Pada tahun lepas, saya ada membebel panjang tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) disebabkan lokasinya yang bukan di dalam KL pun. Setelah mendapat aduan dan 'kecaman' daripada banyak pihak, bagi edisi ke-36 ini, PBAKL kembali ke rumah lamanya - PWTC. Good move by the organizer, sebab dapatlah saya menjengah hingga 3-4 kali (🚇). Tak banyak juga hasil tuaian buku kali ni sebab tak banyak bajet (& juga sebab Bank Rakyat macam lagi suka layan saya macam pengemis).
Kalau anda ni sedia maklum dengan agenda lazim saya di PBAKL ni, sememangnya ia menjadi 'tapak buruan' tahunan bagi selfie glamor - nak-nak lagi bila dah belajar di KL. Dari 2014, 2015, dan 2016, memang akan sentiasa ada hasil fotografi dari PBAKL ni. Jadi, dah semestinyalah 2017 ini akan menjadi platform menambah koleksi peribadi.
Disebabkan banyak sesi bertemu penulis & selebriti, jadi saya pergi yang mana sempat/berkenan (sorry not sorry, Fattah Amin).
Imam Muda Asyraf, Sayed Munawar, Ramlee Awang Murshid
Sesi berjumpa dengan Ramlee Awang Murshid (R.A.M.) lagi best sebab sesinya agak eksklusif gitu, bersempena dengan Perhimpunan 1000 Penulis yang julung kalinya diadakan pada PBAKL. Siap dapat tanya soalan lagi. Hampir juga saya makan semeja dengan dia, tapi dah ada orang 'cop' tempat 😂. Tapi, kadang-kala, orang yang tak (berapa nak) ada kaitan dengan dunia buku pun ada kt sini. Itu yang lagi meriah suasana.
Datuk Santokh Singh, Imuda
Datuk Santokh datang untuk memenuhi masa di reruai Negaraku, manakala Imuda dijemput oleh DBP sebab dia kartunis (which is technically part of the book world lah). Paling tak menahan, saya 'terpaksa' membeli salah sebuah komik Imuda atas rasa bersalah selepas ditegurnya:
"Selfie nak, beli buku abang ni tak nak pulak (!)"
Nasib baik RM10 je, tapi bolehlah saya anggap tu amal jariah sikit. OKlah. Jumpa lagi pada PBAKL 2018; insya-Allah. Teruskan membaca, kerana ia akan membawa minda kita ke mana sahaja.
*mengibas-ngibas segala ruang yang dah bersawang kt blog ni*
⛆ ⛆ ⛆ ⛆ ⛆
OK, here we go.
Minggu ni teramatlah sibuk (secara tiba-tiba) dari segi aktiviti luar kampus (which was TBH way more exciting, as usual 😜). Nasib baiklah dah tiba ke minggu terakhir kuliah & banyak subjek yang dah menutup tirainya *gitu*. Macam mana boleh tiba-tiba jadual peribadi saya sibuk? Segalanya bermula dengan si merpati biru.
✨ ✨ ✨ ✨ ✨
CUT TO: FLASHBACK SEQUENCE INT. MY OWN ROOM - NIGHT Pada Selasa malam (25 April), saya menjengah sekejap ke garis masa (BI: timeline) Twitter untuk tengok siapa lagi (selain daripada saya) yang berborak dengan diri sendiri. Tiba-tiba ada satu tweet daripada Team Malaysia yang begitu pemurah untuk memberi jemputan eksklusif kepada umum untuk menghadiri majlis Anugerah Sukan Negara 2016 di Hotel Shangri-La KL. Syaratnya hanyalah memilih calon Anugerah Pilihan TM & nyatakan kenapa. Jadi, itulah yang saya buat.
Secara asasnya disebabkan peraduan yang tak seberapa ni macam agak hambar (ada 25 tweet je kot yang bagi penyertaan #LastMinuteContest), saya tak adalah letak harapan sangat walau pun ada juga berangan sikit sebelum tidur. Pagi esoknya bila saya semak akaun Twitter, ada satu mesej langsung (BI: direct message (DM)).
The rest as they say, is history. END OF FLASHBACK
✨ ✨ ✨ ✨ ✨
Nasib baik juga kelas pada hari tu (26 April) tamat jam 12 tengah hari. Ada jugalah masa nak mencari pakaian yang sesuai. Nasib baik juga saya tahu lokasinya tu (tak jauh dari stesen monorel Bukit Nenas #MyKLife *tetiba*). 5.5 jam kemudian (& selepas beberapa fasa kebosanan), tibalah kami (me & my brother Syakir) di tempat yang dijanjikan.
Suasananya mengingatkan saya sewaktu berada di Hotel Istana, cuma lagi meriah & kurang skema (?). Macam-macam ruang maklumat yang tersedia, selain bahan pameran yang semestinya menjadi tumpuan.
Kalau dah acara macam ni, kamera 📱 sudah bersedia di tangan kalau-kalau terjumpa mereka yang gah dalam bidang sukan ni (I guess you would already know where this is going 😜).
Our 1st ever Paralympic gold medalist, Riduzan Puzi. The 2015 National Sportswoman & Sportsman, Pandelela Rinong & Mohd Al Jufferi Jamari.
Masuk sahaja ke dewan utama, agenda utama pun bermula usai keberangkatan tiba SPB YDP Agong, Sultan Muhammad V (#FunFact: ini adalah (mungkin) majlis/acara rasmi umum baginda yang pertama selepas pertabalan pada 24 April). Aside from all the typical speeches & performances, the food was S.U.P.E.R.B. (walau pun tak paham langsung menunya)!
If this is a dream, may I never wake up *gitu*.
Penganugerahan utama menjadi acara kemuncak & sejarah unik tercipta apabila Abdul Latif Romly & Siti Rahmah Mohamed Nasir dipilih menjadi Olahragawan & Olahragawati Kebangsaan bagi 2016.
- Atlit paralimpik pertama menjadi Olahragawan - Atlit silat pertama menjadi Olahragawati
Usai majlis, segala kemeriahan jadi makin terasa & sesi bergambar secara spontan pun bermula.
- Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Tunku Imran - Olahragawati Para 2016, Siti Noor Radiah Ismail #TeamSegamat! - 10-time world champion & 4-time National Sportsman,kawan Abah :3
Hampir tengah malam, barulah saya kembali ke kamar untuk tidur (walau pun tak ada mood sebab teruja sangat).
W.O.W.!
Itu sajalah yang boleh dikata. Bayangkanlah, dengan hanya satu tweet, saya dapat merasa pengalaman ni (jumpa atlit elit negara, makan sedewan dengan YPD Agong & YB KJ) - tak perlu bayar apa-apa langsung (!). Apa-apa pun, Alhamdulillah - dah ini rezeki yang Dia nak pinjamkan 😊. Definitely one of those nights to remember. Moral of the story: Jangan pernah pertikai kuasa pantun *gitu*.
One of the reasons why we remember a certain date is because we were part of it, either in a joyful or devastating way.
When that certain date arrives, we tend to solely think about ourselves but little do we know, millions of other people out there are trying to remember why that same date matters to them.
Sometimes, their reasons are more significant than ours:
Listening to the very last words of an advice.
Applauding a scientific breakthrough.
Building a prominent entity on the pitch.
Cherishing the freedom they finally achieved.
Marking a spiritual change of a legend.
So what's the point here?
While I'm celebrating the fact that another 365 days have been added to my age, I ask myself:
Has my existence brought a significant reason for people to remember today's date?
What can I do to make today a notable date for people around me?
And most importantly:
Is today more important for me than for anyone else?
But for the time being, let's just live for today, alright? :)
Shout out to Michelangelo, Valentina Tereshkova, Shaquille O'Neil,
Remember last month when I said 2017 is going to be an interesting/exciting year and my post's title described it (almost) perfectly?
Well guess what?
It's the last day of February, & boy... let me tell you this: it was a month full of insane moments, within Malaysia & abroad!
Alright, let's cut to the chase. Since there were so many stuff that happened within our country alone for the past 4 weeks, I'll just include the events that I can remember.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
➤ The one who we wished wouldn't be back home
He was chased away from Canada after spending 24 years in prison for sexually assaulting hundreds (or maybe thousands) of woman in Toronto. Since the news of his release was made known to the public, many had expressed their deepest concern about their safety. Many, unsurprisingly, detested his return. Even his footsteps were banned from having any contact with Borneo.
Click the above image to read full article
He currently lives with his family somewhere in the Klang Valley & according to them, Silva has repented. Let's just hope that he really has.
➤ The one who was 'pranked' to death
Entering mid-February, our nation was (once again) being the center of international news following the death of a man at KLIA2. Now, if this man was just a regular tourist, it would be just another short clipping you see in the 'Sorotan Berita Dunia' segment. Unfortunately, it was a Korean. More specifically, a North Korean, & more specifically, the brother of the North Korean leader.
Click the above image to learn more, especially if you think all the 'Kim Jong's in this world only end with a 'Kook'
While investigation by PDRM is still being done, the craziest findings so far from this case is when 1 of the suspects caught said that she was paid to smear a liquid to his face as part of a 'TV prank show'. Apakah?😑
➤ The one who crashed into 'Le Tour de Nuit'
Just 30 minutes away from Singapore, a tragic accident happened around 3 in the morning when a car hit 9 teenagers who were riding bicycles in the middle of an empty main road near downtown Johor Bahru.
Click the above image for full story
While a number of allegations were made from both sides of the parties involved, it was still a devastating reality to witness. Condolences to those who were affected by the kids' demise.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
When talking about events that occurred outside of Malaysia currently, one would have no choice but to include the U.S. into the conversation. However, I will not talk about President Trump - the two words that, according to John Oliver, will continue to sound unnatural together 😜. I'll instead touch about how an envelope can change history (& her-story).
➤ The one who made a 'Ha Ha Land' moment
By the time I wrote about this, I'm sure the entire world had already knew about this incident. In case you don't know what I'm referring to, 'enjoy' the following video.
The entire audience, both inside the Dolby Theatre & around the world were in sudden confusion when the above event took the center stage. For people like me who could only be informed of the live update via Twitter, it was even more confusing. The moment I knew what had actually happened, my first thought was, "it's Miss Universe all over again". In my own words, I would say this:
the ending of La La Land has turned into the ending for La La Land.
Haih, macam-macam lah.
So, that was it. What else do you think the craziest thing that happened within the month of February? Let me know at the comment section below, OK?
Let's keep the crazy momentum going on for the coming months (especially March 😁). Chao.
Baiklah, seperti biasa saya suka melengah-lengahkan tugas kemas kini blog yang tak seberapa ni sampai ke hujung bulan, tapi yang penting asalkan ada. So, where should I begin?
Banyak perkara menarik yang menanti bagi tempoh 12 bulan yang berikutnya; yang paling utama sudah semestinya meraikan kejohanan sukan terbesar di ASEAN yang berlangsung di halaman rumah sendiri.
#BangkitBersama!
Walau pun sampai sekarang belum dapat e-mel berkaitan program sukarelawan bagi sukan ni (ia dipanggil 'Wau Factor'), tapi tak apalah. Kalau tak jadi sukarelawan pun, saya akan tetap menjadi penonton yang sudah semestinya melaungkan semangat untuk #TeamMalaysia.
Selain itu, fasa kedua MRT juga akan dibuka pada Julai nanti. Tak sabar nak lalu tren bawah tanah serba baharu untuk ke Bukit Bintang; masa meninjau fasa 1 tempoh hari pun dah rasa keselesaannya. Di KL juga banyak tarikan yang dibina & dinaik taraf sempena Sukan SEA ke-29 ni.
Secara peribadinya pula, tempoh bertenang di rumah tidaklah lama kerana saya kembali ke Taman Shamelin Perkasa. Dapat terus melangkau semester merupakan suatu permulaan yang bagus, ditambah pula dengan rebat 20% walau pun MARA sekarang tak berapa nak perkasa fulusnya. Saya menjangkakan akan berada di rumah untuk tempoh yang lagi lama, tapi dah ini perancangannya kan. I'll just assume this as entering another new academic semester. Ada juga corat-coret yang tak dijangka (walau pun dah dijangka), tapi malas nak difikrkan sebab boleh mengundang ketawa gila 😂.
Apa-apa pun, 2017 bakal menjanjikan satu lagi tahun penuh eksplorasi (sebab dah tinggal kt KL semula 😀). Semoga sempatlah jasad ini untuk merasa kesemuanya. Peace.