Memaparkan catatan dengan label Hidupku.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hidupku.... Papar semua catatan

Selasa, 31 Disember 2019

The 2010s: A Roller Coaster Ride

Hasil carian imej untuk 2019 to 2020
.
*mengibas-ngibas segala sawang dan meniup segala habuk*

Fuh, looks like an abandoned house here.

Baiklah, jika anda peka dengan blog ini, kali ini saya mengemaskininya ialah pada awal Jun 2018, kira-kira setahun setengah yang lalu. Agak jelas mengapa saya tidak ke sini selepas itu.

Apa-apa pun, saya tak mahu membiarkan tahun 2019 ini kosong tanpa sebarang catatan, maka di sinilah kita. Namun disebabkan hari ini bukan sahaja merupakan hari terakhir bagi tahun ini malah bagi dekad ini, maka elok kiranya saya merangkumkan segala naik-turun, senyum-sedih, dan rasional-gila yang berlaku secara peribadi sepanjang 10 tahun yang sudah. Sila ambil maklum bahawa ringkasan ini adalah.. err, ringkas (disebabkan kekangan masa dan kemahuan/semangat). So, let's hop on to the DeLorean!

2010
- Bergelar seorang pelajar SBP secara rasmi
- Exploring my creative ability
- Menyaksikan teater berskala besar buat pertama kalinya

2011
- Muncul di kaca TV secara tak berapa semenggah
- Took my first ever international flight
- Calon SPM di JF062

2012
- Menghabiskan 2 minggu dalam program berprestij
- Got honoured with my own banner
- Memulakan kembara pengajian tinggi di Lembah Pantai

2013
- Membuat persembahan di Dewan Merdeka, PWTC
- Diizinkan-Nya untuk menjejak Tanah Suci
- 3, 2, 1, you are On Air!

2014
- Berundur selangkah, bermula semula
- Bersendiri ke sempadan Malaysia-Thailand
- Muncul di atas helaian akhbar

2015
- Another honour; this time by a local website
- Bertandang ke seberang tambak sempena Sukan SEA
- Mencipta lagu rasmi Hari Guru peringkat Johor


2016
- Berkhidmat untuk 'masyarakat'
- Bergelar Cikgu Syafiq selama 4 bulan
- Merasai suasana Larkin di Shah Alam

2017
- Membawa obor menuju ke Tanjung Agas
- Meraikan Sukan SEA ke-29
- Wrote and directed my first ever short film

2018
- Abah.
- Wrote and directed my first ever stage play
- Diam yang lantang

2019
- Bertugas di pejabat secara pro bono
- Akhirnya, segulung ijazah dalam genggaman
- Mula mengorak langkah

Wau, agak gila juga dekad yang sudah ini. Tak terjangkau dalam fikiran bahawa saya akan menderap masuk ke tahun 2020 - tahun yang terlalu jauh dari minda ketika saya masih kecil. But then, here we are - entering a new decade.

Sesungguhnya kehadiran tahun (dan dekad) yang baharu ini menjanjikan suatu pengharapan yang kembali segar agar segala-galanya berada dalam keadaan yang molek dan harmoni dari segenap elemen. Satu perkara yang pasti - semakin bertambah angka tahun itu, semakin hampir kita dengan pengakhiran. Namun, ia tidak seharusnya dijadikan dalih untuk berteleku sahaja.

Terima kasih buat semua yang pernah hadir dan singgah sepanjang 3652 hari yang sudah. Setiap keberadaan kalian memiliki asbab yang tersendiri, sama ada yang baik mahu pun sebaliknya. Moga kita terus memperkasakan satu sama lain sepanjang hari-hari mendatang yang penuh dengan ketidakpastian.

Salam sayang buat warga dunia.

Syafiq Asyraf,
signing out of the 2010s.

Selasa, 6 Mac 2018

365: Back to 24

Hasil carian imej untuk 24 hour analog clock

Satu hari - 24 jam.
Satu tahun - 365 hari.

Mungkin agak mustahil,
tetapi yang 365 itu boleh membawa kita kembali kepada yang 24.

I still might be young, but for today..
..let's just face it - I'm officially gettin' old(er). πŸ˜‚

Jumaat, 16 Februari 2018

Year of the K-9

δΈ­ε›½ε†œεŽ†ζ–°εΉ΄εΏ«δΉ!
(kalau tak faham, Google Translate kan hado)

Akhirnya, selepas 12 tahun, kitaran zodiak Cina kembali meraikan Canis lupus familiaris, atau dalam bahasa mudahnya - anjing. Sudah semestinya sebagai warga dunia yang lahir pada tahun zodiak ini, bukan senang nak bercerita tentang keraian zodiak sendiri. Jadi, dah alang-alang ada segala macam media sosial sekarang, eloklah saya selitkan sedikit info berkaitan di blog ini.

η‹—
/gΗ’u/
Anjing ialah haiwan ke-11 daripada 12 haiwan dalam zodiak Cina. 2018 merupakan tahun bagi Anjing Tanah (BI: Earth Dog). Tak tahulah pula apa signifikannya anjing jenis ini; cubalah tanya kawan-kawan Tionghua anda. Tak naklah tulis yang bukan-bukan, takut jadi macam Petronas pula *oops*.

O..K.. what else?
Entahlah. πŸ˜…

Apa-apa pun, kepada mereka yang meraikannya, semoga Tahun Anjing ini membuatkan anda lebih produktif dan bertuah. Jangan jadi 'anjing menyalak bukit' pula, mahu pun 'anjing dengan bayang-bayang', serta 'anjing tersepit yang dilepaskan'. Sebaliknya, jadilah seperti Hachikō yang setia dengan tuannya; as they say it in English - a man's best friend.

Gong Xi Fa Cai!

Rabu, 17 Januari 2018

2018: Busy Business

Hello 2018!
πŸŽ‡πŸŽ†πŸŽ‡πŸŽ†πŸŽ‡πŸŽ†πŸŽ‡

Huh, sekejap sahaja masa dah berlalu & kini kita menjengah ke satu lagi kitaran 365 hari. Sudah semestinya banyak agenda yang menanti untuk 12 bulan mendatang, baik secara peribadi mahu pun secara amnya.

Disebabkan blog ni dah berhabuk/bersawang sepanjang tahun lepas yang membawa kepada hanya 10 catatan, maka sasaran tahun ini ialah 11 sahaja. Harapnya cukuplah ruang masa untuk merealisasikannya.

Secara peribadi, kembara BE201 saya diteruskan untuk semester 5, 6, dan 7. Seperti biasa akan ada bermacam ragam & cabaran yang pasti perlu ditempuh, tetapi insya-Allah semuanya akan dilunaskan sebaik mungkin. Just pray for my well-being, alright?

Secara amnya pula, hui... kesibukan yang melampau akan melanda seantero dunia. Kalau di Malaysia, sudah pasti Pilihan Raya Umum ke-14 menjadi acara terbesar tahun ini. Selain itu, temasya Sukan Malaysia ke-19 akan berlangsung di Perak pada September nanti.

Baiklah, dah alang-alang bercerita pasal sukan ni, #TeamMalaysia semestinya akan berada pada kekuatan maksimum memandangkan seribu satu acara sukan bakal berlangsung pada 2018 ini. Apa yang menariknya, kebanyakan acara utama itu berlangsung tidak jauh dari Malaysia secara relatifnya, & komuniti sukan dunia akan tertumpu di rantau Asia Pasifik sepanjang tahun ini. (klik pada logo untuk maklumat lanjut)

Hasil carian imej untuk gold coast 2018                 Hasil carian imej untuk 18th asian games
6528km dari Kuala Lumpur                                 1186km dari Kuala Lumpur

Hasil carian imej untuk 2018 thomas cup
1189km dari Kuala Lumpur

Namun tumpuan utama saya secara peribadi ialah...
Hasil carian imej untuk pyeongchang 2018
4685km dari Kuala Lumpur

...sebab ia menandakan penyertaan pertama Malaysia dalam sejarah Sukan Olimpik Musim Sejuk. Walau pun cuma ada 2 atlit terlibat (Jeffrey Webb & Julian Yee), tapi kira OKlah kan. Sekurang-kurangnya ada la wakil.

Bercakap pasal wakil pula, arena bola sepak (not to be confused with the now-defunct magazine) amatlah meriah tahun ini baik di dalam mahu pun di luar Malaysia. Ketika catatan ini ditulis, pasukan bola sepak Malaysia di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee sedang rancak mencipta sejarah di wilayah Jiangsu, China pada Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun (B-23). Malaysia juga bakal beraksi bagi tahap B-19 di Indonesia & B-16 di halaman sendiri pada September. Tidak lupa juga skuad futsal di Taiwan. Namun, agenda utama bola sepak pada tahun ini tidak lain tidak bukan ialah...
Hasil carian imej untuk russia 2018 
8136km dari Kuala Lumpur

...walau pun tiada wakil Malaysia di situ (rasanya jauh lagi nak sampai ke situ). Oh well.

OK then, I think that's it for now. May we have a great year ahead.
Chao.

Ahad, 31 Disember 2017

2017: It's a Wrap!

WOW! BERHABUKNYA TEMPAT NI!

*tiup sekuat-kuatnya*

OK... hai.


Baiklah, disebabkan tak sampai 5 jam sebelum tahun 2017 berakhir, biarlah saya cuma memampatkan segala kenangan sepanjang 365 hari yang lepas:
~~~~~~~~~~~~~~~~
JANUARI
- Kembali ke titik mula, selangkah di hadapan

FEBRUARI
- Nothing happened, except a few

MAC
- Memasuki usia 8401 hari

APRIL
- Merasa pengalaman jadi VIP di acara besar sukan negara

MEI
- Membawa semarak cita di Tanjung Agas

JUN
- Err.. Selamat Hari Raya?

JULAI
- Antara MRT, Baby Driver, & dapat segala bagai barang percuma

OGOS
- Pesta sukan terbesar di Asia Tenggara

SEPTEMBER
- Menyaksi wirama & sinema bergabung

OKTOBER
- Secara rasmi menjadi graduan Diploma TESL

NOVEMBER
- Memerah otak menghasil lakonlayar (#GELORA)

DISEMBER
- Bersidang bersama masyarakat sejagat tentang pelancongan &; keusahawanan
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kesibukan yang agak melampau (terutamanya pada penghujung tahun) membuatkan ruang blog ini terbiar selama beberapa bulan. Jadi jika ada yang ternanti-nanti perkembangan terbaharu di sini tapi sentiasa rasa kecewa (I have high doubts about this πŸ˜‚), minta maaflah ya.

Seperti biasa juga, koleksi swafoto glamor sepanjang tahun ni haruslah dikongsi. 2017 menyaksikan saya mengambil swafoto lebih banyak daripada tahun-tahun sebelumnya, sampaikan nak letak dalam kolaj yang boleh muat kesemuanya adalah amat mustahil. Jadi, saya bentangkan 6 pecahannya untuk tatapan semua (&; kenangan saya). Kalau ada yang tak berapa nak kenal, pandai-pandailah Google nama mereka, ya.
PART 1
From top left: Ustaz Syamsul Debat; U-Wei Hj Shaari; Khair Ngadirun; MizzNina; Mark O'Dea; Mohd Al-Jufferi Jamari; Ridzuan Puzi; Pandelela Rinong.
PART 2
From top left: Tunku Tan Sri Imran; Siti Nor Radiah Ismail; Siti Rahmah & Latif Romly; IM Asyraf; Datuk Santokh Singh; Sayed Munawar; Imuda; Ramlee Awang Murshid.
PART 3
From top left: Azmi Saat; Nana Mahazan; PU Rahmat; Dato' David Arumugam; Altimet; Datuk Lee Chong Wei; Fara Fauzana; Nori Abdullah.
PART 4
From top left: Justin Mott; Harith Iskandar; Amy Search; Razie Rahim; Nur Dhabitah Sabri; Ahmad Amsyar Azman; Dato' Zainal Abidin; Hafiz & Guibo
PART 5
From top left: Taufiq Hanafi, Luqman Hafidz, & Haris Zainudin; Yuumi Kato; Issey Fazlisham; Ning Baizura; Cheong Jun Hoong; Woo Haram; Mia Ibrahim; Wany Hasrita.
PART 6
From top left: Dayang Nurfaizah; Sharanjit Leyl; Azura Zainal; Razif Hashim; Amber Chia; Naz Rahman; Suhaimi Sulaiman; Remy & Amar
Fuh! Selesai pun!

Apa yang penting, 2017 telah meninggalkan impak kepada saya, sudah semestinya.
Semoga 2018 kelak akan menjamin satu lagi ceritera penuh kembara dalam hidup ini.

Terima kasih dua-kosong-satu-tujuh.
Selamat datang dua-kosong-satu-lapan.

Isnin, 31 Julai 2017

07-17 in 7-1-7 Sentences

Disebabkan (seperti biasa) kekangan masa menjauhkan saya daripada blog purba ni, maka biarlah saya ringkaskan catatan hidup sepanjang Julai 2017 ini dalam 7-1-7 ayat.

...and LET'S GO!

7
- I got myself a football jersey (thanks to 100 Plus).
- I became an extra for a short movie.
- Laluan lengkap MRT dibuka.
- Jumpa Lily James.
- Went to the coolest/most awesome Raya open house. Ever.
- I got myself a football jersey (again).
- TeaLive & llaollo gave me a treat.

1
- My uncle got married.

7
- I got myself a ticket to watch the KL 2017 opening ceremony.
- Jumpa 'pakcik PPAP'.
- Bawa kereta dari Ampang ke Titiwangsa.
- Penggambaran drama kt kolej; ada Chris Brown Aliff Aziz.
- Terkesan dengan Dunkirk.
- Makan nasi hujan panas.
- Bawa basikal merentas Gorges du Verdon.

OK, itu sahaja. Cerita lebih lanjut akan dibebel dengan lebih panjang bila saya ada masa.
Chao.

Rabu, 31 Mei 2017

Semarak Cita

Seperti yang ceritakan nun jauh pada awal tahun hari tu, 2017 bakal menyaksikan Malaysia kembali menyandang tugas sebagai tuan rumah Sukan SEA, kali ni bagi edisi ke-29 (KL 2017). Dari 18 hingga 30 Ogos nanti, meriahlah kawasan KL ni dengan atlit dan penyokong dari pelosok Asia Tenggara.

Untuk menambah meriahnya, Larian Baton diadakan buat julung kalinya di semua ibu negara di Asia Tenggara (klik di sini untuk gambar-gambarnya). Seperti juga acara sukan utama yang lain, KL 2017 mengadakan Larian Obor yang merentasi kesemua 13 negeri & 3 Wilayah Persekutuan. Apa yang menarik (& best)nya, orang awam dijemput untuk ikut serta bukan setakat sebagai pelari, malah menjadi pembawa obor. Hanya daftar secara atas talian, & insya-Allah dapat la tu.
Lariannya bermula di Johor Bahru pada 13 Mei. Maka, peringkat pertama larian adalah di Johor. Semasa mendaftar, saya lihat lokasi larian paling dekat dengan Segamat ialah Tangkak (πŸ˜ͺ) *kfine*. Bila kali pertama dapat panggilan daripada Pejabat Belia & Sukan Tangkak, saya tahu mesti ada khabar gembira. Nak dijadikan cerita, di Tangkak nanti ada tak sampai 50 orang yang ikut serta. Hambar, kan? Nak buat macam mana, dah hari Rabu (hari bekerja), siapalah yang ada masa nak ikut.

Tibalah 17 Mei 2017. Selepas taklimat sehari sebelum itu, saya jadi makin teruja (more on that later on). Larian bermula di Jambatan Sultan Ismail, di mana rombongan 'cik Kiah' dari daerah Muar menyerahkan obor kepada daerah Tangkak. Lepas itu, sesi larian pertama bermula sejauh 2 km. Selepas berlari sejauh lebih 1 km, giliran saya pula mengepalai skuad larian sambil memegang obor keramat tu.
Cuba angkat obor 1.9 kg guna sebelah tangan.
KAU RASA?
Rasa teruja tak dapat disembunyi. Yalah, kalau ikutkan sukar nak bayangkan budak (super) skema macam saya ni nak terlibat dengan benda-benda macam ni. Namun keterujaan itu agak dicantas sedikit dengan kehambaran umum di kiri dan kanan (which was totally understandable; siapa je nak tunggu tepi jalan tar pada jam 12.30 tengah hari (!)?) (😡). Apa-apa pun, larian tetap diteruskan & keterujaan saya memuncak bila dapat melangkah melalui denai yang pernah biasa dilalui *cewaah*.
Look closely at the sign board to figure out where I am.
Sebab tu saya rasa teruja sangat - sebelum ni saya dimaklumkan, sesi pertama larian adalah dari jambatan hingga ke SAMURA. Hmm, apa lagi? Bersemangatlah segala zahir dan batin! On a serious note, the fact that I was given the chance/honour to bring the torch into my alma mater was totally beyond great/awesome.
Bagai sirih pulang ke gagang,
Membawa bersama semarak cita.
That was me (dua dari kanan, yang cuba nak tumbuk langit tu),
shouting
"CEKAP!" just out of nowhere.
(klik gambar untuk galeri penuh)
Lepas dah penat berlari, makan tengah hari disediakan (walau pun saya tak makan pun sebab lama sangat beratur (😣). Lepak-lepak sekejap di surau, sebelum menjengah bilik guru.
Meeting my super duper juniors & my forever sempoi class teacher.
Usai di SAMURA, konvoi menuju pula ke SMK Tun Mamat bagi sesi kedua - berlari ke Dataran Tangkak. Saya gagahkan jua walau pun tak makan tadi (& you still wonder why I'm skinny?) (πŸ’€). Di sini, suasananya meriah sebab melintasi bahagian utama pekan Tangkak. Di kiri kanan ramai jugalah yang menunggu sambil merakam imej yang diperlukan di Facebook masing-masing. Sempat juga menyapa murid-murid SJK(C) Chi Ming 2, dan makcik jual kain di kiri dan kanan. Seronok rasanya berkongsi keterujaan yang bukannya selalu ada di Malaysia ni.

Kalau ikutkan, hari berikutnya ada lagi larian di Tangkak (Dataran - Plaza Tol, & Kesang - Sg. Rambai (penyerahan kepada Melaka)), tapi sebab dah tak boleh nak rasa kaki ni, maka duduk di rumah sajalah jawabnya. Nasib baik abang Pejabat Belia tu tak suruh bagi balik kemeja-T tu (eksklusif tau!).
Kalau ikutkan juga, pendaftaran atas talian dah berzaman tutup, tapi kalau ada yang masih nak ikut serta, rasanya boleh je rujuk kepada Pejabat Belia & Sukan yang berhampiran sebab ada yang berlari di Tangkak ni direkrut melalui pihak tu. Jadi, belum terlambat lagi untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan Malaysia untuk #BangkitBersama pada 2017 ini.

Majulah Sukan Untuk Negara,
Majulah budak skema untuk cuba tahu semua benda *apakah?*.

Selasa, 30 Mei 2017

PBAKL (That's Back in KL)

Pada tahun lepas, saya ada membebel panjang tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) disebabkan lokasinya yang bukan di dalam KL pun. Setelah mendapat aduan dan 'kecaman' daripada banyak pihak, bagi edisi ke-36 ini, PBAKL kembali ke rumah lamanya - PWTC. Good move by the organizer, sebab dapatlah saya menjengah hingga 3-4 kali (πŸš‡). Tak banyak juga hasil tuaian buku kali ni sebab tak banyak bajet (& juga sebab Bank Rakyat macam lagi suka layan saya macam pengemis).

Kalau anda ni sedia maklum dengan agenda lazim saya di PBAKL ni, sememangnya ia menjadi 'tapak buruan' tahunan bagi selfie glamor - nak-nak lagi bila dah belajar di KL. Dari 2014, 2015, dan 2016, memang akan sentiasa ada hasil fotografi dari PBAKL ni. Jadi, dah semestinyalah 2017 ini akan menjadi platform menambah koleksi peribadi.

Disebabkan banyak sesi bertemu penulis & selebriti, jadi saya pergi yang mana sempat/berkenan (sorry not sorry, Fattah Amin). 
Imam Muda Asyraf, Sayed Munawar, Ramlee Awang Murshid
Sesi berjumpa dengan Ramlee Awang Murshid (R.A.M.) lagi best sebab sesinya agak eksklusif gitu, bersempena dengan Perhimpunan 1000 Penulis yang julung kalinya diadakan pada PBAKL. Siap dapat tanya soalan lagi. Hampir juga saya makan semeja dengan dia, tapi dah ada orang 'cop' tempat πŸ˜‚.

Tapi, kadang-kala, orang yang tak (berapa nak) ada kaitan dengan dunia buku pun ada kt sini. Itu yang lagi meriah suasana.
Datuk Santokh Singh, Imuda
Datuk Santokh datang untuk memenuhi masa di reruai Negaraku, manakala Imuda dijemput oleh DBP sebab dia kartunis (which is technically part of the book world lah). Paling tak menahan, saya 'terpaksa' membeli salah sebuah komik Imuda atas rasa bersalah selepas ditegurnya:
"Selfie nak, beli buku abang ni tak nak pulak (!)"
Nasib baik RM10 je, tapi bolehlah saya anggap tu amal jariah sikit.

OKlah. Jumpa lagi pada PBAKL 2018; insya-Allah.
Teruskan membaca, kerana ia akan membawa minda kita ke mana sahaja.

Ahad, 30 April 2017

#TeamMsiaASN2016

*mengibas-ngibas segala ruang yang dah bersawang kt blog ni*
⛆ ⛆ ⛆ ⛆ ⛆
OK, here we go.

Minggu ni teramatlah sibuk (secara tiba-tiba) dari segi aktiviti luar kampus (which was TBH way more exciting, as usual 😜). Nasib baiklah dah tiba ke minggu terakhir kuliah & banyak subjek yang dah menutup tirainya *gitu*.

Macam mana boleh tiba-tiba jadual peribadi saya sibuk?
Segalanya bermula dengan si merpati biru.
✨   ✨   ✨   ✨   ✨
CUT TO: FLASHBACK SEQUENCE
INT. MY OWN ROOM - NIGHT
Pada Selasa malam (25 April), saya menjengah sekejap ke garis masa (BI: timeline) Twitter untuk tengok siapa lagi (selain daripada saya) yang berborak dengan diri sendiri. Tiba-tiba ada satu tweet daripada Team Malaysia yang begitu pemurah untuk memberi jemputan eksklusif kepada umum untuk menghadiri majlis Anugerah Sukan Negara 2016 di Hotel Shangri-La KL. Syaratnya hanyalah memilih calon Anugerah Pilihan TM & nyatakan kenapa. Jadi, itulah yang saya buat.
Secara asasnya disebabkan peraduan yang tak seberapa ni macam agak hambar (ada 25 tweet je kot yang bagi penyertaan #LastMinuteContest), saya tak adalah letak harapan sangat walau pun ada juga berangan sikit sebelum tidur.

Pagi esoknya bila saya semak akaun Twitter, ada satu mesej langsung (BI: direct message (DM)).
OMG! OMG! OMG! OMG! OMG! OMG! OMG! OMG! OMG! OMG!
OMG! OMG! OMG! OMG! OMG! OMG! OMG! 
The rest as they say, is history.
END OF FLASHBACK
✨   ✨   ✨   ✨   ✨
Nasib baik juga kelas pada hari tu (26 April) tamat jam 12 tengah hari. Ada jugalah masa nak mencari pakaian yang sesuai. Nasib baik juga saya tahu lokasinya tu (tak jauh dari stesen monorel Bukit Nenas #MyKLife *tetiba*). 5.5 jam kemudian (& selepas beberapa fasa kebosanan), tibalah kami (me & my brother Syakir) di tempat yang dijanjikan.
Suasananya mengingatkan saya sewaktu berada di Hotel Istana, cuma lagi meriah & kurang skema (?). Macam-macam ruang maklumat yang tersedia, selain bahan pameran yang semestinya menjadi tumpuan.
Kalau dah acara macam ni, kamera πŸ“± sudah bersedia di tangan kalau-kalau terjumpa mereka yang gah dalam bidang sukan ni (I guess you would already know where this is going 😜).
Our 1st ever Paralympic gold medalist, Riduzan Puzi.
The 2015 National Sportswoman & Sportsman,
Pandelela Rinong & Mohd Al Jufferi Jamari.
Masuk sahaja ke dewan utama, agenda utama pun bermula usai keberangkatan tiba SPB YDP Agong, Sultan Muhammad V (#FunFact: ini adalah (mungkin) majlis/acara rasmi umum baginda yang pertama selepas pertabalan pada 24 April).
Aside from all the typical speeches & performances, the food was S.U.P.E.R.B. (walau pun tak paham langsung menunya)!
If this is a dream, may I never wake up *gitu*.
Penganugerahan utama menjadi acara kemuncak & sejarah unik tercipta apabila Abdul Latif Romly & Siti Rahmah Mohamed Nasir dipilih menjadi Olahragawan & Olahragawati Kebangsaan bagi 2016.
- Atlit paralimpik pertama menjadi Olahragawan
- Atlit silat pertama menjadi Olahragawati
Usai majlis, segala kemeriahan jadi makin terasa & sesi bergambar secara spontan pun bermula.
- Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Tunku Imran
- Olahragawati Para 2016, Siti Noor Radiah Ismail #TeamSegamat!
- 10-time world champion & 4-time National Sportsman, kawan Abah :3
Hampir tengah malam, barulah saya kembali ke kamar untuk tidur (walau pun tak ada mood sebab teruja sangat).

W.O.W.!
Itu sajalah yang boleh dikata. Bayangkanlah, dengan hanya satu tweet, saya dapat merasa pengalaman ni (jumpa atlit elit negara, makan sedewan dengan YPD Agong & YB KJ) - tak perlu bayar apa-apa langsung (!). Apa-apa pun, Alhamdulillah - dah ini rezeki yang Dia nak pinjamkan 😊. Definitely one of those nights to remember.

Moral of the story:
Jangan pernah pertikai kuasa pantun *gitu*.

Selasa, 28 Februari 2017

1 Month, 1001 Craziness

Remember last month when I said 2017 is going to be an interesting/exciting year and my post's title described it (almost) perfectly?

Well guess what?

It's the last day of February, & boy... let me tell you this: it was a month full of insane moments, within Malaysia & abroad!

Alright, let's cut to the chase. Since there were so many stuff that happened within our country alone for the past 4 weeks, I'll just include the events that I can remember.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
➤ The one who we wished wouldn't be back home
He was chased away from Canada after spending 24 years in prison for sexually assaulting hundreds (or maybe thousands) of woman in Toronto. Since the news of his release was made known to the public, many had expressed their deepest concern about their safety. Many, unsurprisingly, detested his return. Even his footsteps were banned from having any contact with Borneo.
Click the above image to read full article
He currently lives with his family somewhere in the Klang Valley & according to them, Silva has repented. Let's just hope that he really has.
➤ The one who was 'pranked' to death
Entering mid-February, our nation was (once again) being the center of international news following the death of a man at KLIA2. Now, if this man was just a regular tourist, it would be just another short clipping you see in the 'Sorotan Berita Dunia' segment. Unfortunately, it was a Korean. More specifically, a North Korean, & more specifically, the brother of the North Korean leader.
Click the above image to learn more,
especially if you think all the 'Kim Jong's in this world only end with a 'Kook'
While investigation by PDRM is still being done, the craziest findings so far from this case is when 1 of the suspects caught said that she was paid to smear a liquid to his face as part of a 'TV prank show'. Apakah? πŸ˜‘ 
➤ The one who crashed into 'Le Tour de Nuit'
Just 30 minutes away from Singapore, a tragic accident happened around 3 in the morning when a car hit 9 teenagers who were riding bicycles in the middle of an empty main road near downtown Johor Bahru.
Click the above image for full story
While a number of allegations were made from both sides of the parties involved, it was still a devastating reality to witness. Condolences to those who were affected by the kids' demise.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
     When talking about events that occurred outside of Malaysia currently, one would have no choice but to include the U.S. into the conversation. However, I will not talk about President Trump - the two words that, according to John Oliver, will continue to sound unnatural together 😜. I'll instead touch about how an envelope can change history (& her-story).
➤ The one who made a 'Ha Ha Land' moment
By the time I wrote about this, I'm sure the entire world had already knew about this incident. In case you don't know what I'm referring to, 'enjoy' the following video.
The entire audience, both inside the Dolby Theatre & around the world were in sudden confusion when the above event took the center stage. For people like me who could only be informed of the live update via Twitter, it was even more confusing. The moment I knew what had actually happened, my first thought was, "it's Miss Universe all over again". In my own words, I would say this:
the ending of La La Land has turned into the ending for La La Land.

Haih, macam-macam lah.

So, that was it. What else do you think the craziest thing that happened within the month of February? Let me know at the comment section below, OK?
Let's keep the crazy momentum going on for the coming months (especially March 😁). Chao.

Khamis, 26 Januari 2017

2017: No Boredom Allowed

Salam sejahtera diungkap bersama,
Tahun baharu sudah menjelma.

Baiklah, seperti biasa saya suka melengah-lengahkan tugas kemas kini blog yang tak seberapa ni sampai ke hujung bulan, tapi yang penting asalkan ada. So, where should I begin?

Banyak perkara menarik yang menanti bagi tempoh 12 bulan yang berikutnya; yang paling utama sudah semestinya meraikan kejohanan sukan terbesar di ASEAN yang berlangsung di halaman rumah sendiri.
#BangkitBersama!
Walau pun sampai sekarang belum dapat e-mel berkaitan program sukarelawan bagi sukan ni (ia dipanggil 'Wau Factor'), tapi tak apalah. Kalau tak jadi sukarelawan pun, saya akan tetap menjadi penonton yang sudah semestinya melaungkan semangat untuk #TeamMalaysia.

Selain itu, fasa kedua MRT juga akan dibuka pada Julai nanti. Tak sabar nak lalu tren bawah tanah serba baharu untuk ke Bukit Bintang; masa meninjau fasa 1 tempoh hari pun dah rasa keselesaannya. Di KL juga banyak tarikan yang dibina & dinaik taraf sempena Sukan SEA ke-29 ni.

Secara peribadinya pula, tempoh bertenang di rumah tidaklah lama kerana saya kembali ke Taman Shamelin Perkasa. Dapat terus melangkau semester merupakan suatu permulaan yang bagus, ditambah pula dengan rebat 20% walau pun MARA sekarang tak berapa nak perkasa fulusnya. Saya menjangkakan akan berada di rumah untuk tempoh yang lagi lama, tapi dah ini perancangannya kan. I'll just assume this as entering another new academic semester. Ada juga corat-coret yang tak dijangka (walau pun dah dijangka), tapi malas nak difikrkan sebab boleh mengundang ketawa gila πŸ˜‚.

Apa-apa pun, 2017 bakal menjanjikan satu lagi tahun penuh eksplorasi (sebab dah tinggal kt KL semula πŸ˜€). Semoga sempatlah jasad ini untuk merasa kesemuanya. Peace.