Rabu, 15 Disember 2010

You Are Team Number One!

Hello, guys!

Kali ni, saya nak ceritakan ttg. salah satu rancangan yg. paling saya gemari: The Amazing Race (TAR). Kenapa? Sbb. saya baru je menyaksikan peringkat akhir TAR musim ke-17, pd. Isnin malam yg. lalu. So, ready, steady, GO!

Baiklah, kali pertama saya tonton TAR ni masa musim ke-4. Masa tu, para pesertanya berlumba sehingga ke Kota Kinabalu, Sabah. Baru-baru ni semasa musim ke-16, mereka berlumba di Pulau Pinang. Setiap kali melihat mereka berlumba, saya dapat merasakan deruan adrenalin dlm. diri mereka. Keterujaan yg. amat sangat dapat saya rasakan, walaupun bukan saya yg. berlumba. Apa yg. paling best ialah apabila mendengar pengacara TAR, Phil Keoghan mengatakan, "You are team no. 1!" Memang saya dapat rasakan kegembiraan pd. wajah pasukan yg. mendengar kata-kata tu.

Bagi saya, menyertai TAR mungkin merupakan impian yg. ingin sangat saya capai, kerana bukan saja saya sapat menjelajah ke seluruh dunia, malah dlm. masa yg. sama, saya dapat mengenali budaya masyarakat dunia yg. mungkin saya tak pernah lihat sblm. ni. Apa yg. lebih penting ialah keseronkan melakukan pelbagai perkara, termasuklah mengatasi rasa gayat, takutkan gelap, & macam-macm lagi. Soal menang atau kalah, tu lain cerita.

Dlm. TAR, setiap kumpulan peserta terdiri drpd. 2 org. Bagi saya, seorang lagi ahli kumpulan yg. saya rasa paling sesuai utk. berlumba bersama-sama saya ialah Jamhuri. Rasionalya mudah je: Saya akan dapat tahu atitud beliau yg. sebenar dlm. dunia yg. penuh realiti. Lagi pun, ia boleh menjadi suatu platform utk. saya & dia mengeratkan hubungan persahabatan kami buat selama-lamanya (I hope so..).

Saya mungkin amat fanatik dgn. TAR, sehinggakan saya ada merancang utk. mewujudkan satu rancangan realiti macam tu di Malaysia, yg. dipanggil JELAJAH 3 6 0. Formatnya sama macam TAR, & utk. perlumbaan tu akan mengambil tempat di seluruh Malaysia, bermula di Taman Tasik Titiwangsa, melalui 11 peringkat sblm. berakhir di Taman KLCC. Menarik & mengarut, kan?

OK lah, cukuplah saya ceritakan perihal sebuah rancangan yg. berasaskan travellog ni. Semoga impian saya utk. menyertai TAR & bertahan hingga ke peringkat akhir (finale) akan direalisasikan. Amin... That's all for now, Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan