Kebiasaannya, 16 Mei di Malaysia selalu disinonimkan dengan perayaan Hari Guru. Seperti juga tahun ini, perkara yang sama berlaku - kupasan di Astro Awani tentang agenda guru, Hot FM berborak dengan pendengar pasal keletah guru. Gitulah.
Namun 16 Mei tahun ini menjadi amat istimewa buat saya secara peribadi. Bukan sebab saya bergelar guru, tapi sebab saya menghasilkan sesuatu yang signifikan buat warga pendidik, khususnya di Johor.
Nak dijadikan cerita, bagi sambutan tahun ini, tiada lagu tema dihasilkan di peringkat nasional. Jadi, tuan pengarah di Jabatan Pendidikan Johor mahukan sebuah lagu tema yang khas bagi sambutan peringkat negeri. Nak dijadikan cerita juga, sambutan kali ini dibuat di Segamat. Ceritanya lagi, memandangkan kepakarannya di serata daerah, secara 'bidan terjun'nya Abah saya ditugaskan untuk mencipta lagu tersebut. WTH?
Bukan apa, nak buat lagu ni bukannya senang dik oi. Paling kurang, 5 bulan. Ini.. tak sampai 3 bulan nak disiapkan menjelang majlis pada 21 Mei. Nan hado betul lah.. tapi tak mengapa. Nasib baik minda sastera kreatif saya ni mampu mengarang lirik yang penuh gramatis *cewaah*. Dalam 6 jam, siap semuanya. Selepas digubah semula liriknya oleh Abah, ditambah dengan melodinya, & selepas 2 bulan berusaha di sebalik hakikat nepotism yang terserlah (very obvious kot :3),
I present to you, this year's theme song for the Teachers' Day celebration in Johor.

Bolehlah kan daripada tak ada? :3
Nampak macam tak ada apa sangat, tapi bagi saya, sesungguhnya ini adalah suatu permulaan yang cukup bermakna dalam usaha saya memasyarakatkan penulisan kreatif.
For me, every giant leap always starts with a tiny step.
Realiti yang menjadikan lagu ini didendangkan di seluruh negeri Johor tidak syak lagi membugarkan perasaan bangga & gembira dalam diri. Sudah pastinya juga, ia takkan berakhir di situ. ;)
Salam 16 Mei cikgu.
Sesungguhnya cikgu telah membina ilmu & menyempurnakan akhlak anak-anak Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan