Baiklah, ketika saya menaip coretan kali ini, sudah hampir seminggu pesawat Malaysia Airlines dengan kod MH370 yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang. Kehilangan pesawat jenis Boeing 777-200ER itu menjadi satu misteri yang amat membingungkan kerana tiada isyarat kecemasan diberikan daripada pengemudinya sebelum hilang dari radar kira-kira 120 batu nautika dari Kota Bharu. Apa-apa pun, kita mengharapkan yang terbaik daripada pihak berkuasa dalam mencari & menyelamatkan 227 penumpang & krew kabin yang berada di dalamnya.
Apa yang pasti, apabila perkara sebegini berlaku, media dunia pasti akan menumpukan perhatian kepada perkembangan terkini yang berlaku di Malaysia, serta usaha multinasional yang dijana bagi mencari MH370. Stesen TV berita utama dunia seperti CNN & BBC menjadikan insiden MH370 sebagai antara paparan utama mereka.
.
Namun, dalam kesibukan pihak berkuasa mencari MH370, macam-macam perkara yang menjadi perbualan hangat (& hangit) dalam kalangan orang awam. Pelbagai teori tentang keberadaan pesawat itu dikemukakan. Ada yang kata terhempas di *sekian-sekian*, ada yang kata termasuk ke dimensi lain yang tak nampak dek mata kasar, ada yang kata dirampas.. the list just goes on & on.
Dalam masa yang sama, ada juga yang mendakwa insiden ini merupakan konspirasi kerajaan berkaitan kes Anwar Ibrahim (malas nak sentuh pasal tu), & ada pula yang mengaitkan insiden ini dengan lagu nyanyian Pitbull menampilkan Shakira, Let's Get It Started yang muncul pada 2012. Ada apa dengan lagu tu? Watch & observe.
Dalam masa yang sama, ada juga yang mendakwa insiden ini merupakan konspirasi kerajaan berkaitan kes Anwar Ibrahim (malas nak sentuh pasal tu), & ada pula yang mengaitkan insiden ini dengan lagu nyanyian Pitbull menampilkan Shakira, Let's Get It Started yang muncul pada 2012. Ada apa dengan lagu tu? Watch & observe.
Agak mengejutkan bukan apabila liriknya ada perkaitan dengan isu-isu yang melingkari misteri MH370. 2 pasport palsu, perjalanan pesawat antara Malaysia & China.. mungkin ia satu kebetulan, mungkin juga tidak (a.k.a. satu perancangan). Apa sebenarnya yang berlaku? Wallahu'alam.
Pelbagai usaha pencarian telah dibuat, baik secara fizikal mahu pun spiritual. Namun rasanya frasa 'setiap peristiwa ada hikmahnya (every cloud has a silver lining)' memang terserlah ketika ini. Pada saat perpaduan rakyat Malaysia semakin goyah, kehilangan MH370 mengumpulkan semula semangat kesatuan sesama kita dalam menghadapi dugaan ini bersama-sama. Beberapa hari yang lalu pemimpin pelbagai agama diketuai oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi berkumpul di Anjung Tinjau KLIA berdoa agar MH370 segera ditemui dengan selamat.
Perkara sebegini walaupun agak menyedihkan (kerana mungkin kita memerlukan tragedi untuk bersatu), namun apa yang lebih jelas di sini ialah elemen 'kesatuan dalam kepelbagaian'. Unik & tak banyak negara ada elemen sebegini. Dunia melihatnya & menghargai penyatuan sebegini.
Namun tiba-tiba ada pula pihak yang menggunakan insiden MH370 ini untuk mempopularkan diri mereka dengan cara mudah & tolol. Memalsukan profil Twitter untuk dapat ramai pengikut, dakwaan gadis asing tentang si juruterbang yang berfoya-foya dengannya, & 'pakar' dunia batin yang mencari-cari dengan alatan primitif. Haih, when will the world stop having idiots? ><"
Never mind. Lupakan golongan jahanam itu. Fokus utama kini ialah menemui pesawat & menyelamatkan pemumpang. Namun akhirnya kita cuma boleh mendasarkan kepada cogan kata yang terpampang pada jata negeri Johor, 'Kepada Allah Berserah'. Rabbi yassir wala tu'assir ya karim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan