Khamis, 31 Julai 2014

An Emotional Eid (1435H)

MH17.
Gaza.

Lebaran kali ini penuh melankolik.

Our prayers for them. Semoga tabah mengharungi dugaan-Nya.

Ahad, 6 Julai 2014

G.O.L.

Ketika artikel ini ditulis, rasanya dah lebih 2 minggu pesta bola sedunia ni berlangsung (rujuk foto di atas kalau tak faham -_-). Ketika ini juga Ramadan 1435H menyusuri minggu pertamanya (Salam Ramadan, semua! :D). Baiklah, kenapa tetiba saya bercerita pasal bola ni?

Yalah, kalau ikutkan pun bola & saya ni bagai minyak dan air yang takkan bergabung-meletup sampai bila-bila (agaknya). Tapi biasalah, musim bola ni semua orang akan terpalit dengan auranya. Hatta mak cik yang berniaga kt tepi jalan pun tetiba boleh jadi profesor dalam hal-hal bola sepanjang sebulan ni.

Buat masa ni, beberapa kejutan berlaku termasuknya penyingkiran pasukan berprofil tinggi seperti Portugal, Itali, England & juara bertahan Sepanyol. Dalam pada itu, gol demi gol dihasilkan walaupun gol pertama yang tercipta bagi Piala Dunia kali ini ialah gol sendiri yang dibuat oleh pemain Brazil sendiri (ironik kan?).
Banyak juga gol yang memukau terhasil daripada beberapa pemain ternama. Antara yang paling diingati sekali ialah gola daripada Robben Van Persie dari Belanda ketika perlawanan kumpulan menentang Belanda. Gol tandukan terbangnya itu menjadi perbualan hangat sehingga di'parodi'kan di media sosial.
The real "Flying Dutchman"..
Dalam pada itu, ada pula insiden lucu yang dicetuskan oleh penyerang Uruguay, Luis Suarez. Dengar namanya pun rasanya anda dah tahu apa yang berlaku, kan? Nak dipendekkan cerita, dia tu kurang kasih sayang ker?
Peminat fanatik Twilight, mungkin...?

Baiklah, dalam kesibukan kita melihat pasukan prolifik meneruskan buruan piala emas itu, di Malaysia ini pula (sama macam di tempat lain) ramai yang membuat ramalan; siapa menang, siapa kalah, siapa tersingkir awal. Ada pula yang dah terang-terangan menyatakan pasukan kegemarannya. Ada pula yang lebih fanatik, sedih tahap putus cinta bila pasukannya kalah & bersorak macam baru menang motor (eh?) bila pasukannya menang. Itu yang buat saya rasa pelik.
Kenapa? Bukan apa, rasa amat pelik bila melihat orang kita punyalah semangat nak sokong pasukan negara asing. Tak salah mana pun, cuma bagi saya itu amat pelik. Rasa macam, "hey it's not your country. Nak buat apa sokong? Kalau menang pun bukannya dapat cuti umum." Tak faham saya bila tengok mereka yang memenuhi kedai mamak menjerit & melompat keriangan bila pasukan yang disokongnya menjaringkan gol. Bukannya pasukan Harimau Malaya pun. Lek la.

Tapi, saya tak salahkan mereka. Mereka tu tak ada pilihan lain, terpaksalah sokong negara luar yang bertanding lebih-lebih lagi bagi edisi 2014 ini. Sebab apa? Mana ada Malaysia dalam tu. Walaupun...
Need I say more?
Jadi konklusinya di sini ialah, ini semua salah pihak yang 'menjaga' bola sepak Malaysia. Saya bukan orang yang arif pasal bola (obviously), tapi sebagai orang awam saya dapat perhatikan keganjilan yang berlaku. Ditadbir oleh orang yang tak pernah main bola (langsung) agaknya, macam mana mereka boleh mendakwa mereka tahu segalanya? Entahlah. Mungkin sebab bayangan wajah mereka macam ni mungkin? -----> ($_$)

Demam samba akan berakhir. Lagi 4 tahun, tumpuan akan beralih ke Rusia pula. Adakah Malaysia akan menyertai kemeriahan di sana sebagai pasukan bertanding, atau cuma hadir sebagai penonton semata-mata? We'll wait and see.

P.S.: Ramalan juara? Entah. Malas nak fikir. Why bother, why bother, why bother? :3

Selasa, 1 Julai 2014

KMJ 2014

Hola holi..

OK, disebabkan saya terlewat untuk pos benda ni, jadi seperti biasa, express time!

Ahad, 22 Jun 2014 ialah hari ke-2 program Kembara Mahkota Johor. Lokasinya bagi hari tu ialah dari Mersing ke Kluang dan berakhir di Segamat. Sebeum bermalam di Felda Medoi, rombongan singgah sekejap di taman rekreasi berhampiran dengan SMK Bandar Putra yang tak jauh dari rumah.
Macam-macam aktiviti juga yang dirancang meilhatkan kemeriahan di situ; yang tak semena-menanya muncul pun ada juga.
Tetiba boleh ada rock climbing. Apa cer?
Jam 3 petang. Rombongan akhirnya tiba. Selain DYMM Sultan Johor, isteri & anak-anak baginda turut serta berkembara.
Kembara tahun ni unik sebab Sultan Ibrahim sendiri yang pandu bas. Stering belah kiri pulak tu. Internasionallé, bak kata Mamat Khalid. :P
 .
Aktiviti diraja kt sini ialah bermain kereta kawalan jauh di litar yang dah lama dibina, selain pemberian sumbangan dan aktiviti riadah ringan yang lain.
Oh ya, bas yang digunakan oleh tuanku sultan ialah bas yang disewa & diterbangkan khas dari Amerika Syarikat. Yalah, biasa di barat jer ada bas kembara macam ni (a.k.a. RV).
Dalam jam 4 petang, rombonngan berangkat pula menuju ke Felda Medoi di Kg Jawa, tapi yang penting saya sempat buat satu benda yang agak epik (epik 'sangat'):
Hashtag: #KauMampu? XP
Seperti biasa juga, KMJ 2014 menjanjikan pelbagai barangan eksklusif secara percuma di sepanjang laluannya. Kali ini saya rasa ada paling banyak variasi.
Dari kiri: Topi, botol air, benda-yang-diketuk-ketuk-masa-acara-sukan, penanda buku, button badge, kipas tangan, pewangi kereta, gelang getah. Semuanya percuma baq hang!
OK, dah. Penat.
P.S.: Menjunjung kasih tuanku kerana sudi bertandang ke Bandar Putra Segamat. :D

Rabu, 25 Jun 2014

Firsts After Last

Hello guys!

Wow, dah bersawang blog ni, walau pun kalau ikutkan saya ada banyak masa kalau nak 'update'nya *huhu*. Baiklah, tak nak buang masa (& tenaga), saya coretkan segala pengalaman 'pertama kali' saya selepas tamat peperiksaan akhir semester 1 pada 2 Jun yang lepas (in which I got a very good result for it; Alhamdulillah). Let's get fast & furious!

ISNIN (02 Jun 2014)
Sebaik sahaja selesai kertas Reading & Writing (kertas terakhir a.k.a. last payyperr), saya merancang untuk terus balik ke hostel, tapi rasa macam terlalu awal (baru jam 10.30 pagi kot). Kebetulan pula ada beberapa rakan sekelas yang nak tengok wayang, saya ikutkan saja (ya lah, dah orang ajak kan). Jadi bertolaklah kami ke Dataran Masa Berjaya (terjemah ke BI, ea) dengan kereta yang disewa oleh Ija & Zariq.
Pendek kata, lepas makan & menonton Maleficent kami ke KLCC pula sebab Zariq nak jumpa rakan sekolahnya. Maka, tinggallah saya & Ija termangu-mangu. But here's the big thing (for me lah): disebabkan Ija tak ada lesen, saya perlu membawa kereta itu ke stesen minyak terdekat sebab dah merah isyaratnya. Amat berdebar rasanya memandangkan itu pertama kali saya memandu di KL, & lebih dramatik lagi, di tengah-tengah kawasan Segi Tiga Emas KL itu sendiri, iaitu di Jalan Ampang & Jalan Tun Razak.
Thanks Ija for taking this pic. :3
Nak lagi dramatik, hujan turun dengan lebat masa tu. Nak lagi-lagi dramatik, jalan sesak (biasalah, KL). Jadi, pengalaman memandu di KL tu datang dalam 'kombo' yang agak gempak memandangkan saya dah melalui beberapa senario yang boleh dikatakan ekstrem di metropolis ini. Thanks to Ija as the human Waze, taklah sesat untuk mencari jalan.

RABU (04 Jun 2014)
Pada paginya saya ada urusan di kolej. Tengah harinya pula saya ke Sunway Pyramid sebelum ke KLCC, atau lebih tepat lagi ke Menara Berkembar Petronas. Thanks to Ms Chai, saya dapat idea untuk memulakan percutian 3 minggu dengan gaya (a.k.a. swag): pergi ke Skybridge di aras 41, serta ke dek pemerhatian di aras 86. Ha, kau mampu? :P *heheh* Sebenarnya anda memang mampu pun; RM20 jer kalau tunjukkan I/C dan kad pelajar. Tapi sebelum naik tu, akan ada sesi bergambar oleh pihak menara (alah biasalah; snapshot first, pay later).
No, I'm not alone during this trip. ;)
Amat seronok rasanya bila dapat luangkan masa buat pertama kali di tempat macam ni, lebih-lebih lagi bila dengan rakan karib sendiri. Kira macam bonding session gitu katanya. So here we go! Hentian pertama iaitu jambatan di aras 41 membolehkan saya melihat panorama KL dari perkspektif yag berbeza.
Terus pula ke aras 86, aras tertinggi yang boleh diakses umum. Pemandangan dari sini lagi best. Ya lah kan, puncak menara paling tinggi di KL pasti menjanjikan panorama unik.
 .
Paling penting sekali, haruslah selfie kan. :3
Well spent afternoon. Thanks Jamhuri for spending the time. :)

KHAMIS (05 Jun 2014)
Dalam kalendar kolej, hari inilah sepatutnya cuti semester bermula *duuh*. Keluarga datang dari Segamat sebab nak berjimba di Lembah Klang katanya. Dari hostel, terus ke i-City & meneroka tarikan baharu yang ada buat pertama kali, termasuklah muzium patung lilin interaktif sulung di Malaysia.
Di dalamnya banyak patung lilin, tapi hanya sebilangan sahaja rasanya yang memang betul-betul serupa dengan individu sebenar. Kurang bajet, mungkin?
Nampak tak muka risau di situ? Jenuh nak fikir pasal krisis Crimea la tu.
Beberapa langkah dari situ, ada Muzium Seni Licik. Lukisan yang seakan-akan hidup mengajak kita untuk beraksi bersamanya.
 .
I'll do anything for a RM100 note, even if I've to fight with Paul the octopus.
Malamnya pula, ke Pasar Seni. Rasanya tak pernah ke sini.

JUMAAT (06 Jun 2014)
Pertama kali pergi IKEA. That's all. :3
Dah habis tu, balik ke Segamat. Home sweet home.

Fuh, penat kembara.. tapi.......
Ada lagi. (@_@)

SABTU (07 Jun 2014)
Pelan asal: Ke Senai untuk kenduri kahwin.
Pelan tambahan: Singapura.
Walau pun dah pernah ke sana, tapi ini pertama kali dengan keluarga.
Sempat juga melalui Hab Sukan Singapura yang dah nak siap & sedia bagi Sukan SEA 2015.

AHAD (08 Jun 2014)
Ke JayBee lagi. Bertemu dengan serigala besar yang jahat.
Kemudian, ke Persada. Ada PC Fair.
Sebelum balik, singgah kejap ke beberapa tempat termasuk Padang Gelam untuk mengintai pasukan JDT berlatih. Apa lagi, jadi paparazi kejap. :3
Muka stres sebab baru lepas kena brainwash dengan TMJ. I guess..
Akhir sekali, pergi ke tempat yang ramai anak muda nak pergi: Gedung Konsep JOHO. Sampai juga buat pertama kali.

THE END
!!!!!

Fuh fuh fuh... Penat rasanya kembara kali ini. Penat lagi rasanya nak taip blog post ni :P. Apa-apa pun, saya dah bersiap sedia nak balik ke KL untuk semester 2. Semestinya kembara ni mampu menambah pengetahuan saya sedikit sebanyak, & boleh jadi senjata untuk terus berjaya; insya-Allah.

Rasa macam kena jet lag. Chao!

Ahad, 25 Mei 2014

FBP 2014

Hai, semua... :-)

Baiklah, kali ni saya nak bercerita tentang kembara saya ke Festival Belia Putrajaya (FBP) 2014. Diadakan di Presint 2,3 dan 4 di Putrajaya, promosi hebat melalui media sosial sememangnya menggoda saya untuk bertandang ke sana pada hari pertamanya (festival ni berlangsung selama 3 hari) iaitu 23 Mei 2014. So, let's hit it!

6.30 pagi:
Usai mandi & solat Subuh, saya memulakan perjalanan secara berseorangan (as usual):
Tmn Len Sen --(bas)-- LRT Maluri --(LRT)-- LRT Bdr Tasik Selatan --(ERL)-- Putrajaya Sentral

7.45 pagi:
Tiba di Putrajaya Sentral, saya menanti bas perantara (BI: shuttle bus) yang disediakan secara percuma. Lama juga nak menunggu, risau kalau bas pertama hanya akan bergerak pada jam 10 pagi, iaitu masa festival bermula. :'3

8.30 pagi
Bas pertama bergerak. Perjalanan mengambil masa kurang 10 minit dari Sentral ke Presint 2, berhampiran bangunan Kementerian Kewangan.

8.45 pagi
Tiba di tapak festival, saya meneliti peta yang disediakan, walaupun sudah tahu tentangnya melalui laman web rasmi festival. Ia dibahagikan kepada 4 zon: Utara, Barat, Timur dan Selatan. Bayangkanlah betapa luasnya festival ni. Memang taklah kalau saya nak ke semua lokasi. (@_@)
Berdasarkan maklumat di internet, 4 kawasan menjadi sasaran utama saya: Johor Pavilion & Laman Kampung di Zon Utara, Literature Zone (Zon Barat), serta Modal Insan (Zon Timur).

9.00 pagi
Memandangkan festival hanya akan bermula secara rasmi pada jam 10 pagi, kebanyakan gerai jualan & pameran juga hanya akan dibuka pada masa yang sama. Jadi, apa boleh buat? Ronda-ronda sajalah dulu. :3
First stop: Johor Pavilion! Bangga rasanya bila Johor merupakan satu-satunya negeri dengan pavilion besar yang eksklusif gitu di tapak festival ini, dengan banyak gerai menjual barangan yang dibawa khas dari Johor. Lagi best bila pavilion ni terletak berhampiran dengan pentas utama festival, tak jauh dari bangunan Perbendaharaan Negara. Kau hado? :P

9.45 pagi
Saya meneruskan langkah ke Laman Kampung yang jaraknya tak sampai 100 meter dari Johor Pavilion. Kawasan ini menempatkan pelbagai aktiviti bercorak tradisional. Ada pertandingan gasing, galah panjang, & semestinya kegemaran saya: berbalas pantun. ;)
Lama juga saya lepak di laman ini. Yalah, saya memang tak boleh kalau tengok orang berpantun. Mesti rasa nak tengok & turut serta.

10.30 pagi
Kembali ke Johor Pavilion, tapi petugas gerai masih belum bersedia & meminta saya untuk datang semula pada jam 11.30 pagi. (-___-) Fine.

10.45 pagi
Meneruskan agenda, saya ke Literature Zone di Zon Barat, iaitu di bangunan Perbadanan Putrajaya. Tumpuan utama, jualan buku yang menjadi fenomena di Malaysia kini, Big Bad Wolf (BBW).
Pertama kali ke BBW, saya boleh katakan, "WOW!". Terlalu banyak pilihan bahan bacaan yang dijual pada harga yang secara ekstrimnya amat murah. Bayangkan, novel yang asalnya berharga RM20 dijual dengan hanya RM5 di BBW. Bagi pembaca tegar macam saya, it feels like being in a reader's paradise. (*o*)

12.30 tengah hari
Puas dimandikan dengan buku-buku (walau pun cuma beli 2 buku saja akhirnya), saya pergi ke Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (a.k.a. Masjid Besi) yang terletak tak jauh dari Zon Barat untuk solat Jumaat. Pertama kali ke situ, kagum rasanya dengan seni binanya yang bersifat islamik kontemporari. Tenang & sejuk rasanya walaupun masjid ini langsung tiada penyaman udara serta bergantung sepenuhnya kepada sistem pengudaraan semula jadi. Subhanallah.
Saya dimaklumkan bahawa kawasan Modal Insan telah diubah lokasinya ke pekarangan masjid ini. Baguslah, tak payah nak menapak jauh-jauh. Kawasan ini ada aktiviti seperti ceramah, pertandingan tulisan khat & syarahan, serta jualan amal.

2.00 petang
Kembali ke Literature Zone untuk mengikuti bengkel mencetak T-shirt sendiri (yang penting, it's for free!). Seronok rasanya, memandangkan itu pertama kali saya mencuba aktiviti sebegitu. Agak menyeronokkan & memerlukan ketelitian dalam masa yang sama.
Selepas mencuba cetakan di atas helaian kain, saya diberikan sehelai kemeja T putih mengikut saiz badan (for me, it's gonna be M) untuk dicetak dengan corak yang sama. Namun kealpaan diri menyebabkan kemeja yang putih itu terkena dakwat cetak di atas meja. Petugas di situ mengatakan bahawa saya ialah orang pertama yang mengalami insiden itu (kemeja T yang kotor terkena dakwat :'3). Kalau diikutkan kata mereka, setiap peserta hanya diberi 1 kemeja T & tiada gantian akan diberi jika apa-apa kekotoran berlaku. Namun, mereka dengan baik hati memberikan satu lagi kemeja T untuk saya cetak corak pilihan. Hasilnya agak memuaskan.
Bolehlah daripada tak ada, yang penting kemeja T ni saya dapat bawa pulang secara percuma! Best kan? :D

3.00 petang
Niat di hati nak kembali ke Johor Pavilion, tapi saya terdetik nak singgah seketika di atrium KakiSeni (juga di Zon Barat). Terpanggil untuk menonton antara tumpuan utama festival ini, iaitu inovasi dalam wayang kulit.
Ini pertama kali saya menonton persembahan wayang kulit secara langsung di depan mata. Terasa aura tradisinya di situ. Apa yang lagi best ialah apabila segmen kedua persembahan ini menampilkan Star Wars atau Peperangan Bintang. Cara mereka menggabungkan watak-watak prolifik seperti Luke Skywalker & Princess Leia dengan Sri Rama & Siti Dewi amat menarik perhatian saya.
"Molek belake Darth Vader kecek Kelate lagu gitu; hok aloh, sungguh abe!" Itu antara reaksi yang boleh saya berikan. Uniknya bila lihat moden & tradisional bergabung sebegitu rupa. Penerangan daripada tok dalang pada penghujung persembahan menambahkan lagi kafahaman saya tentang objektif mereka berbuat sedemikian.

4.00 petang
Tiba di gerai jualan di Johor Pavilion. Dapat juga membeli barangan yang diinginkan. Dah tu, apa lagi? Jom balik.

Pendek kata, macam-macam ada di FBP 2014 ini. Tak kira bangsa, agama, & usia.. semua boleh terlibat. Macam-macam boleh dibeli. Oh ya, speaking of which, inilah antara barangan yang saya dapatkan ketika festival ini:
 .
Ada antaranya yang dijual eksklusif semasa FBP 2014 sahaja; tak ada di tempat lain. Ha, rugi kalau tak pergi.. tapi sudah pasti kalau anda nak pergi, kena tunggu tahun depanlah ya :3. 

Sememangnya FBP 2014 menjanjikan suatu kepuasan kepada sesiapa jua yang berkunjung. Pembangunan fizikal & spiritual belia di Malaysia dilihat seimbang di sini. Molek juga di festival ini dibawa ke tempat lain, terutamanya ke Sabah & Sarawak agar lebih ramai belia yang merasa kemeriahannya.. tapi kalau nak buat di Putrajaya setiap tahun pun tak ada masalah. Dapatlah juga lihat panorama buatan manusia yang mempesonakan, macam ni:

Jumpa lagi di FBP tahun hadapan; insya-Allah. :-D