Sabtu, 14 Mei 2016

PBAKL (Without the KL)

Kalau anda borak pasal apa-apa jualan/pesta buku & tak ajak saya untuk berborak sekali, mohon hempap diri anda dengan buku Fifty Shades of Grey *ew*.
.
Tak menakutkan langsung, kan? Lantaklah.

Kalau selalu baca blog saya, faham-fahamlah yang Pesta Buku Antarangsa KL dah jadi macam acara wajib untuk disinggah (biasanya sebelum minggu ulang kaji). Mestilah kan, bila lagi nak jumpa artis, negarawan, serta penulis merangkap penyanyi? Untuk kali ke-35, tetiba nak buat di MAEPS pulak.
WHY? It's not even inside of KL. 
Awal-awal lagi saya dah dapat menjangkakan kesukaran nak ke sana. Kalau nak ke PWTC teramatlah senang. Nak pergi MAEPS? Kena naik komuter pulak (trust me, if you crawl from TBS to Serdang you'll still get there faster than KTM Komuter). Namun disebabkan rasa apresiasi terhadap buku *another ew*, maka digagahkan jualah diri ni untuk ke sana pada hari pertama (29 April).

Tapi,
BAS KE SANA MEMANG NAN HADO! *sorry*
Bayangkan ya: kalau ikut jadual rasmi, bas paling awal dari stesen LRT Bukit Jalil jam 9.30 pagi. 70 minit lepas tu baru ada. Need I say more? Perjalanan yang sejauh setengah jam lagi. Bila dah masuk MAEPS tu ingat dah selesai. Rupanya kt ruang parkir tu kena naik tram lagi nak ke dewan-dewan utama. What the fish? Panas terik kira OK lagi, cuba kalau masa tu hujan lebat *hergh*.
Dah sampai dewan tu, ada banyak trak makanan yang terbuka tanpa bumbung *hergh lagi*. Hanya ruang pameran yang besar menjadi pengubat sakit hati setakat ni. Sampai je, ada perasmian koleksi setem yang mempamerkan potret tiga sasterawan negara.
Dalam pada tu, sempat jugalah saya ber-*ehem*-selfie bersama dengan salah seorang tetamu kehormat di situ yang juga Sasterawan Negara ke-6, Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh.
Mengambil aura bijak pandai bahasa
Jenuh jugalah nak pusing keliling dewan (ada 3-4) sampai terkadang sesat. Beberapa jam kemudian, pulanglah saya ke hostel sebab dah tak ada mood.
Hasil buruan (tak sampai RM90)
Secara keseluruhannya, two words to describe PBAKL 2016: NOT CONVENIENT.
Tahun depan, tolonglah buat balik kt PWTC. Sesak-sesak pun, semua ada kt satu tempat. Ini, nak solat Jumaat pun kena naik tram pergi masjid yang dekat 10 minit jugalah nak sampai. Kita kena ingat sikit, cuaca kt Malaysia ni macam cik Kiah datang bulan - kejap OK, kejap tak. Itu kena ambil kira kalau nak berpesta apa sekali pun.

..... & I'm out.

Dora & the Explorer (literally)

OK, enough with the typical "helo semua" kind of stuff.
Nak baca, silakan. (bukan marah, saja mengada-ngada :3)

Seperti biasa, a little bit too late but whatevs.
.
Saya pernah cerita sebelum ini pasal subjek semester 5 yang memerlukan aktiviti luar. Maka, inilah cerita subjek yang satu lagi. Language Planning Program & Development ni ada macam-macam kerja nak kena buat. Brosur, poster, hiasan.. tapi yang penting, nampaklah kurang penatnya berbanding drama. Secara amnya, subjek ni pasal komunikasi & kerjasama. Jadi, banyaklah kerja berkumpulan. Pada hujungnya nanti, kena buat acara berkaitan BI di sekolah. Dapat pula SK Convent Sentul (2), maka... err... entahlah. Buat je la kerja, kan?

Setiap kelas (seksyen) kena fikirkan 1 tema bagi acara kelolaan masing-masing (mine went with Dora; konon nampak macam taman tema lah (sangat)). Ada 4 stesen, setiap stesen ada permainan yang menguji minda murid-murid tentang BI (I studied TESL, jadi jangan tanya kenapa tak buat BM (melainkan kalau nak kena lempang buaya)).

Kalau ikutkan jadual, 13 April, tapi sehari sebelum tu tetiba bekalan elektrik sekolah tu ada kebakaran. Maka, terpaksalah tunda seminggu. Dah lepas seminggu, kena tunda lagi 2 hari sebab ada program. Ketika kebanyakan yang lain dah makin stres kerana penundaan tu, saya pula tak ada perasaan langsung. Malas nak fikirkan sangat - janji program dapat jalan macam biasa.

Bila tarikh 22 April tiba, Alhamdulillah semua berjalan seperti biasa. Kalau ada masalah pun, yang kecil-kecil saja.
OK, fine. Sebenarnya saya dah tak tahu nak cerita apa, sebab dah ingat-ingat lupa (gara-gara makan sup 'semut merah' *oops*).
Agak gemuruh juga bila nak dilayankan budak-budak tahap 2 ni tapi lama-kelamaan bukan risau, sebaliknya penat tahap tak terkata (shout out to all teachers out there - you guys deserve my utmost respect). Bila semua dah selesai, penat bercampur lega.
Thanks to Cekpaa for the pic
The end.
.
.
.
Or so you thought. :3

Esoknya, saya datang lagi! (sila baca dalam nada iklan Tora)
Saja nak datang bagi sokongan moral tolong apa-apa yang boleh. Cabaran pergi solo ni ialah berhadapan dengan hanjing berhampiran stesen LRT Sentul Timur. Nasib baik tak ada apa sangat. Dalam jam 11.00 saya pun beransur ke Universiti Sunway sebab nak tengok debat. So I can safely say I went from one side of KL to the other.
Dari timur, ke utara, & ke barat KL.
If only my life journey was this simple (hostel --> sekolah --> universiti) :'3
Seperti biasa, kalau bab-bab benda ilmiah yang tak ortodoks ni saya ditemani/diajak oleh Redza. Anjuran Transparency International Malaysia (TI-M), debatnya pasal 'adakah patut penyelesaian persendirian (BI: private settlement) dihapuskan dalam kes saman fitnah?'.
Bagi orang yang tak faham undang-undang (tak sama ya dengan tak faham bahasa), nasib baik penerangan & hujah yang diberi tu boleh difahami semua. Amat informatif.
Bersama presiden TI-M, Dato' Akhbar Satar
Dah balik hostel, memang pancit habis.
Begitu juga dengan cerita ni - dah kepancitan idea.
Chao.