Jumaat, 24 Julai 2015

Aidilfitri 1436H

Assalamu'alaikum, semua...
Baiklah, seperti biasa disebabkan kesibukan, maka tidaklah dapat saya mengemas kini blog yang dah siap sedia untuk masuk ke dalam Arkib Negara. Namun pada kesempatan cuti raya ni (YASSS, IT'S RAYA ALREADY!!! :D), jadi apalah salah kalau mencoret sedikit yang termampu di sini.

Oleh yang demikian, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada mereka yang meraikannya. Mohon maaf andai ada terguris perasaan/fizikal selama ini. Halalkan segala yang pernah saya ambil secara sengaja mahu pun tidak, ya. :)

Baiklah, seperti biasa sesi balik kampung tu sudah mesti lah, kan. Apa yang uniknya kali ni ialah saya menerima tetamu di rumah. Ya lah, biasanya memang jarang ada rakan-rakan yang bertandang semasa musim raya ni. Dah rumah semuanya jauh. Ditambah pula dengan status saya sebagai seorang introvert, lagilah nan hado.

Namun raya kali ini membawa sedikit aura positif apabila saya dapat menerima kunjungan rakan-rakan. Lebih bermakna apabila yang datang tu (setakat ni) ialah mereka yang amat dekat dalam hati. ;)
Tetamu pertama pada raya kedua; menghilang rindu lepas kali terakhir jumpa kt KLIA2
Trio lejen pada raya keempat

Hmm.. apa lagi nak cerita? Entahlah.

Dah. Pergi sambung beraya.

*kbai*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan