Rabu, 30 April 2014

Retold & Remixed

Cerita dongeng adalah sesuatu yang berbeza-beza mengikut budaya. Ada cerita yang bersifat universal (terdapat di dalam setiap budaya) tetapi wujud dalam pelbagai versi. Ada pula yang sememangnya hanya wujud dalam satu-satu masyarakat. Begitu juga di Malaysia; setiap bangsa, budaya, malah negeri, ada kisah-kisah rakyatnya yang tersendiri. Kisah-kisah sebegini diturunkan turun-temurun secara verbal & menyerikan kehidupan kanak-kanak kita. 

Namun, apa akan berlaku jika cerita-cerita tersebut diolah semula agar berlatarbelakangkan suasana Malaysia abad ke-21? Bagaimana dengan watak-watak prolifik seperti Puteri Gunung Ledang, Bawang Merah, dan Mahsuri yang di'kontemporari'kan? Segala persoalan ini timbul selepas saya membeli satu koleksi cereka rakyat Malaysia yang ditulis semula ke dalam bahasa Inggeris & diolah sebahagian (atau keseluruhan) jalan ceritanya. Buku itu berjudul Malaysian Tales: Retold & Remixed.
Berharga RM33 (di MPH MidValley), ia merupakan sebahagian daripada bahan bacaan yang saya tebus dengan sehelai Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) beberapa minggu yang lalu. Buku ini mengandungi 16 buah cerita rakyat yang ditulis semula oleh 16 penulis muda Malaysia. 

Apa yang saya boleh katakan, sebahagian cerita rakyat yang termuat di dalam buku ini telah mengalami proses remix yang agak ketara sehingga jalan ceritanya juga berubah. Ada pula yang dibiarkan tidak terusik, & ada pula yang hanya diubah latar masanya. Namun, ada beberapa kisah yang saya rasa terlalu ekstrim pengolahannya.

Antara kisah yang agak melampau olahannya ialah The Last Voyage, yang berkaitan dengan pelayaran terakhir Laksamana Cheng Ho. Seperti yang kita ketahui, beliau merupakan antara individu penting dalam hubungan perdagangan Melaka-China pada abad ke-15. Namun dalam versi remix ini, Cheng Ho digambarkan sebagai seorang yang ada kecenderungan cinta terhadap gender yang sama (you know what I mean, right?). Gambaran yang dibuat ke arah itu agak meng-"urgh!"-kan, & sememangnya lari daripada kisah yang asal. Satu lagi kisah yang agak pelik olahannya ialah Raja Bersiong. Nak dipendekkan cerita, dalam buku ini Raja Bersiong digambarkan sebagai Edward Cullen versi Malaysia. Need I say more?

Namun jangan risau, ada beberapa olahan kisah lain yang menjana & mencabar pemikiran intelektual kita seperti The Boy Who Saved Singapura (kisah Hang Nadim), Trick or Tree (hikayat Sang Kancil & Buaya), serta The Gift (kisah Puteri Hang Li Po). Tak lupa juga, saya amat sarankan buku ini jika anda ingin menambah kosa kata BI, sebab saya jumpa 346 perkataan baharu di dalamnya. So let's give it a try, shall we?

Tuntasnya, membaca itu amalan mulia. Tak kisahlah apa pun yang dibaca, asalkan ia membina minda kita ke arah yang lebih baik. Kalau setakat nak baca Lawak Kampus tu tak ada masalah, tapi cukup sekadar bahan sampingan sahaja OK? Apa yang penting, sebagai generasi muda, jom penuhkan ilmu di dada sebagai bekalan untuk memimpin masa hadapan. Chao.

Sabtu, 26 April 2014

KLIBF 2014

Hola holi, semua...

Huh, lama rasanya tak mengarang di sini. Rasa macam dah nak bersawang blog ni. Haha. Apa-apa pun, bulan April berlalu seperti biasa. Tiada apa yang terlalu mengujakan berlaku (melainkan jika anda rasa pergi ke kelas pada jam 8 pagi itu mengujakan). Namun, pada Jummat terakhir untuk bulan ini keseronokan itu tercetus ketika saya berkunjung ke PWTC untuk acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh penggemar bahan bacaan di Malaysia.
Yup, you've guessed it: Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL). Dianjurkan buat kali ke-33 dari 24 April hingga 4 Mei 2014, inilah kali pertama saya dapat merasa nak datang ke PBAKL ni. Punyalah bersemangat, jam 7.30 pagi saya dah tiba di kawasan PWTC. Sebab awal sangat, saya sarapan dulu di terminal bas Putra yang berhampiran. Walaupun pameran & jualan hanya dibuka pada jam 10 pagi, kira-kira jam 9 pagi saya dah menyusup masuk ke PWTC (nasib baik pak jaga tak ada masa tu). 
Jenuh juga nak 'tawaf' keliling pusat ini memandangkan terdapat beratus (mungkin juga beribu) gerai jualan buku/bahan bacaan yang disediakan daripada pelbagai syarikat & agensi. Al maklumlah, PBAKL ialah pameran buku terbesar di Asia Tenggara. Mestilah meriah, kan?

Bila dah meriah ni, macam-macam aktiviti yang diadakan & sudah semestinya membabitkan penyertaan pelbagai individu terkenal. Antaranya termasuklah seorang pelakon hangat ni yang saya jumpa di gerai KaryaSeni Enterprise. Kenal tak? :P
Secara kebetulan ketika saya memasuki gerai itu, si Izzue Islam ni sedang bertemu ramah dengan para peminat novel Sebenarnya Saya Isteri Dia. Apa lagi, saya pun tumpang sekaki. Apa yang bestnya, selfie di atas ini ditangkap sendiri oleh Izzue menggunakan kamera H/P saya (atas permintaan saya). Yalah, kalau nak harapkan tangan gigil saya ni, alamatnya tak nampak apa lah dalam gambar itu nanti. :'3

Usai solat Jumaat di surau ar-Rahman PWTC, saya menyaksikan majlis perasmian PBAKL yang disempurnakan oleh YB P. Kamalanathan selaku wakil rasmi kepada YB Dato' Seri Idris Jusoh. Kemudian saya terus ke gerai Karangkraf untuk menyaksikan pelancaran buku Saya, SPR, & Pilihan Raya karya Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Selesai sahaja pelancaran, saya meneruskan misi untuk ber-selfie dengan perasmi buku itu. Mustahil kalau anda tak kenal figura yang seorang ni. :P
Walaupun tak berapa nak jelas (tangan gigil :'3), tapi apa yang penting ialah misi saya tercapai juga untuk bergambar sedemikian rupa dengan Tun Dr. Mahathir. Yalah, sejak fenomena selfie ini menakluk dunia, berapa keratlah yang dapat menangkap selfie dengan Tun? :3

Kira-kira jam 6.15 petang, barulah saya bergerak pulang ke hostel. Penat gila bak hang, tapi ia amat berbaloi dengan segala input yang diperoleh sepanjang hari itu, termasuk melalui lensa kamera *heheh*. Banyak promosi yang ditawarkan, & selaku seorang pembaca tegar sememangnya itu ialah suatu godaan yang tidak mampu saya tepis (*o*). Bukan apa, tawaran yang ada itu tak mungkin boleh saya dapat di luar PBAKL.
Buku-buku di atas ini sepatutnya berharga RM43 secara keseluruhannya (tidak termasuk button badge Palsetin tu), tetapi di PBAKL saya dapat membelinya dengan hanya RM34.20, iaitu penjimatan sehingga lebih 20%. Best kan?

Apa-apa pun, kalau diizin tuhan sudah pasti saya akan hadir lagi ke PBAKL tahun depan yang dijadualkan pada 24 April hingga 3 Mei 2015. Jom semua, datanglah. Tak rugi apa pun. Boleh membantu meluaskan horizon ilmu selari dengan tema PBAKL tahun ni, Buku: Menjana Kepintaran Kreatif.

Wassalam. :)