Sabtu, 14 Mei 2016

PBAKL (Without the KL)

Kalau anda borak pasal apa-apa jualan/pesta buku & tak ajak saya untuk berborak sekali, mohon hempap diri anda dengan buku Fifty Shades of Grey *ew*.
.
Tak menakutkan langsung, kan? Lantaklah.

Kalau selalu baca blog saya, faham-fahamlah yang Pesta Buku Antarangsa KL dah jadi macam acara wajib untuk disinggah (biasanya sebelum minggu ulang kaji). Mestilah kan, bila lagi nak jumpa artis, negarawan, serta penulis merangkap penyanyi? Untuk kali ke-35, tetiba nak buat di MAEPS pulak.
WHY? It's not even inside of KL. 
Awal-awal lagi saya dah dapat menjangkakan kesukaran nak ke sana. Kalau nak ke PWTC teramatlah senang. Nak pergi MAEPS? Kena naik komuter pulak (trust me, if you crawl from TBS to Serdang you'll still get there faster than KTM Komuter). Namun disebabkan rasa apresiasi terhadap buku *another ew*, maka digagahkan jualah diri ni untuk ke sana pada hari pertama (29 April).

Tapi,
BAS KE SANA MEMANG NAN HADO! *sorry*
Bayangkan ya: kalau ikut jadual rasmi, bas paling awal dari stesen LRT Bukit Jalil jam 9.30 pagi. 70 minit lepas tu baru ada. Need I say more? Perjalanan yang sejauh setengah jam lagi. Bila dah masuk MAEPS tu ingat dah selesai. Rupanya kt ruang parkir tu kena naik tram lagi nak ke dewan-dewan utama. What the fish? Panas terik kira OK lagi, cuba kalau masa tu hujan lebat *hergh*.
Dah sampai dewan tu, ada banyak trak makanan yang terbuka tanpa bumbung *hergh lagi*. Hanya ruang pameran yang besar menjadi pengubat sakit hati setakat ni. Sampai je, ada perasmian koleksi setem yang mempamerkan potret tiga sasterawan negara.
Dalam pada tu, sempat jugalah saya ber-*ehem*-selfie bersama dengan salah seorang tetamu kehormat di situ yang juga Sasterawan Negara ke-6, Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh.
Mengambil aura bijak pandai bahasa
Jenuh jugalah nak pusing keliling dewan (ada 3-4) sampai terkadang sesat. Beberapa jam kemudian, pulanglah saya ke hostel sebab dah tak ada mood.
Hasil buruan (tak sampai RM90)
Secara keseluruhannya, two words to describe PBAKL 2016: NOT CONVENIENT.
Tahun depan, tolonglah buat balik kt PWTC. Sesak-sesak pun, semua ada kt satu tempat. Ini, nak solat Jumaat pun kena naik tram pergi masjid yang dekat 10 minit jugalah nak sampai. Kita kena ingat sikit, cuaca kt Malaysia ni macam cik Kiah datang bulan - kejap OK, kejap tak. Itu kena ambil kira kalau nak berpesta apa sekali pun.

..... & I'm out.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan