Sabtu, 4 Jun 2011

Mission: Impossible

Hello, guys...!

Baiklah, kali ini saya nak berkongsi cerita berkaitan misi-misi mustahil yang mungkin boleh saya realisasikan pada separuh masa kedua tahun 2011 ini. Tapi, jangan haraplah nak fikir yang saya akan menyertai Tom Cruise pula, ya...? Huhu...

Baiklah. First of all: commitment. Itulah misi terbesar saya setakat ini. Koir, ghazal, pengawas, naqib... Hai..apalah nasib. Komitmen saya tak pernah habis; lepas satu, satu pula yang datang. Kadang kala, saya mengeluh jugalah, tapi faktor yang membuatkan saya ingin terus memberi komitmen adalah apabila saya berfikir bahawa banyak pihak yang memberikan kepercayaan kepada saya; Cg. Loh, Cg. Zainudin, Cg. Maslinda... Hal yang demikian menjadikan saya 'redha' dengan segala tugas yang diberikan.

Lepas tu pula hal akademik. 1A+, 3A, 1 A-, 1B+, 3B. Itulah keputusan penuh Peperiksaan Setengah Tahun Form 5 saya. Dengan GPS 3.39 dan berada di posisi ke-52 keseluruhan, mungkin pelajar lain akan menganggap saya berada di kedudukan yang selesa (a.k.a. ranker..), tapi prinsip saya tetap sama: When I'm in Top 25, then you can call me 'ranker'. Jadi, usaha lebih adalah amat perlu untuk saya memperbaiki kelemahan yang sedia ada, terutamanya dalam Add Math dan Biologi (Nasib baik ada peningkatan untuk kedua-dua subjek ini..). 3 Ogos 2011 akan menjadi penentu usaha saya apabila Peperiksaan Percubaan ke-2 akan menjengah. So, wish me luck!

Baiklah, rasanya itu sahajalah yang ingin saya ceritakan untuk blog post kali ini. Semoga bertemu lagi di blog post yang seterusnya. Wassalam.