Baiklah, ini adalah imej-imej yang menceritakan kembara (genap) 2 minggu yang lepas:
.
.
.
With that, I am ready to get caught red-handed. Sort of. :3
Thanks to Najah (gadis bertudung biru di dalam gambar ke-3 di atas), saya baru tahu bahawa pada Selasa pertama setiap bulan, Sunway Lagoon membuat promosi atas talian (SAHAJA): tiket masuk dijual pada cuma RM43, berbanding harga biasa yang rasanya hampir mencecah 3 angka kalau tak silap. Jadi, memandangkan saya tak pernah ke sana & dengan tawaran sebegitu rupa, saya fkir, "heck yes!". The rest, is history.
Tak banyak gambar yang sempat saya rakam sebab banyak aktiviti air yang dibuat, maka adalah leceh untuk angkut H/P ke hulu & ke hilir. Kalau nak tahu sangat rupa segala macam permainan yang ada, sila-silalah jenguk laman web mereka, OK.
Apa yang penting, memang best+mengujakan+menyeramkan. Best sebab akhirnya dapat bergelongsor di dalam vuvuzela, mengujakan sebab naik banyak permainan ekstrem, menyeramkan sebab ada rumah hantu & permainan ekstrem yang menambah seriau (for this, I would like to stress the sense of scariness more on the latter *ceh*).
Oh ya, segala lembaga yang ada di dalam foto di atas tu ialah rakan-rakan sekolej, kecuali jejaka paling hadapan di gambar terakhir. Aimi namanya, yang merupakan 'si dia' kepada Najah *uuuuuuu*.
Well, that's a wrap up then. Sunway Lagoon memang best. Patutlah diiktiraf sebagai tarikan terbaik Asia.
Chao.