Wazzup, guys?
Baiklah, apa yang dah mula ni..? Ha, inilah satu lagi kisah yang saya nak 'ceciter'kan kepada anda semua. Pasal apa? SAMURA.
FYI, yang dah mula tu ialah tekanan yang para pelajar (esp. F5..), lebih-lebih lagi menjelang berakhirnya penggal pertama persekolahan ni. Macam-macam kelas yang diadakan, sampai ada yang tak cukup masa nak buat kerja-kerja rumah. Lepas tu, kalau stay up, alamatnya mestilah tidur dalam kelas, seterusnya dipandang slack oleh guru-guru. Oleh itu, ramai jugalah yang stres sebab tu.
Tapi, bagi saya, itu merupakan sesuatu yang harus dibiasakan dalam hidup di SAMURA; tak cukup tidur, terpaksa menahan diri daripada tidur dalam kelas, dsb. Hal ini sebab, perkara tu jugalah yang akan kita alami bila dah bekerja, kan? So, just deal with it. Saya ni lagilah, kerja sebagai S/U yang tak pernah nak habis; laporan, booklet, minit mesyuarat. Itu belum masuk lagi kerja rumah yang lain, yang tak mungkin saya dapat (& akan..) habiskan.
Apa yang pentingnya ialah mental kita perlu kuat dalam menghadapi semua ini. Kalau hanya harapkan fizikal yang kuat semata-mata, kirim salamlah jawabnya, tau? Fikirkan harapan seluruh ahli keluarga sebaik sahaja kita melangkah masuk ke SAMURA. Kalau tak pun, fikirkan impian yang kita nak sangat capai. Just think about that, and automatically you'll be strong enough to cope with all the obstacles in front of you, OK?
Itu sahajalah yang saya nak bebelkan setakat ni. Peringatan ini saya tujukan khas buat rakan-rakan seSAMURA saya. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan