Hello 2018!
🎇🎆🎇🎆🎇🎆🎇
Huh, sekejap sahaja masa dah berlalu & kini kita menjengah ke satu lagi kitaran 365 hari. Sudah semestinya banyak agenda yang menanti untuk 12 bulan mendatang, baik secara peribadi mahu pun secara amnya.
Disebabkan blog ni dah berhabuk/bersawang sepanjang tahun lepas yang membawa kepada hanya 10 catatan, maka sasaran tahun ini ialah 11 sahaja. Harapnya cukuplah ruang masa untuk merealisasikannya.
Secara peribadi, kembara BE201 saya diteruskan untuk semester 5, 6, dan 7. Seperti biasa akan ada bermacam ragam & cabaran yang pasti perlu ditempuh, tetapi insya-Allah semuanya akan dilunaskan sebaik mungkin. Just pray for my well-being, alright?
Secara amnya pula, hui... kesibukan yang melampau akan melanda seantero dunia. Kalau di Malaysia, sudah pasti Pilihan Raya Umum ke-14 menjadi acara terbesar tahun ini. Selain itu, temasya Sukan Malaysia ke-19 akan berlangsung di Perak pada September nanti.
Baiklah, dah alang-alang bercerita pasal sukan ni, #TeamMalaysia semestinya akan berada pada kekuatan maksimum memandangkan seribu satu acara sukan bakal berlangsung pada 2018 ini. Apa yang menariknya, kebanyakan acara utama itu berlangsung tidak jauh dari Malaysia secara relatifnya, & komuniti sukan dunia akan tertumpu di rantau Asia Pasifik sepanjang tahun ini. (klik pada logo untuk maklumat lanjut)
6528km dari Kuala Lumpur 1186km dari Kuala Lumpur
1189km dari Kuala Lumpur
Namun tumpuan utama saya secara peribadi ialah...
4685km dari Kuala Lumpur
...sebab ia menandakan penyertaan pertama Malaysia dalam sejarah Sukan Olimpik Musim Sejuk. Walau pun cuma ada 2 atlit terlibat (Jeffrey Webb & Julian Yee), tapi kira OKlah kan. Sekurang-kurangnya ada la wakil.
Bercakap pasal wakil pula, arena bola sepak (not to be confused with the now-defunct magazine) amatlah meriah tahun ini baik di dalam mahu pun di luar Malaysia. Ketika catatan ini ditulis, pasukan bola sepak Malaysia di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee sedang rancak mencipta sejarah di wilayah Jiangsu, China pada Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun (B-23). Malaysia juga bakal beraksi bagi tahap B-19 di Indonesia & B-16 di halaman sendiri pada September. Tidak lupa juga skuad futsal di Taiwan. Namun, agenda utama bola sepak pada tahun ini tidak lain tidak bukan ialah...
8136km dari Kuala Lumpur
...walau pun tiada wakil Malaysia di situ (rasanya jauh lagi nak sampai ke situ). Oh well.
OK then, I think that's it for now. May we have a great year ahead.
Chao.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan