Khamis, 28 Ogos 2014

Face-to-face with Dr. SMS

Haluuu...

Baiklah, satu lagi cerita yang nak (& rasanya perlu) saya kongsikan. Ini berkaitan kunjungan seseorang ke KPTM KL. Ya, seseorang tokoh ternama yang menjadi antara inspirasi terbesar *cewaah* dalam hidup saya. Let me give you a hint:
Yes. The amazing Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor is here! Beliau datang untuk memberikan ceramah berkaitan pengalamannya di angkasa, sesuatu yang agak 'duuh' bagi saya, sebab sebagai seorang yang mengikuti rapat program Angkawasan ini, saya dah tahu segalanya *giteww*. Jadi motif utama saya hanyalah untuk bergambar, mendapatkan autograf, dan menyapanya.

Dalam masa yang sama, ada pameran barangan yang dibawa oleh beliau sewaktu di ISS pada 2007 dulu tu. Amat mengujakan bagi orang macam saya ni.
 .

Tibalah masa untuk Dr. SMS memberikan ceramah. Walaupun saya yakin beliau agak penat selepas tiba dari MRSM Batu Pahat, tapi kesungguhan & semangat (enthusiasm) yang ditunjukkan membawa rasa hormat saya terhadap beliau ke satu tahap yang lebih tinggi. I respect you for that, sir.
Now for the best part. Bila tiba sesi soal jawab, mustahil untuk saya lepaskan peluang tu. Saya beranikan diri untuk menanyakan soalan walaupun tengah starstruck dalam masa yang sama. :3
If only he also put on his mic, it would've look like we're having a duet in this pic
Soalan saya: "pendaratan manusia ke bulan - realiti atau konspirasi?" Jawapan yang diberikan oleh Dr. SMS ialah: "realiti". Sebabnya? Malaslah nak cerita panjang lebar kt sini. :P
Yang penting, haruslah ber-selefie. :3
Walaupun agak kabur sebab ramai beno yang bertolak-tolak, tapi.. who cares?
Yang paling best bila dapat juga melihat autograf beliau ada di dalam biografinya. :D

Mission accomplished. *kbai*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan