Ahad, 15 Februari 2015

Melankolik 12/2

Sang pengacah rasa buat berjuta minda,
Hanya dengan mengizhar gema inderanya.

Sang penggawa yang mencuit berjuta atma,
Hanya dengan mengakar diri kepada yang haq.

Kau diundang untuk bersenggang di kamar tanah nan kecil, kerana Dia maha memaklumi bahawa kau telah lama berjerih & sudah menjelma detik bagi jasadmu merebahkan lelah buat seketika.

Doa disulam di balik ungkapan ini - moga kau damai di dalam dakap-Nya.

al-Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan