Assalamualaikum...
Baiklah, kali ini saya nak persembahkan satu lagi lagu yang saya cipta sendiri. Lagu yang satu ni saya cipta khas buat mereka yang menjadi ilham buat saya untuk terus bertahan dalam menjalani hidup ini, & sebenarnya saya tujukan lagu ini to a guy named 'Iqh1' lebih-lebih lagi sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-18 pada 29 April ni.Tajuknya: Satu Inspirasi. So, enjoy...!
Saat ku berdiri

Di tengah arena ini
Aku bersendiri
Tanpa sesiapa di sisi
Namun sekelip mata
Bayanganmu terus menjelma
Kau buat jiwaku riang
Kau buat duniaku penuh makna
(*chorus)
Engkaulah satu-satunya inspirasi
Untukku merentas lautan tak bertepi
Kau buatku ingin terus bermimpi
Menggapai bintang di langit nan tinggi
Saat ku hampir tersungkur
Kau genggam erat tanganku
Agar ku mampu berdiri teguh
Dan melangkah megah bersamamu
Senyumanmu aku rindu
Ingin ku dengar suaramu
Setiap gerak dan gayamu
Terus terpahat dalam kalbuku
(repeat *)
Andai kau lenyap dari pandangan
Aku hilang arah tanpa tujuan
Namun kan ku teruskan kembara ini
Kerana kau dan aku tiada bezanya
Kerana kau di hatiku sentiasa
(repeat * twice)
Kan ku terus mengira detik demi detik
Saatnya kan tiba kita kan bersua lagi
LAGU : Mohd. Syafiq Asyraf
LIRIK : Mohd. Syafiq Asyraf