Khamis, 29 September 2016

DiverseCity 2016

Hai hai hai!

OK, dah nak sepurnama blog ni bersawang disebabkan kesibukan dalam menjadi cikgu psiko menjalani praktikum di sekolah. Apa-apa pun, marilah kita terus dengan agenda utama. Ala, kalau membebel panjang-panjang pun bukannya ada yang nak baca, kan? :3


Baiklah, nasib baik terlihat sekilas lalu di FB. Kalau tak, tak tahu pun pasal Festival Seni Antarabangsa KL (DiverseCity). Kalau tak silap, tahun lepas pun ada. Melihat pada jadual peribadi yang terhad *lagak-retis-gitu*, saya cuba melihat mana-mana aktiviti yang boleh dikunjungi. Maka, daripada puluhan yang ada, inilah hasil kembaranya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
18 SEPTEMBER 2016 (AHAD)
Aktiviti #1: Andy Warhol - Social Circus
Lokasi: Slant @ The Row, Jalan Doraisamy (dekat dengan stesen monorel Medan Tuanku)
Rasanya mereka yang arif tentang seni global atau jenis suka layan NGC *kita-geng* mesti pernah dengar nama Andy Warhol ni, antara penggiat seni visual yang terkenal di dunia Barat. Gaya seni pop (BI: pop art) adalah identitinya. Lupa nak tanya sama ada yang ditunjukkan ni adalah yang sebenar atau hanya replika. Yang penting, masuk percuma & nasib baik sempat sebab dah sampai ke hari terakhir pamerannya ni.

Aktiviti #2: Petrosains Science Festival
Lokasi: Pekarangan Suria KLCC
It's pretty obvious that I'm having a lot of fun.
P.S.: A quick selfie with Jonathan Putra
Entering another territory of mine. Walau pun, segala kisah sains dalam mida ini dah dimakamkan di Lembah Pantai, tapi bila digabungkan dengan elemen keseronokan, mana boleh nak biar begitu sahaja, kan? Apa lagi, kita sapu habis segala freebies yang ada! Banyak aktiviti interaktif, tak termampu nak cuba semua. Nasib baik sempat jumpa dengan ikon saluran GoASEAN. Namun, ada satu yang menarik perhatian.
The ever-dizzying gyroscope ride (!)
Niat di hati nak menonton sahaja, tapi rasa 'tercabar' bila ada si gadis sunti yang tak segan silu mencuba *cubaan-jadi-macho*. Seriously, I felt disoriented after the ride. Tak muntah secara terbuka pun dah dikira satu pencapaian (kot).

Aktiviti #3: Crossings - Pushing Boundaries
Lokasi: Galeri Petronas (aras 3, Suria KLCC)
OK, sebenarnya benda alah ni tak termasuk pun dalam program DiverseCity.. tapi dah alang-alang pasal seni, kan? Kira sekali jugalah. Menampilkan 15 penggiat seni visual tempatan, mereka yang terlibat melihat dunia dari perkspektif mereka yang tersendiri, sambil terus mengetengahkan elemen Malaysia di dalamnya.
Ada satu bahan pameran - wang kertas Dolar yang besar, & di tengahnya ada tebukan perkataan 'live'. Cuba terbalikkan perkataan tu, jadi apa? ;)

22 SEPTEMBER 2016 (KHAMIS)
Aktiviti #4: Syair Alam Melayu Nusantara
Lokasi: Auditorium DBP
Dah puas dengan seni tampak, kita bermain dengan kata-kata pula. Kehadiran dua Sasterawan Negara (Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh & Datuk Dr. Zurinah Hassan) menambah meriah acara. Selain pelancaran buku, ada 2 sesi makalah & bengkel. Esoknya ada persembahan syair. Disebabkan keutamaan harus diberi kepada praktikum, maka harus dilepaskan makalah kedua & yang selebihnya *menangis-tepi-LRT*.
Yang penting, dapat sijil *phew*.
Antara ilmu baharu yang saya peroleh ialah tentang kepelbagaian lenggok irama dalam bersyair selain yang budak-budak sekolah selalu lagukan. Di Brunei ada gayanya, di Indonesia juga ada stailnya sendiri.
Ibnu 'abdir-raheem (pemakalah dari Brunei) ada berkata:
"betapa tuhan itu memahami betapa sukanya kita terhadap syair, lihat sahaja kalam-Nya - banyak yang berima sama di akhir setiap ayat (Surah al-Ikhlas, misalnya)."
Baru tersedar. Subhanallah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
& I'M DONE!
Wow, jenuh badan meneroka (& people still wondering why my mass is less than 55kg, huh?). #Perasan
See you at the next adventure.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan