Rabu, 26 September 2012

My Missions in Life


- To be the servant of Allah who can fulfil His commandments and left His prohibition.
- To be a person who can make his family happy & proud with what he’s doing.
- To help his fellow Muslims, especially in Palestine in any possible way.
- To make sure that all the Malays are Jawi literate.
- To make history as the first song writer from Asia to win a Grammy award.
- To find the non-surgical way that will permanently get rid of migraine from the brain.
- To promote Segamat as a world class agro-tourism destination.
- To make sure that the usage of Bahasa Melayu as the national language is kept glorified.
- To gain consciousness towards society about the importance of being eco-friendly.
- To get support in ensuring the reduce of education gap in the country.

Ahad, 9 September 2012

Neurosis

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 
"Neurosis dapat didefinisikan sebagai gangguan emosi akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, serta dicirikan dengan keresahan (sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu)."

Baiklah, kenapa saya menimbulkan isu berkaitan istilah ini pula? Ha, inilah masanya untuk saya mengekspresikan minda melalui satu lagi nukilan lagu bagi mengisahkan emosi saya tentang istilah psikologi ini. Take a look, OK? Tak nak fahamkan pun tidak mengapa; yang penting anda telah membacanya. ;-)

Hariku bermula dengan penuh tanda tanya
Mampukah ku bertahan hingga penghujungnya
Telah ku lihat titik noktah yang bersinar
Namun terlindung sudah, kabus menambah pudar

Ingin ku sambung ceritera nukilan paling indah
Menambah seri dalam senyum yang ku luah
Namun saat itu juga tinta terhenti menitis
Berganti pula air mata jiwa yang menangis

Kabur mindaku, kembaraku tersalah arah
Mata dan jiwa saling bertelingkah

(*chorus)
Neurosis ini membuat langkahku terhenti di sini
Lidahku kelu, diriku bagai tiada bernadi
Neurosis ini menambah celaru dalam sanubari
Janganlah kau hadir menambah igauan naluri

Terasa diriku kerdil di balik metropolis
Jauh ku tertinggal, tiada yang akan mengerti
Ingin sekali aku melakar rona mimpi
Namun terjelma ilusi mencetus hipnosis

Sampai bila harusku menepis realiti
Andai anganku hanyalah fantasi

(ulang *)

Tiba masa untukku sedari
Segalanya sudah tertulis
Cari segera jalan kembali
Refleksi diri pada ilahi
Sebelum tiba saat terhenti

(ulang * 2 kali)



LIRIK : Mohd. Syafiq Asyraf
LAGU : Mohd. Syafiq Asyraf

Jumaat, 7 September 2012

Tinta Iftar

Iftar.
Manifestasi sebuah kejayaan.
Kejayaan mencetus kembara rohaniah.
Kembara yang menambah erti hidup ini.

Iftar.
Bertambah barakah, terbangun minda dan jiwa.
Terzahir rasa syukur kepada-Nya.
Lebih disyukuri apabila bersama taulan.

Iftar.
Menanti ia hadir bagaikan selamanya.
Bilakah ia akan kembali?
Membawa citra yang paling indah.
Menyambung perjuangan abadi.

Iftar.
Kembalilah engkau.
Kembalilah bersama memori silam.
Memori yang ingin ku kenang.
Bersama sahabat-sahabatku.

What a BUSY Weekend!

Wazzup, guys!

27 Ogos - 2 September 2012 ----------> @#$)%^&*_(+!

Huh, penat tak terkata. Itulah yang boleh saya gambarkan tentang minggu lepas; penuh dengan pengisian yang memang memenatkan untuk dilakukan, terutamanya apabila melibatkan soal perjalanan. Sakit badan dibuatnya, terutamanya sepanjang hujung minggu tersebut. Baiklah, tak nak berceloteh panjang; seek for yourself.

KHAMIS, 30 OGOS 2012
Hari itu bermula seperti biasa; kelas yang bermula pada jam 10 pagi & berakhir pada jam 1 petang. Namun, ke'huru-hara'an hari itu bermula selepas jam 2 petang. Perancangan yang dibuat begitu spontan (tiba-tiba) & menantikan maklum balas daripada mereka yang terlibat menjadi amat sukar. Haha, kelakar pula mengenangkan kekalutan itu, semata-mata nak ke KLIA bagi mengucapkan selamat jalan kepada Fizul a.k.a. KP Rise With the Fallen (RTF) yang berlepas ke Beijing selaku antara 10 penerima sulung biasiswa pertukaran pelajar oleh Yayasan Sime Darby. WOW!
Rakan-rakan RTF yang merupakan pelajar Sains Fizikal melalui kelas kuliah hingga jam 6 petang, yang sedikit sebanyak merencatkan perancangan awal. Namun, saya dan rakan RTF yang juga pelajar Sains Hayat, Harris Izzudin (a.k.a. Kiedo) membulatkan hati untuk pergi terlebih dahulu ke KLIA. Nak dipendekkan cerita, 6.45 petang barulah kami berdua sampai. Namun, semua kepenatan yang dilalui bagai hilang macam itu saja apabila saya & Kiedo dapat buat 'group hug' dengan Fizul sebaik saja bertemu dengannya. :')
Selain ahli keluarga Fizul, ada 10 lagi rakan RTF yang turut serta datang bagi merakamkan saat-saat terakhir bersama KP kesayangan kami yang seorang ini sebelum penerbangannya berlepas pada jam 9.45 malam. Sedih melihat dia pergi, tapi sudah pasti terselit rasa bangga melihat kejayaannya sehingga ke tahap itu. All the best, Fizul. I'm extremely proud to have you as my friend. 
P.S. : Tiba kembali di UM pada jam 11.45 malam. PENAT!

JUMAAT, 31 OGOS 2012
MERDEKA! OK, laungan keramat itu ada kaitannya dengan destinasi saya yang seterusnya: Dataran Merdeka. Kali ini, bersama Hanafi pula, rakan Bentara yang juga pelajar PASUM. Jam 6.30 pagi kami dah memulakan perjalanan ke dataran itu menaiki LRT sehingga ke stesen Masjid Jamek. Sepanjang perjalanan, terserempak dengan beberapa orang yang seperti baru pulang dari malam Ambang Merdeka di lokasi yang sama. Tiba di dataran, masih belum ramai orang awam yang berada di sana, melainkan peserta persembahan yang penuh berwarna-warni.
Sepanjang perarakan yang bermula pada jam 8 pagi, pelbagai pengisian diatur. Tambah bangga apabila dapat melihat ramai pelancong asing tidak putus-putus mengambil gambar untuk dijadikan memori ketika pulang ke negara mereka. Nak cerita apa pun saya tak pasti,  sebab rasanya apa yang ditunjukkan melalui perarakan itu sama saja seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Namun, berada di dataran itu buat pertama kali menambahkan semangat patriotisme dalam diri. Secara jujurnya, saya hampir menitiskan air mata apabila mendengar lagu Negaraku dimainkan. There's no doubt that I'm proud to be a Malaysian.
Baiklah, tamat cerita pasal sambut Merdeka. Lepas itu, saya & Hanafi singgah di KLCC untuk bersarapan pagi (tak boleh belah kan nak sarapan di KLCC..). Kemudian, singgah juga di Petrosains, sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid as-Syakirin, KLCC. Kemudian, kami terus menuju ke Midvalley Megamall pula untuk membeli beberapa barang keperluan (not to mention I bought myself a new hoodie). Seriously, kaki saya dah tak larat nak melangkah semasa di Midvalley tu; penat yang teramat sangat, ditambah pula dengan tidur yang tak cukup pada malam sebelumnya (lepas balik dari KLIA). To make it short, 6.45 petang barulah kami berdua tiba di KK12, UM. Malam itu saya tidur awal.

SABTU, 1 SEPTEMBER 2012
Bangun pada jam 7 pagi. Kalau ikutkan, nak saja saya bangun pada jam 11 pagi, tapi Hanafi kejutkan saya sebab ada rakan Bentara kami yang nak berjumpa di Tasik Varsiti. Kira macam 'reunion' kecil-kecilanlah. Kami berdua berjumpa dengan Atiqah Izdihar (a.k.a. Fathol) & bersarapan pagi di Rumah Universiti (UM's hotel). End of that, saya terus bersiap & pada jam 10.30 pagi, saya bertolak ke Midvalley (again..). Kali ini, saya ke sana sebab nak tonton filem 29 Februari dalam versi 3D. Konlusinya: agak best, tapi ada beberapa babak yang membuatkan saya rasa bagaikan menonton sebuah filem komedi; asyik nak ketawa saja. Kalau nak tahu, tengoklah sendiri.
Tamat sesi ber'wayang', saya kembali ke UM untuk mempersiapkan diri. Lewat petang itu, saya perlu ke One World Hotel di Bandar Utama, untuk acara rumah terbuka kecil-kecilan anjuran Alumni Yayasan Tun Razak (ATYR) [ada kaitan dengan 'blog post' yang ini]. Saya dan rakan PKTR yang juga pelajar PASUM, Haniff & Ainisya pergi ke sana bersama Nazran, rakan PKTR dari UIAM PJ.
Thanks to Ainisya's dad, kami tiba di hotel itu pada jam 7.30 malam. Selesai solat Maghrib, sesi rumah terbuka pun bermula. Seronok rasanya dapat bertemu semula dengan rakan-rakan PKTR 2011. Yalah, dah lebih 5 bulan tak bersua (hmm, lama 'SANGAT'). Bukan sahaja berkongsi cerita tentang kehidupan terkini diri masing-masing, memori semsa PKTR juga turut dikisahkan, menambahkan suasana ceria pada malam itu. Tambah seronok saya apabila dapat bersua kembali dengan 4 daripada 10 rakan kumpulan Rentaka. YEAY!
Di samping aktiviti 'makan-makan', ada juga persembahan selingan daripada senior AYTR. Ada persembahan sajak, nyanyian akustik, serta persembahan silap mata. Namun, kemuncak persembahan adalah apabila beberapa orang penting dalam AYTR menari sambil diiringi lagu Nobody dan... Oppa Gangnam Style. WHAT? HAHAHA, gelak besar saya dibuatnya. Namun, itulah yang menjadikan malam itu sebagai cukup bermakna. Tamat acara di hotel, kami pulang ke UM (dengan mod pengangkutan yang sama) & tiba pada jam 12 tengah malam. PENAT... lagi.

AHAD, 2 SEPTEMBER 2012
Akhirnya, dapat juga saya berehat selepas beberapa hari yang penuh cacamarba, dan sistem badan saya mengiyakannya apabila saya bangun pada jam 9 pagi, dan bukan 6.30 pagi seperti kebiasaannya. Penat sangat sampai tak dengar penggera jam di H/P.

Baiklah, panjang bukan coretan saya kali ini? Saya pun dah penat nak menaip. Harap maklum, TERIMA KASIH. :-)