Ahad, 30 Januari 2011

One Month with Million Things

Assalamualaikum, semua...


Ya... Bulan pertama untuk 2011 hampir berakhir. Tapi bagi saya secara peribadi, inilah Januari yang paling "macam-macam" dalam hidup saya. Lepas satu, satu lagi peristiwa yang saya lihat & alami. Nak tahu apa yang dah jadi? Jom. Alkisah...

2 Jan - Sewaktu malam pertama saya di SAMURA utk. 2011, tiba-tiba ada satu dorm yang berapi (maknanya terbakar la..) - Pujangga 3. Salah satu kipas di situ mengalami litar pintas, lepas tu faham-faham je la, ye? Nasib baik kebakaran tu sikit je. Kalau tak, memang nama Pujangga 3 dah masuk surat khabar.

4 Jan - Baru hari kedua sekolah, saya & 9 pelajar lain dipanggil. Rupa-rupanya, cikgu nak pilih 2 orang pelajar utk. mewakili SAMURA sbg. calon utk. Japan East Asia Network of Exchange for Students and Youths (JENESYS) pada Februari ini. Tugasan cikgu: Sediakan satu 'public speaking' dalam masa 30 minit ttg. diri sendiri, keluarga & Malaysia. Apa lagi, dgn. rasa gementar, saya cakaplah segala apa yg. saya tahu ttg. Malaysia. Saya pun cakap ttg. diri saya, termasuklah hal-hal muzik saya tu. Alhamdulillah, saya dipilih menjadi calon akhir, tapi malangnya program tu hanya utk. pelajar Projek Khas, so, daa...
- Pada masa yang sama, semakin ramai guru yg. tahu ttg. bakat saya dlm. mencipta lagu, dek kerana public speaking tadi. Ada yg. siap minta saya nyanyikan lagu tu depan mereka. Alahai, malunya...
- At the same time, Cikgu BI memaksa saya utk. memasuki pasukan bahas BI (English debate). Itu pun gara-gara public speaking tadi.

12 Jan - Pengetua berjumpa dgn. semua calon pengawas. Rupanya-rupanya beliau nak umumkan ahli majlis tertinggi pengawas utk. 2011. Hai, cuak jugalah rasanya saya. Yalah, calon ahli MT la katakan. Takut juga kalau dipilih menjadi ketua pengawas. Alhamdulillah, it's not me who become KP. Tahniah buat Haafizhul Fitri sbb. terpilih jadi KP (go Phoenix!). Jawatan saya: penolong setiausaha. Haiyo, S/U lagi. Memang bertimbunlah kerja lepas ni. Tapi yg. geramnya orang di sekeliling mula menyamakan saya dgn. orang yg. saya gelar 'the M-word'. Tak suka!

Selain daripada tu, rasanya itu sahajalah yang menjadikan Januari saya begitu menJenuhkan. Harap-harap bulan-bulan yang lain akan memberikan lebih banyak perkara yang boleh saya ingat sampai bila-bila. Wassalam.

Jumaat, 7 Januari 2011

One Seven

Yo, Yo, Yo! Wazzup, guys!!!

Baiklah, kali ni ada satu lagi lagu yang saya nak kongsi kepada anda. Terus terang saya katakan, inilah lagu BI yang paling best & paling jujur pernah saya cipta. Pendek kata, it's totally perfect!
Kebanyakan liriknya adalah tentang persahabatan, & kalau anda dah selalu ikuti saya, pasti anda akan tahu kepada siapa lagu ni ditujukan. So, happy guessing.

Since the very first moment you come into my life
I feel a sudden strength for me to survive
From the very beginning I just keep wondering
That to have you as my friend is just amazing

You are one in a million, you are one of the kind
Whenever you're around me, I feel just fine

(*)
You are the only one sparkling pearl
That I've seen throughout the seven seas
(@)
You are the only one shining star
That I've seen throughout the seven skies
(#)
Come with me, let's walk through this journey together (Together)
(You and I) Our friendship will always last forever and ever

Every second I see a smile on your face
It is like a gift I just won't wanna waste
You have your own ways to make me feel so much greater
Every day with you, my world is keep getting better

No one can ever replace you, no one can be like you
And I'm telling this because it's really true

(repeat *, @ and #)

Every minute without you by my side
I feel so lonely, it's something I can't hide
But deep inside my heart I still believe
Even seven mountains can't tear us apart
'Coz your soul is the one that stays in my heart

(repeat * and @)
(repeat @ and #)
(repeat * and @)

LYRICS : Mohd. Syafiq Asyraf
COMPOSER : Mohd. Syafiq Asyraf

Jumaat, 24 Disember 2010

Selamanya

Hai, semua...

Kali ni, saya nak tunjukkan satu lagi lagu yg. saya cipta sama cuti sekolah ni. Dalam pada nak siapkan kerja rumah yg. masib lagi tak siap, saya masih lagi sempat jugak nak buat lagu, yer..? Mungkin sbb. saya rindu sangat k0t dgn. kawan-kawan SAMURA saya. Baiklah, tajuknya: 'Selamanya'. So guys, look through every single lyrics & enjoy...

Saat ku lihat wajahmu
Terbit suatu rasa
Yang tak mampu ku ungkapkan
Pabila ku bersamamu
Tak dapat ku gambarkan
Betapa indahnya dunia

Ketika kau jauh dari mataku
Tak berdayaku sembunyikan rinduku padamu
(#)
Hatiku merintih setiap detik setiap waktu
Ku ingin kau sentiasa berada di sisiku
Selama-lamanya

(*chorus)
Kaulah yang tunjukkan kepadaku
Erti sebenar
Sebuah kehidupan yang penuh makna
Kau zahirkan kekuatan dalam sanubariku
Agarku mampu
Terus melangkah di sisimu jua
Kau kan tetap
Di hatiku
Selamanya

Hidupku begitu ria
Saat kau di sampingku
Mengharungi segalanya
Apa jua yang melanda
Ku yakin dan percaya
Kita pasti berada di puncak

Namun diriku tak mampu berdiri di sini
Tanpamu untuk memenuhi ruang di jiwaku ini

(ulang #)

(ulang *)

Hatiku tidak pernah berhenti merintih dan meronta
Ingin ku lihat kelibatmu biar pun untuk seketika
Agar hilang kerinduan yang makin memuncak
Agar dapat ku warnai dunia ini
Dengan berjuta warna

(ulang #)

(ulang * 2 kali)

LAGU : Mohd. Syafiq Asyraf
LIRIK : Mohd. Syafiq Asyraf

Rabu, 22 Disember 2010

When You Were . . . Sixteen

Wazzup, everybody...

Kali ni, blog post saya agak pendek sikit sbb. saya tak tahu apa nak diceritakan.
Apa yg. saya nak nyatakan hanyalah satu:

Being 16 in 2010 was totally & extremely AWESOME!!!

Kenapa? Sbb. saya dapat mengenali makna kehidupan yg. lebih mendalam.
So, thank you very much to Umi & Abah. Terima kasih kpd. warga CekaPranksterZ.

Jamhuri, Arifah, Mustaffa, Hanafi, & banyak lagi nama yg. akan saya ingati sepanjang hidup saya.

Just one thing for sure; I hope I can be 16 forever.

010110 - 311210

Hello, guys!

Baiklah, kali ni biar saya senaraikan segala peristiwa yg. saya alami sejak bermula tahun 2010 ni. So, let's start the flashback...!

Januari
- I am a Form 4 student (4 Newton), sbg. AJK Maklumat & Data
- Dapat tawaran ke SBP (to, of course... SM Sains Muar)
- Sempat pergi latihan utk. Kej. Olahraga Sekolah (tahniah Abu Bakar sbb. jadi juara utk. kali yg. keberapa entah..)

Februari
- My personal history is created: I'm living in hostel, about 86 km from home. I'm a student of an SBP. I'm having new friends from 4 corners of Malaysia.

Mac
- Terima pelajar ambilan ke-2. Maknanya, dapat kawan baru lagi.
- Kali pertama sambut birthday seorang diri (very lame..) Huhuhu...
- Jadi sound engineer utk. drama Bestari for MKI (menang tu..)
- Masuk Kuiz Agama sempena MKI ... tapi tak menang.

April
- My classmates figure out that I'm a composer.
- Mula 'menjiwai' ciri-ciri tipikal seorang pelajar sekolah berasrama; faham-faham je la.
- Masuk Pert. Pantun buat julung kalinya; tak sangka dpt. jadi pemantun terbaik.

Mei
- Berlatih kawad kaki. I'm tortured..!
- Melalui Peperiksaan Setengah Tahun.. how many A's did I get? Lupalah...
- Berlatih zapin utk. Minggu Seni Warisan... tapi kalah.
- Peperiksaan Setengah Tahun. Dah lupa dpt. berapa A...

Jun
- Apalah yg. berlaku masa bulan Jun yer...? Hmm...
- Jadi MC kat DM... market tu... hahaha..

Julai
- It's English Week...
= Masuk Spelling Bee (champion tu...)
= Jadi narrator utk. drama (champion lagi..)
= Bestari jadi juara keseluruhan (Yay!!)
- Tonton Cuci the Musical 2 kat IB; jumpa Nabil, Afdlin Shauki, Hans Issac, Vanidah Imran, Jaclyn Victor, Harith Iskander... BEST GILER!!!
- MRI bersama kumpulan Hijjaz... jumpa artis lagi...

Ogos
- Peralihan kuasa utk. kelab sukan / persatuan. I'll be...
= Pengerusi Kelab Koir & Muzik
= Naib Setiausaha Kelab Petanque
= AJK PBSM
- Pergi KISAS, Klang utk. English in Camp; best sbb. dpt pergi i-City...
- My first Ramadhan outside Segamat.

September
- Selamat... Hari... Raya!!!
- Terus belajar utk. final exam...
- Terpilih jadi calon naqib.. (OMG! Boleh caya ke..?)

Oktober
- It's final exam...
- Sempat jugak 'melencong' ke Melaka...
- I am a member of the choir team.. (Voice of Soul)

November
- Spending my last weeks in SAMURA.
- Jadi naqib (I mean.. S/U Naqib) utk. 2011.. Aargh!
- Merasa jugak jadi MC atas pentas...
- Jadi DJ tak rasmi utk. SAMURA FM.

Disember
- Kerja rumah, kerja rumah, kerja rumah...
- Pergi Rawang, JB dan Seremban.
- Kerja rumah... lagi.

Itu sajalah memori suka duka saya sepanjang 2010 ni. Memang saya harus akui bahawa 2010 is the best year in my life. Kalau boleh, saya nak masa berhenti dan berundur semula ke tarikh 1 Januari 2010. Tapi apakan daya, 1 Januari 2011 akan menjelma. OK, I'll leave 2010 with a big THANK YOU to the people who had made my life happier throughout the year. I love you, guys! Wassalam...