Jumaat, 31 Julai 2015

ALA - KUL - PEK

Sementara pengalaman masih lagi segar-bugar dalam ingatan, baik saya kongsikan sekarang (selain daripada nak penuhkan kuota blog ni). :3

Petang tadi, saya ke Pusat Konvensyen KL (KLCC) bagi meninjau suasana Sesi ke-128 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Sejak tahun lepas lagi saya dah 'usha' acara ni, dengan niat konon nak jadi sukarelawan. Namun, entah kenapa Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tak uar-uarkan pasal hal ni (or am I being ignorant all this while?), terlepaslah peluang itu. Jadi sudahnya tengok dari jauh sajalah. (T_T)
Agenda utama sesi kali ini ialah pemilihan tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk pada 2022. Bidaan yang datang ialah daripada Almaty & Beijing (which explains the codes in this post's title). Selain itu, salah satu daripada bidaan Lausanne & Brasov (Google sendiri kalau nak tahu kt mana) akan dipilih bagi menganjurkan Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk pada 2020.
Suasana di pekarangan KLCC
Sejak awal lagi, sokongan saya adalah terhadap Almaty, Kazakhstan. Yalah, pernah hoskan benda yang sama di peringkat Asia pada 2011. Mesti ada pengalaman, kan. Banyak lagi sebenarnya faktor yang membuat saya berpaksikan #TeamAlmaty.
Agak janggal selfie ni sebab mereka ni pemalu (& tak faham BI *hergh*)
Lokasi KLCC tu pula memang dekat dengan menara yang kembar dua tu. Ramailah pelancong yang lalu-lalang ingin tahu apa yang berlaku. Sudahnya, jadi pemandu pelancong kejap.
A friendly selfie between The Netherlands & Malaysia :)
Di kawasan pekarangan ni tak ada TV (mahu pun sistem audio) untuk memaparkan pengumuman rasmi daripada Presiden IOC, Thomas Bach. Jadi, mereka kt sini agak lambat sikit rahu apa keputusannya.
Amek kau! Berkerumun keliling mobile YouTube
Bila diumumkan, Beijing mengatasi Almaty dengan undian 44-40. A very thin margin, definitely. Rasa ralat sikit lepas tahu tu. Tak ada rezeki la tu, kata orang. To Almaty, I wish you all the best & please try again for the 2026 Games, OK? :)

To Beijing, chaiyok! & prove that you earn this right; fix all the issues so all of us can enjoy the same thing as what we had in 2008.

OK, dah. Jom tidur. (z_z)

Jumaat, 24 Julai 2015

Aidilfitri 1436H

Assalamu'alaikum, semua...
Baiklah, seperti biasa disebabkan kesibukan, maka tidaklah dapat saya mengemas kini blog yang dah siap sedia untuk masuk ke dalam Arkib Negara. Namun pada kesempatan cuti raya ni (YASSS, IT'S RAYA ALREADY!!! :D), jadi apalah salah kalau mencoret sedikit yang termampu di sini.

Oleh yang demikian, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada mereka yang meraikannya. Mohon maaf andai ada terguris perasaan/fizikal selama ini. Halalkan segala yang pernah saya ambil secara sengaja mahu pun tidak, ya. :)

Baiklah, seperti biasa sesi balik kampung tu sudah mesti lah, kan. Apa yang uniknya kali ni ialah saya menerima tetamu di rumah. Ya lah, biasanya memang jarang ada rakan-rakan yang bertandang semasa musim raya ni. Dah rumah semuanya jauh. Ditambah pula dengan status saya sebagai seorang introvert, lagilah nan hado.

Namun raya kali ini membawa sedikit aura positif apabila saya dapat menerima kunjungan rakan-rakan. Lebih bermakna apabila yang datang tu (setakat ni) ialah mereka yang amat dekat dalam hati. ;)
Tetamu pertama pada raya kedua; menghilang rindu lepas kali terakhir jumpa kt KLIA2
Trio lejen pada raya keempat

Hmm.. apa lagi nak cerita? Entahlah.

Dah. Pergi sambung beraya.

*kbai*