Ahad, 6 Mac 2016

2wenty-2wo


End of an old week.
Start of a new chapter.

Alhamdulillah, praise be to Him.
You are still here.

Happy March 6, boy. :)

*cue that Taylor Swift song*

Sabtu, 5 Mac 2016

LTdL 2016

Hola holi semua...! :3

Alright first & foremost, I would like to wish all of some of you a happy mid-sem break :P. Dapatlah melekukkan sofa kt rumah tu lagi (like what I'm doing right now).

OK, agenda kedua. Dah alang-alang tak ada apa-apa kerja besar (read: assignment) nak dilunaskan, eloklah saya memenuhkan semula kuota blog ni yang macam hidup segan mati malu *eh*. Nak cerita apa pula ea kali ni? Hmm... tak tahulah saya (OK, that was so lame; tengok tajuk pun dah tau kot :3).

AHAD (28 FEBRUARI 2016)
Disebabkan hujung minggu, sementelah tugasan kolej dah beres *yeay!*, saya pergi ke Dataran Merdeka yang pada hari tu ialah garisan penamat bagi peringkat ke-5 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016.
Rasanya rakyat Malaysia (I mean, Semenanjung *sorry Borneo (T_T)*) mesti pernah sekurang-kurangnya sekali melihat konvoi berbasikal ni lalu depan mata. For me, it was during 2003, 2006, & 2010. Masa 2006 tu lagi meriah gitu sebab ada satu peringkat dari Yong Peng ke Segamat. Sanggup ni tunggu kt dataran walau pun hujan agak lebat masa tu. Lepas tu dapat topi lah, bendera lah.. err, where was I? Oh ya, Dataran Merdeka.

Dalam jam 10 pagi dah sampai (early bird, as usual). Lepas tu, berhuhuhuhu lah kita sebab tak ada apa sangat nak dibuat melainkan meninjau aktiviti sampingan yang ada. Maka, saya masuklah ke Muzium Muzik. Alah, sebelah Galeri KL jer.
Masuk percuma, & walau pun ruang pameran agak terhad & tak berapa nak varian, tapi sebagai peminat muzik, tak ada hal lah. Lepas tu saya ke Dataran Underground & rasa menyesal tak sudah sebab baru sekarang nak masuk sini. Sungguh kondusif; ada surau & tempat makan.. (meratap sesalan sampai lupa nak ambil gambar :'3).

Kita fast forward je la ea ke jam 2.30 petang. Semua dah siap sedia dengan konvoi yang dijangka tiba 30 minit kemudian. Ramai VIP yang sampai. Oh ya, speaking of which..
Jumpa kawan lama kejap :P
Cuaca hari tu memang AMAT panas (lagi panas daripada isu politik negara *eh*), dengan sedikit selingan angin sejuk. Nasib baik ada payung kt dalam beg.
This pic is the result of a struggle (pegang payung + pegang H/P) :'3
Tepat pada masa, jam 3 petang semua konvoi tiba di titik akhir. Agak krik krik jugak la rasa lepas tu yang tidak diketahui kenapa (or maybe that was just me).
Penyampaian hadiah kepada yang menang (obviously)
Dah habis semua tu, acara pun bersurai. Namun macam biasalah, selaku pemburu selfie terkemuka di seluruh mukim, saya menyusup ke ruang pelumba untuk mencari peluang. Nasib baik dapat.
The great Mr. Langkawi (I meant the person next to me, OK)
Bukan senang nak jumpa Andrea Guardini ni depan mata, sampaikan penganjur LTdL pun cakap "it's a rare photo opportunity" bila ada wakil BSN dapat bergambar (for the record, I've tried to find that pic with that exact caption, but I couldn't seem to find it :'3).
Apa-apa pun, sebelum balik..
Selfie yang sungguh tak semenggah dengan Hafizal Hamad dari Astro Arena
Usai segalanya, marilah kita balik & tidur (OK, makan dulu baru tidur).

End of story.