Jumaat, 30 Jun 2017

Syawal 1438H

✨🌙

Tatkala ar-ramad berkabut sirna,
Di benak syahdu bersulam ceria;
Berimbuh rahmat menghadir kirana,
Takbir rindu menghening dunia.

Biarkan cambah ukhwah nan erat,
Santun dijelma walau sekilas;
Jasad persembah cebisan maghfirat,
Di balik atma yang mengharap belas.

Di sudut gempita belantara kelikir,
Di sudut damai teduhan mersawa;
Berseri pelita gemerlap terukir,
Salam nan permai buat semua.

✨🌙

Tiada ulasan:

Catat Ulasan