Jumaat, 23 Januari 2015

Koc Kelas Ketiga

Biasanya, bila kita naik sesetengah pengangkutan awam, tempat duduk kita sudah pun ditentukan lebih awal berdasarkan wang yang kita bayar. Lagi mahal, lagi OK tempatnya. Macam biasa, ramai yang kalau boleh nakkan layanan kelas pertama. Yalah, selesa & ada lebih banyak kemudahan. Cuba kalau terpaksa duduk di kabin kelas ekonomi di dalam pesawat atau pun koc kelas ketiga di dalam kereta api.. mesti agak rimas kan? Sempit, agak bising, macam-macam lagi lah kerenahnya.

Begitu juga al-kisahnya dalam masyarakat kita. Setiap orang mesti inginkan yang terbaik untuk diri sendiri, tapi masalahnya sekarang ialah mentaliti kebanyakan daripada kita sememangnya.. haih, nak letak kt kelas ketiga pun rasanya tak layak.

Saya dah pun ulas pasal ketagihan kita dengan gabungan pil 'Retweet', 'Share' dan 'Forward' kira-kira sebulan yang lalu. Itu pun kalau ikutkan dah cukup untuk menggambarkan betapa pendeknya pertimbangan kita dalam menyampaikan maklumat. Padahal itu antara teras utama dalam memastikan komunikasi berkelompok yang efektif, seterusnya membawa kepada utuhnya kesepaduan masyarakat.

Namun, apalah yang kita boleh harapkan? Kalau nak berfikir panjang pun malas, inikan pula tindakan fizikal. Tak payah nak cari jauh-jauh, sekali lagi perihal bah besar di pantai timur jadi saksi.
Sedih kan?
Sedih melihat nasib si mangsa banjir tu dah satu.
Sedih tengok sikap tamak orang kita, itu satu hal pulak.
*haih*

Dah banyak kali diungkap - macam mana nak maju kalau bangsa sendiri pun nak dijahanamkan?
Rasa macam tak sampai punchline tu. Patutnya pihak yang ada kena-mengena tu diberi punch yang secukupnya untuk bagi kesedaran.

Kalau digabungkan berita di atas dengan artikel saya sebelum ini yang berkaitan, rasanya memang patutlah kita ni diklasifikasikan sebagai masyrakat dengan mentaliti rendah. Dah hilang nilai-nilai ketimuran yang kita kononnya sanjung tinggi selama ini.
Memang tak dinafikan, dalam yang buruk tu ada juga yang memang baik pekertinya. Cuma yang buruk tu bagaikan dah makin jadi majoriti. Seram nih!

Jadi seperti biasa, saya ingatkan diri saya sendiri & anda yang membaca agar sentiasa berfikiran matang dalam apa jua perkara. Berikan bantuan kalau mampu. Kalau tak mampu, jangan menyusahkan. OK?

Chao.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan