Jumaat, 22 Jun 2012

Life Begin at P-A-S-U-M

Wazzup, guys!

Alhamdulillah, dah lama saya tak menjengah ke blog ni. Maklum sajalah, sejak berada di tempat baharu ni, memang tak ada masa untuk saya menambah artikel di sini. Apa-apa pun, baik saya gunakan masa yang ada ini untuk berbuat demikian, kan... ;-)

Now, back to the main topic. Ketika saya menaip artikel ini, sudah hampir sebulan saya bermastautin di KL, atau lebih tepat lagi di Kolej Kediaman ke-12 (KK12), Universiti Malaya. Kenapa? Yalah, kalau dah dapat tawaran untuk belajar di Pusat Asasi Sains UM (PASUM), takkanlah saya nak berulang-alik dari Segamat ke KL setiap hari, kan? Jadi, terpaksalah saya menjadi orang KL selama setahun, sampailah April 2013. Huhu...

Sejak hari pertama mendaftar di sini, saya dah dapat rasakan tekanan yang begitu tinggi bakal saya hadapi di sini, baik daripada keluarga, mahu pun pihak UM sendiri. Namun, nak buat macam mana kan, perlu jugalah saya berusaha merealisasikan harapan keluarga yang menggunung tinggi (lebih tinggi daripada gunung Everest..).
Semasa minggu orientasi (a.k.a. Minggu Haluan Siswa [MHS]) pula, pada mulanya memang saya rasakan seperti berada di minggu orientasi Ting. 4 di SAMURA dulu (if you know what I mean..); dengar taklimat, melalui sesi 'brainwash', bla bla bla...
Namun kemudian, saya rasa gembira sebab dipilih untuk membuat persembahan pada malam penutup MHS. Nak tahu kenapa...? Biar saya tunjukkan persamaan yang boleh membuat anda faham:
Terpilih buat persembahanPergi latihan persembahan
Pergi latihan persembahan = Dikecualikan daripada aktiviti MHS
Dikecualikan daripada aktiviti MHS = I'M IN HEAVEN!!!

Lega rasanya sebab tak perlu nak berlari ke sana & ke mari dari KK12 ke Dewan Tunku Canselor (DTC). Tempat yang saya perlu pergi hanyalah Dewan Gemilang di dalam KK12 itu sendiri (tak sampai 5 minit dari bilik saya..).
Seperti biasa, bakat yang saya serlahkan (well, kind of..) di SAMURA saya bawa ke UM. Cuma untuk penutup MHS, penyampaiannya agak berbeza. Koir Tari. Sememangnya agak baharu bagi saya, tapi itu tidak menjadi masalah besar buat saya. Cuma, tak sangka pula dipilih menjadi penyanyi utama untuk persembahan itu. *OMG* Apa-apa pun, jutaan penghargaan harus saya berikan kepada Pembantu Pelajar (PP) Zatil Hanan yang menjadi koordinator Koir Tari itu. You are the best...! :-D

Secara keseluruhannya, MHS boleh dikatakan memang 'best', sebab pada akhirnya semua orang berasa gembira, baik pelajar mahu pun para PP (mereka yang bertugas mengendalikan pelajar & MHS secara amnya). Persembahan sketsa yang diselang-selikan dengan 8 buah persembahan selingan turut menerima tepukan gemuruh daripada pelajar-pelajar lain.
Namun, bagi saya, kemuncak acara penutup pada malam itu adalah apabila para PP diminta naik ke atas pentas & menarikan lagu tema MHS sesi kali ini (2012/2013). Paling mencuri tumpuan (for me..) ialah PP Syafiq a.k.a. Syafiq Mastor. Yalah, bukan senang nak tengok senior SAMURA anda (Ketua Pengawas 2010 pula tu) menari bagai nak rak, kan...? HAHA! Hot seyh! =P

Alright, enough about MHS. Tiba pula masa untuk menghadiri kuliah di bangunan baharu PASUM, yang dengar khabarnya baru 2 tahun digunakan. Wow!
Sejujurnya saya harus akui, jadual yang agak (atau memang..) padat menjadikan keadaan saya agak terburu-buru untuk menyelesaikan segala urusan penting. To make it worse, the syllabus taught here are super fast (faster than an F1 racing car..), especially for Biology. (=_=')
Banyak istilah baharu yang saya temui (& semestinya membelitkan lidah saya untuk menyebutnya..). Namun, apa yang penting, saya perlu lalui kehidupan di PASUM ini dengan cara yang betul. Macam Dr. Izzlina (pensyarah Fizik PASUM) pernah pesan,
"PASUM admins don't want to see how smart you are. They want to see how strong & how far you can survive in such a fast-pacing life in here."

Baiklah, itu sahaja yang saya nak coretkan untuk kali ini. Jumpa lagi pada 'blog post' yang seterusnya. Wassalam. ;-)

2 ulasan:

  1. boleh dikatakan agak mencabar, sbb syllabusnya agak super fast & advanced.. ada certain benda kt PASUM ni yg tak ada kt matrix.. so, mcm ada advantage la sikit time 1st degree nnt.. kt sini, mind strength kena kuat.. insya-Allah, kalau ada usaha, boleh jer dpt 4 flat kt PASUM ni.. :)

    BalasPadam