Khamis, 26 Januari 2017

2017: No Boredom Allowed

Salam sejahtera diungkap bersama,
Tahun baharu sudah menjelma.

Baiklah, seperti biasa saya suka melengah-lengahkan tugas kemas kini blog yang tak seberapa ni sampai ke hujung bulan, tapi yang penting asalkan ada. So, where should I begin?

Banyak perkara menarik yang menanti bagi tempoh 12 bulan yang berikutnya; yang paling utama sudah semestinya meraikan kejohanan sukan terbesar di ASEAN yang berlangsung di halaman rumah sendiri.
#BangkitBersama!
Walau pun sampai sekarang belum dapat e-mel berkaitan program sukarelawan bagi sukan ni (ia dipanggil 'Wau Factor'), tapi tak apalah. Kalau tak jadi sukarelawan pun, saya akan tetap menjadi penonton yang sudah semestinya melaungkan semangat untuk #TeamMalaysia.

Selain itu, fasa kedua MRT juga akan dibuka pada Julai nanti. Tak sabar nak lalu tren bawah tanah serba baharu untuk ke Bukit Bintang; masa meninjau fasa 1 tempoh hari pun dah rasa keselesaannya. Di KL juga banyak tarikan yang dibina & dinaik taraf sempena Sukan SEA ke-29 ni.

Secara peribadinya pula, tempoh bertenang di rumah tidaklah lama kerana saya kembali ke Taman Shamelin Perkasa. Dapat terus melangkau semester merupakan suatu permulaan yang bagus, ditambah pula dengan rebat 20% walau pun MARA sekarang tak berapa nak perkasa fulusnya. Saya menjangkakan akan berada di rumah untuk tempoh yang lagi lama, tapi dah ini perancangannya kan. I'll just assume this as entering another new academic semester. Ada juga corat-coret yang tak dijangka (walau pun dah dijangka), tapi malas nak difikrkan sebab boleh mengundang ketawa gila 😂.

Apa-apa pun, 2017 bakal menjanjikan satu lagi tahun penuh eksplorasi (sebab dah tinggal kt KL semula 😀). Semoga sempatlah jasad ini untuk merasa kesemuanya. Peace.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan