Assalamualaikum, semua...
Ya... Bulan pertama untuk 2011 hampir berakhir. Tapi bagi saya secara peribadi, inilah Januari yang paling "macam-macam" dalam hidup saya. Lepas satu, satu lagi peristiwa yang saya lihat & alami. Nak tahu apa yang dah jadi? Jom. Alkisah...
2 Jan - Sewaktu malam pertama saya di SAMURA utk. 2011, tiba-tiba ada satu dorm yang berapi (maknanya terbakar la..) - Pujangga 3. Salah satu kipas di situ mengalami litar pintas, lepas tu faham-faham je la, ye? Nasib baik kebakaran tu sikit je. Kalau tak, memang nama Pujangga 3 dah masuk surat khabar.
4 Jan - Baru hari kedua sekolah, saya & 9 pelajar lain dipanggil. Rupa-rupanya, cikgu nak pilih 2 orang pelajar utk. mewakili SAMURA sbg. calon utk. Japan East Asia Network of Exchange for Students and Youths (JENESYS) pada Februari ini. Tugasan cikgu: Sediakan satu 'public speaking' dalam masa 30 minit ttg. diri sendiri, keluarga & Malaysia. Apa lagi, dgn. rasa gementar, saya cakaplah segala apa yg. saya tahu ttg. Malaysia. Saya pun cakap ttg. diri saya, termasuklah hal-hal muzik saya tu. Alhamdulillah, saya dipilih menjadi calon akhir, tapi malangnya program tu hanya utk. pelajar Projek Khas, so, daa...
- Pada masa yang sama, semakin ramai guru yg. tahu ttg. bakat saya dlm. mencipta lagu, dek kerana public speaking tadi. Ada yg. siap minta saya nyanyikan lagu tu depan mereka. Alahai, malunya...
- At the same time, Cikgu BI memaksa saya utk. memasuki pasukan bahas BI (English debate). Itu pun gara-gara public speaking tadi.
12 Jan - Pengetua berjumpa dgn. semua calon pengawas. Rupanya-rupanya beliau nak umumkan ahli majlis tertinggi pengawas utk. 2011. Hai, cuak jugalah rasanya saya. Yalah, calon ahli MT la katakan. Takut juga kalau dipilih menjadi ketua pengawas. Alhamdulillah, it's not me who become KP. Tahniah buat Haafizhul Fitri sbb. terpilih jadi KP (go Phoenix!). Jawatan saya: penolong setiausaha. Haiyo, S/U lagi. Memang bertimbunlah kerja lepas ni. Tapi yg. geramnya orang di sekeliling mula menyamakan saya dgn. orang yg. saya gelar 'the M-word'. Tak suka!
Selain daripada tu, rasanya itu sahajalah yang menjadikan Januari saya begitu menJenuhkan. Harap-harap bulan-bulan yang lain akan memberikan lebih banyak perkara yang boleh saya ingat sampai bila-bila. Wassalam.