Ahad, 30 April 2017

#TeamMsiaASN2016

*mengibas-ngibas segala ruang yang dah bersawang kt blog ni*
⛆ ⛆ ⛆ ⛆ ⛆
OK, here we go.

Minggu ni teramatlah sibuk (secara tiba-tiba) dari segi aktiviti luar kampus (which was TBH way more exciting, as usual 😜). Nasib baiklah dah tiba ke minggu terakhir kuliah & banyak subjek yang dah menutup tirainya *gitu*.

Macam mana boleh tiba-tiba jadual peribadi saya sibuk?
Segalanya bermula dengan si merpati biru.
✨   ✨   ✨   ✨   ✨
CUT TO: FLASHBACK SEQUENCE
INT. MY OWN ROOM - NIGHT
Pada Selasa malam (25 April), saya menjengah sekejap ke garis masa (BI: timeline) Twitter untuk tengok siapa lagi (selain daripada saya) yang berborak dengan diri sendiri. Tiba-tiba ada satu tweet daripada Team Malaysia yang begitu pemurah untuk memberi jemputan eksklusif kepada umum untuk menghadiri majlis Anugerah Sukan Negara 2016 di Hotel Shangri-La KL. Syaratnya hanyalah memilih calon Anugerah Pilihan TM & nyatakan kenapa. Jadi, itulah yang saya buat.
Secara asasnya disebabkan peraduan yang tak seberapa ni macam agak hambar (ada 25 tweet je kot yang bagi penyertaan #LastMinuteContest), saya tak adalah letak harapan sangat walau pun ada juga berangan sikit sebelum tidur.

Pagi esoknya bila saya semak akaun Twitter, ada satu mesej langsung (BI: direct message (DM)).
OMG! OMG! OMG! OMG! OMG! OMG! OMG! OMG! OMG! OMG!
OMG! OMG! OMG! OMG! OMG! OMG! OMG! 
The rest as they say, is history.
END OF FLASHBACK
✨   ✨   ✨   ✨   ✨
Nasib baik juga kelas pada hari tu (26 April) tamat jam 12 tengah hari. Ada jugalah masa nak mencari pakaian yang sesuai. Nasib baik juga saya tahu lokasinya tu (tak jauh dari stesen monorel Bukit Nenas #MyKLife *tetiba*). 5.5 jam kemudian (& selepas beberapa fasa kebosanan), tibalah kami (me & my brother Syakir) di tempat yang dijanjikan.
Suasananya mengingatkan saya sewaktu berada di Hotel Istana, cuma lagi meriah & kurang skema (?). Macam-macam ruang maklumat yang tersedia, selain bahan pameran yang semestinya menjadi tumpuan.
Kalau dah acara macam ni, kamera 📱 sudah bersedia di tangan kalau-kalau terjumpa mereka yang gah dalam bidang sukan ni (I guess you would already know where this is going 😜).
Our 1st ever Paralympic gold medalist, Riduzan Puzi.
The 2015 National Sportswoman & Sportsman,
Pandelela Rinong & Mohd Al Jufferi Jamari.
Masuk sahaja ke dewan utama, agenda utama pun bermula usai keberangkatan tiba SPB YDP Agong, Sultan Muhammad V (#FunFact: ini adalah (mungkin) majlis/acara rasmi umum baginda yang pertama selepas pertabalan pada 24 April).
Aside from all the typical speeches & performances, the food was S.U.P.E.R.B. (walau pun tak paham langsung menunya)!
If this is a dream, may I never wake up *gitu*.
Penganugerahan utama menjadi acara kemuncak & sejarah unik tercipta apabila Abdul Latif Romly & Siti Rahmah Mohamed Nasir dipilih menjadi Olahragawan & Olahragawati Kebangsaan bagi 2016.
- Atlit paralimpik pertama menjadi Olahragawan
- Atlit silat pertama menjadi Olahragawati
Usai majlis, segala kemeriahan jadi makin terasa & sesi bergambar secara spontan pun bermula.
- Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Tunku Imran
- Olahragawati Para 2016, Siti Noor Radiah Ismail #TeamSegamat!
- 10-time world champion & 4-time National Sportsman, kawan Abah :3
Hampir tengah malam, barulah saya kembali ke kamar untuk tidur (walau pun tak ada mood sebab teruja sangat).

W.O.W.!
Itu sajalah yang boleh dikata. Bayangkanlah, dengan hanya satu tweet, saya dapat merasa pengalaman ni (jumpa atlit elit negara, makan sedewan dengan YPD Agong & YB KJ) - tak perlu bayar apa-apa langsung (!). Apa-apa pun, Alhamdulillah - dah ini rezeki yang Dia nak pinjamkan 😊. Definitely one of those nights to remember.

Moral of the story:
Jangan pernah pertikai kuasa pantun *gitu*.