Ahad, 31 Januari 2016

2016: Too Late to Say Hi

Hai hai hai!
OK, secara jelasnya kalau dilihat kepada tajuk (which is self explanatory), apalah sangat motif untuk saya membebel pada hari terakhir Januari ni kan? Tapi disebabkan nak memenuhi kuota bulanan seperti biasa (walau pun...), maka digagahkan jualah jari-jemari ini untuk berzapin di atas papan kekunci ni. 

So, as late as it sounds, happy 2016!

Baiklah, tahun ni rasanya ada banyak benda yang boleh kita jangkakan (& lebih banyak yang takkan dijangka). Kalau dalam arena sukan, tahun ni kita akan lebih bertumpu/berkampung di Brazil & Perancis.
"Vejo você lá!" & "On se voit là-bas!"
Kalau di dalam Malaysia pula, kita berkampung di bumi kenyalang nanti.

OK, itu pasal acara sukan. Kalau secara politiknya...
err...
malaslah nak cerita. (-___-)"

Baik di dalam mahu pun luar Malaysia, aspek yang satu ni dah jadi macam makin gila-gila (typically it is crazy, but currently it's getting crazier than ever).
=> Kalau di dalam Malaysia, well... kita semua fahamlah siapa yang jadi tumpuan utama (mentioning his name would be considered to be an extremely sinful & despicable act). Itu belum masuk cerita panas di sebalik sawah padi.
Whatever. PRU14, I'll be happy to see you later.
=> Kalau di luar pula, cerita hangat dah mestilah perlumbaan ke lokasi beralamat 1600 Pennsylvania Avenue. Antara calon yang paling kontroversi tak lain tak bukan ialah Donald Tramp Trump. Malas nak taip panjang-panjang pasal dia -- Google lah sendiri ea.

Dari segi hiburan pula, mestilah acara-acara besar macam anugerah Grammy & Akademi yang kita tunggu. Tak lupa juga, filem-filem best yang ada potensi untuk untung besar. Kalau di Malaysia, kehangatannya dah pun bermula bila kita dengar dua perkataan ni: Ola Bola.
Yup. You will be so out of the loop if you haven't seen it yet. Pergilah, memang terbaik. The bar has been set pretty high this year for our local cinematic scene. Sinematografi, muzik latar, plot, lakonan... semua aspek hampir sempurna. 7.3/10. Kalau ada filem Malaysia yang nak dihantar bertanding ke Oscar, ini adalah antara calon utamanya.

OK then. Itu sajalah agaknya, bulan depan serita yang lain pula kan. Chao.