Baiklah, ketika 'blog post' yang satu ini sedang ditaip, saya sedang mempersiapkan diri bagi meghadapi minggu ke-2 Peperiksaan Akhir bagi Semester 1 di PASUM ini (sesi 2012/2013).
WOW! Sedar tak sedar, saya dah berada di penghujung semester yang pertama. Rasa macam baru minggu lepas saya mendaftarkan diri; tiba-tiba dah nak habis pun separuh perjalanan saya di UM ini. Apa yang boleh saya katakan, tidak susah untuk mengadaptasikan diri dengan kehidupan di PASUM kerana suasananya yang hampir sama dengan SAMURA. Jadi, tak ada masalah tentang itu.
Cuma, kehidupan di sini sentiasa dihabiskan melalui konfrontasi dengan segala nota dan kerja tutorial yang perlu sentiasa diulangkaji. Semakin luas cabang sesuatu subjek yang saya pelajari, menjadikan lebih pening kepala dibuatnya.
Namun Alhamdulillah, selepas tamat minggu pertama peperiksaan, saya boleh katakan bahawa insya-Allah, keputusan yang lebih baik mampu saya peroleh. Yalah, dah puas berusaha, kenalah ada keyakinan. Walau bagaimana pun, saya tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi, takut-takut kekecewaan pada 21 Mac 2011 akan berulang semula (klik sini untuk kisah selanjutnya).
Baiklah, baik saya pergi buat ulang kaji. Ada lagi 6 kertas yang menunggu untuk dijawab. Terpulang kepada saya untuk mengisinya dengan jawapan yang sepatutnya. Wish me luck, OK? Wassalam.