Assalamualaikum...
Baiklah, semasa 'blog post' ini ditaip, sudah 4 subjek saya sudah harungi untuk SPM 2011. Setakat ini, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. BM, BI, Sejarah dan Mathematics mtidak mendatangkan apa-apa masalah yang besar buat saya. insya-Allah, 4A+ akan berada dalam genggaman saya.
Namun begitu, fokus saya seterusnya adalah untuk memastikan keempat-empat subjek elektif (Add Math, Bio, Kimia, Physics) dapat saya kuasai agar sekurang-kurangnya saya memperoleh A- bagi semua subjek itu. Sebabnya, dah lama saya tak merasa bagaimana mendapat A untuk subjek-subjek itu. Agak sukar jugalah saya fikir, lebih-lebih lagi Biologi dan Fizik. Walau bagaimanapun, saya tak boleh memberi apa-apa alasan sekali pun dalam usaha mengejar yang terbaik untuk SPM 2011 ini.
Baiklah, rasanya itu sahaja yang saya nak perkatakan kali ini. Jom sambung buat ulang kaji terakhir untuk Pendidikan Islam, Add Math dan Physics untuk minggu hadapan. Wish me luck, guys! Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan