Kita tak pernah merdeka
Kerana itu hanyalah busana
Di penjuru suatu teratak
Tatkala bernoktahnya nirmala
Dan bukannya nun di balik
samudera
Yang terletaknya penjuru
berbeza.
Kita tak pernah merdeka
Kerana masih lagi derapan
ini
Dipaksa atur tanpa secebis
rela
Bukan dengan serampang
terhunus di jasad
Tetapi dengan kemilau mantera
kaca
Yang sedia terbenam di garis
telapak.
Kita tak pernah merdeka
Kerana tetap bercebis
Rakusnya amarah durjana takluk
Yang telah meresap ghaib sakanya
Kepada pesuruh picisan
Yang wajah rautnya membiaskan kita.
Kita tak pernah merdeka
Kerana masih berdendang wirama
Memaksa satu menjadi berjuta
Bait katanya bersulam serdak
Menjentik sisih dari dalam jentera
Dan bersarang di balik hijau sfera.
Kita tak pernah merdeka
Kerana selamanya jua
Akan kita merunduk
Dalam teriak dan rintih
Sebagai gerangan sahaya
Kepada Sang Pemilik.
Kita tak pernah merdeka.
Kita hanya tersingkap dari
celung
Yang terduduk di dasar luas sangkar.
[10.00 malam, 28 Ogos 2016]