Isnin, 18 Julai 2011

Julai = BUSY!!!


Pertandingan Ghazal Terbuka Negeri Johor
1 Julai - 2 Julai 2011
Parit Raja, Batu Pahat
Catatan : dapat nombor 5 daripada 16 pasukan bertanding
Pertandingan Pidato Antarabangsa sempena Festival Kebudayaan, Sukan & Pendidikan SAMURA (SICSEF) 2011
9 Julai 2011
Bilik Tayang 2, SAMURA
Catatan : dapat nombor 1! (merit 20...)
Persembahan ghazal sempena IIAIC 2011
11 Julai 2011
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Catatan : Sempat pergi Suria KLCC: mencuba iPad & iPhone, serta tonton Kung Fu Panda 2
Malam Rindu Ilahi 2011 bersama InTeam
16 Julai 2011
Dewan Besar, SAMURA
Catatan : dapat autograf InTeam; Ustazah Siti Nor jual air (laris...!); Jadi jurujual kejap...
Pertandingan Koir anjuran Jab. Perpaduan & Pej. Pelajaran daerah Muar/Ledang
18 Julai 2011
SM Tinggi, Muar
Catatan : dapat nombor 3 daripada 8 pasukan bertanding; OK lah untuk latihan tak sampai sehari...
Kejohanan Olahraga Tahunan SAMURA ke-27, 2011
23 Julai 2011
Padang SAMURA
Catatan : Budi no.1... da....
KESIMPULAN :
Julai 2011 merupakan bulan yang paling sibuk dalam hidup saya. I'M DAMN TIRED!!!

Isnin, 4 Julai 2011

'Gunung Ledang' di 'Tanjung Agas'

Assalamualaikum...

Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman yang saya lalui semasa menyertai Pertandingan Ghazal Terbuka Johor 2011. Pasukan Ghasal Seri Kencana SAMURA menyertai kategori Sekolah Menengah. Pertandingan itu berlangsung dari 1 hingga 3 Julai yang lalu. Once upon a time...

1 Julai 2011 (Jumaat)
- Bertolak dari SAMURA jam 3.00 petang
- Tiba di lokasi penginapan jam 5.00 petang
Kami diberi peluang untuk merasai suasana homestay apabila menginap di rumah ibu kepada Cikgu Hj. Zainudin yang sememangnya rumah kampung. Lamanya tak tidur di rumah kampung...Best! Lepas tu, berehat la kejap & bersolat Asar...
- Latihan ringkas jam 6.00 petang. Ada gabungan Form 4 & Form 5; riuh jugalah dibuatnya...
- Lepas Maghrib, bergerak ke pasar malam yang berdekatan; macam-macam ada!
Saya beli apa yang saya nak dengan bajet RM10 yang diberi untuk setiap pelajar. So, I bought chicken rice, kentang putar, dan juga air tembikai. Dalam masa yang sama, saya berkongsi wang dengan Jamhuri untuk membeli piza mini yang agak sedap juga (RM6)..
- Lepas puas 'melantak' & solat Isya', latihan diteruskan...
Dalam masa yang sama, Cg. Zainudin memaklumkan bahawa Abang Amin (jurulatih ghazal) dan senior ghazal Batch 27 akan turut serta dalam latihan tersebut. Tapi, apa yang paling mengejutkan saya ialah apabila salah seorang senior yang ikut serta ialah...Iqhwan.
Memang saya rasa terkejut sangat (macam Eric Leong selalu buat: Surprise!!!) dengan kemunculannya di rumah ibu Cg. Zainudin tu. Apa lagi, tersenyum lebar la saya dibuatnya. Sambil berlatih, saya sempat bertanya tentang kehidupan beliau di UIAM. Mendengar kisahnya, saya rasa gembira mengetahui bahawa he is having such a great time over there. Iqhwan juga tak lupa bertanya keadaan Abah yang kini dah makin OK [:-)].
Lepas tu, sambil saya & rakan-rakan yang lain berlatih, Iqhwan serta senior-senior yang lain (Fauzaien, Syafiq Mastor, Azfar, Benyamin) membuat kerja rumah mereka; masih macam warga SAMURA yang tipikal (menggunakan kesempatan waktu yang ada; baguslah..). Usai latihan & menikmati sedikit supper, mereka bergerak pulang ke rumah abang Amin, tempat mereka menginap pada malam itu. As usual, a big hug to him is a MUST (hihihi..).
Gembiranya saya malam itu, sampaikan saya tidur sambil tersenyum (seriously..). Namun, rasa ralat sikit tu adalah sebab tak sempat nak minta beliau ambil gambar sama-sama dengan saya menggunakan H/P-nya. Tak apalah, maybe next time, OK..?

2 Julai 2011 (Sabtu)
- Bangun pagi sambil menghirup suasana kampung yang dah lama saya tak rasai. Lepas itu, bersiap untuk ke Parit Raja bagi memulakan sesi pertandingan.
Sepanjang hari itu, saya melalui bermacam-macam pengalaman berharga sampai tak tertaip d sini. Nak dipendekkan cerita, kami mendapat tempat ke-5, dan pulang ke SAMURA pada malam itu juga. Namun, kami tetap gembira kerana dapat meluangkan masa bersama-sama berjuang demi kelangsungan budaya warisan Johor ini. Itu sahajalah yang dapat saya sampaikan kali ini; wassalam.