Selasa, 30 Julai 2013

A Thousand Moons

Assalamu'alaikum...
Baiklah, jika dilihat daripada gambar di atas, sudah tentu saya nak bercerita tentang 10 hari terakhir dalam bulan Ramadan. Al-maklum lah, coretan ini ditaip pada 21 Ramadan 1434H. :-)

Berdasarkan Surah-al-Qadr itu, ada beberapa perkara yang sudah terang lagi bersuluh untuk kita renungkan. Sebelum itu, biarlah saya paparkan terlebih dahulu terjemahan daripada surah yang mengandungi 5 ayat itu:
(1) Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar
(2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu?
(3) Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan
(4) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)
(5) Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga fajar

Baiklah, bila sebenarnya malam Lailatul Qadar ini berlaku? Wallahu'alam, hanya tuhan yang tahu. Satu-satunya indikasi utama yang kita ketahui ialah ia berlaku dalam salah satu antara 10 malam terakhir setiap Ramadan. Apa pula nilai signifikan malam itu? Seperti yang kita dapat selusuri daripada ayat ke-3 surah itu, ibadat yang kita zahirkan ketika itu insya-Allah akan diberi ganjaran yang lebih tinggi nilainya daripada beribadat selama 1000 bulan berturut-turut. Jika dihitung durasi itu, ia bersamaan dengan kira-kira 83 atau 84 tahun.

Wow, (Err, I mean.. Subhanallah)! Begitu pemurah Allah ini ya. Hanya dengan mengabdikan diri kepada-Nya untuk satu malam, kita mampu mendapat perolehan yang (secara harfiahnya) seribu kali ganda lebih menguntungkan. Rasanya syarikat besar berstatus multinasional pun tak mampu untuk memberi bonus berbentuk sebegitu kepada pekerjanya, bukan? Mesti lingkup kalau dibuatnya.

Jadi, apa sebenarnya yang ingin saya izharkan di sini? Entahlah. Anda baca, anda yang menilainya. Saya hanya menaip, & cuba mengambil iktibar daripada apa yang saya coretkan ini. Begitu jugalah kita hendaknya, OK.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan