus bergerak ke tempat yang sepatutnya. Nasib baik dah selidik awal-awal kt Google. Banyak blog yang membantu pasal urusan perjalanan antara JB Sentral & Singapura.
Jadi lepas dah meninjau apa pilihan yang ada, saya putuskan untuk naik bas Causeway Link CW1 (JB Sentral - MRT Kranji). Senang sebab turun bas dah boleh terus naik MRT. Lepas pemeriksaan imigresen Malaysia, boleh terus ke tempat menunggu bas di aras bawah. Tambang cuma RM1.50. Agak ramai juga; 10 minit jugak la nak tunggu giliran naik bas. Namun sebab masa yang lama diambil untuk ke seberang (30 minit), dapatlah nak rehatkan badan kejap. Bas pun tak adalah sesak mana. Sampai di Woodlands, turun bas & terus ke tempat pemeriksaan kastam & imigresen Singapura. Turun ke bawah semula, tunggu bas. Naik sehinggalah sampai ke stesen MRT Kranji.
Dari MRT Kranji, saya ke MRT Stadium (SG$2.80), dengan pertukaran aliran dibuat di MRT Bishan. MRT Singapura ni tak payah cerita lah; memang efisien. Paling lama pun 4 minit jer tunggu. Stesennya pun cantik. Kalau berpandukan blog-blog yang saya baca, dicadangkan agar beli pas SG$12, tapi sebab saya cuma nak berulang-alik antara 3 stesen, tak payahlah kot. Jadi saya beli tiket secara manual (guna mesin macam kt LRT kita). Lepas hampir sejam perjalanan (yup, memang jauh), sampai juga.
The welcoming banner
Perancangan saya hari tu memang untuk ke dalam stadium saja, walau pun jika ikutkan saya boleh menonton 18 jenis sukan (daripada 36) secara percuma.. tapi malas nak bergerak ke sana-sini. Dah lah sebatang kara *huhuhu*. Saya terus ke pintu masuk stadium. Pemeriksaan keselamatan yang ketat menanti, tapi OKlah kan.
Kapasiti maksimum: 55,000 orang
Rasa teruja sebab inilah stadium luar negara yang pertama saya masuki. Masa di Beijing pun hanya dapat tengok dari luar. Ada beberapa acara yang berlangsung ketika itu. Nasib baik ada atlit Malaysia terlibat. Kalau tak, rasa macam pelik pulak kt situ.
Saringan 200m (L/W) & dekatlon
Stadium ni memang ohsem. Sejuk jer rasa, & kubahnya pula adalah yang terbesar di dunia. Sepanjang masa ia tertutup, jadi tak ada halangan bagi acara padang.
 .
Happy me
Lepas dah puas meneroka bahagian dalam, saya ke luar pula. Nak tengok apa yang ada. Sempat meninjau obor kejohanan yang masih membara.
Dalam kesempatan itu, saya memborong *cewaah* cenderamata rasmi yang dijual di sekitar kawasan stadium. Meriah dengan pelbagai aktiviti.
Lepas tu, saya ke Jalan Kebun (you'll know what I mean once you've translated it). Naik MRT dari stadium (SG$2.10). Bukan apa, saja nak bersiar-siar kejap.
 .
Sempat beli satu lagi barangan (sebab ada nombor kegemaran :P)
Jam 1 petang, saya dah beransur pulang ke Johor. Naik MRT ke Kranji (SG$2.60). Naik bas Causeway Link CW1 balik ke JB Sentral (SG$1). Ingatkan dah habis keterujaannya tu, tapi..
Best Malaysian athlete during the Games *OMG*
Terjumpa pulak dengan Ooi Tze Liang masa nak ke pemeriksaan imigresen di CIQ JB. Starstruck giler kateko. Yalah, 4 emas kot dia balun. Siapa tak suka, kan.

Lepas tu saya lepak di JB City Square sampai malam. Naik tren jam 12, sampai di Segamat jam 4 pagi. Penat! Kaki ni.. ya ampun, sakit yang amat.. tapi rasanya semua tu berbaloi.

Menyaksikan Sukan SEA ke-28 di Singapura ni ialah antara 'bukcet list' saya untuk tahun ni. Alhamdulillah sebab dapat lunaskannya. :)

Jadi sekarang ni, bucket list seterusnya ialah menjadi sebahagian daripada keluarga Sukan SEA bila edisi ke-29 singgah di Kuala Lumpur pada 2017 nanti. Tak sabar! :D