Ahad, 25 Mei 2014

FBP 2014

Hai, semua... :-)

Baiklah, kali ni saya nak bercerita tentang kembara saya ke Festival Belia Putrajaya (FBP) 2014. Diadakan di Presint 2,3 dan 4 di Putrajaya, promosi hebat melalui media sosial sememangnya menggoda saya untuk bertandang ke sana pada hari pertamanya (festival ni berlangsung selama 3 hari) iaitu 23 Mei 2014. So, let's hit it!

6.30 pagi:
Usai mandi & solat Subuh, saya memulakan perjalanan secara berseorangan (as usual):
Tmn Len Sen --(bas)-- LRT Maluri --(LRT)-- LRT Bdr Tasik Selatan --(ERL)-- Putrajaya Sentral

7.45 pagi:
Tiba di Putrajaya Sentral, saya menanti bas perantara (BI: shuttle bus) yang disediakan secara percuma. Lama juga nak menunggu, risau kalau bas pertama hanya akan bergerak pada jam 10 pagi, iaitu masa festival bermula. :'3

8.30 pagi
Bas pertama bergerak. Perjalanan mengambil masa kurang 10 minit dari Sentral ke Presint 2, berhampiran bangunan Kementerian Kewangan.

8.45 pagi
Tiba di tapak festival, saya meneliti peta yang disediakan, walaupun sudah tahu tentangnya melalui laman web rasmi festival. Ia dibahagikan kepada 4 zon: Utara, Barat, Timur dan Selatan. Bayangkanlah betapa luasnya festival ni. Memang taklah kalau saya nak ke semua lokasi. (@_@)
Berdasarkan maklumat di internet, 4 kawasan menjadi sasaran utama saya: Johor Pavilion & Laman Kampung di Zon Utara, Literature Zone (Zon Barat), serta Modal Insan (Zon Timur).

9.00 pagi
Memandangkan festival hanya akan bermula secara rasmi pada jam 10 pagi, kebanyakan gerai jualan & pameran juga hanya akan dibuka pada masa yang sama. Jadi, apa boleh buat? Ronda-ronda sajalah dulu. :3
First stop: Johor Pavilion! Bangga rasanya bila Johor merupakan satu-satunya negeri dengan pavilion besar yang eksklusif gitu di tapak festival ini, dengan banyak gerai menjual barangan yang dibawa khas dari Johor. Lagi best bila pavilion ni terletak berhampiran dengan pentas utama festival, tak jauh dari bangunan Perbendaharaan Negara. Kau hado? :P

9.45 pagi
Saya meneruskan langkah ke Laman Kampung yang jaraknya tak sampai 100 meter dari Johor Pavilion. Kawasan ini menempatkan pelbagai aktiviti bercorak tradisional. Ada pertandingan gasing, galah panjang, & semestinya kegemaran saya: berbalas pantun. ;)
Lama juga saya lepak di laman ini. Yalah, saya memang tak boleh kalau tengok orang berpantun. Mesti rasa nak tengok & turut serta.

10.30 pagi
Kembali ke Johor Pavilion, tapi petugas gerai masih belum bersedia & meminta saya untuk datang semula pada jam 11.30 pagi. (-___-) Fine.

10.45 pagi
Meneruskan agenda, saya ke Literature Zone di Zon Barat, iaitu di bangunan Perbadanan Putrajaya. Tumpuan utama, jualan buku yang menjadi fenomena di Malaysia kini, Big Bad Wolf (BBW).
Pertama kali ke BBW, saya boleh katakan, "WOW!". Terlalu banyak pilihan bahan bacaan yang dijual pada harga yang secara ekstrimnya amat murah. Bayangkan, novel yang asalnya berharga RM20 dijual dengan hanya RM5 di BBW. Bagi pembaca tegar macam saya, it feels like being in a reader's paradise. (*o*)

12.30 tengah hari
Puas dimandikan dengan buku-buku (walau pun cuma beli 2 buku saja akhirnya), saya pergi ke Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (a.k.a. Masjid Besi) yang terletak tak jauh dari Zon Barat untuk solat Jumaat. Pertama kali ke situ, kagum rasanya dengan seni binanya yang bersifat islamik kontemporari. Tenang & sejuk rasanya walaupun masjid ini langsung tiada penyaman udara serta bergantung sepenuhnya kepada sistem pengudaraan semula jadi. Subhanallah.
Saya dimaklumkan bahawa kawasan Modal Insan telah diubah lokasinya ke pekarangan masjid ini. Baguslah, tak payah nak menapak jauh-jauh. Kawasan ini ada aktiviti seperti ceramah, pertandingan tulisan khat & syarahan, serta jualan amal.

2.00 petang
Kembali ke Literature Zone untuk mengikuti bengkel mencetak T-shirt sendiri (yang penting, it's for free!). Seronok rasanya, memandangkan itu pertama kali saya mencuba aktiviti sebegitu. Agak menyeronokkan & memerlukan ketelitian dalam masa yang sama.
Selepas mencuba cetakan di atas helaian kain, saya diberikan sehelai kemeja T putih mengikut saiz badan (for me, it's gonna be M) untuk dicetak dengan corak yang sama. Namun kealpaan diri menyebabkan kemeja yang putih itu terkena dakwat cetak di atas meja. Petugas di situ mengatakan bahawa saya ialah orang pertama yang mengalami insiden itu (kemeja T yang kotor terkena dakwat :'3). Kalau diikutkan kata mereka, setiap peserta hanya diberi 1 kemeja T & tiada gantian akan diberi jika apa-apa kekotoran berlaku. Namun, mereka dengan baik hati memberikan satu lagi kemeja T untuk saya cetak corak pilihan. Hasilnya agak memuaskan.
Bolehlah daripada tak ada, yang penting kemeja T ni saya dapat bawa pulang secara percuma! Best kan? :D

3.00 petang
Niat di hati nak kembali ke Johor Pavilion, tapi saya terdetik nak singgah seketika di atrium KakiSeni (juga di Zon Barat). Terpanggil untuk menonton antara tumpuan utama festival ini, iaitu inovasi dalam wayang kulit.
Ini pertama kali saya menonton persembahan wayang kulit secara langsung di depan mata. Terasa aura tradisinya di situ. Apa yang lagi best ialah apabila segmen kedua persembahan ini menampilkan Star Wars atau Peperangan Bintang. Cara mereka menggabungkan watak-watak prolifik seperti Luke Skywalker & Princess Leia dengan Sri Rama & Siti Dewi amat menarik perhatian saya.
"Molek belake Darth Vader kecek Kelate lagu gitu; hok aloh, sungguh abe!" Itu antara reaksi yang boleh saya berikan. Uniknya bila lihat moden & tradisional bergabung sebegitu rupa. Penerangan daripada tok dalang pada penghujung persembahan menambahkan lagi kafahaman saya tentang objektif mereka berbuat sedemikian.

4.00 petang
Tiba di gerai jualan di Johor Pavilion. Dapat juga membeli barangan yang diinginkan. Dah tu, apa lagi? Jom balik.

Pendek kata, macam-macam ada di FBP 2014 ini. Tak kira bangsa, agama, & usia.. semua boleh terlibat. Macam-macam boleh dibeli. Oh ya, speaking of which, inilah antara barangan yang saya dapatkan ketika festival ini:
 .
Ada antaranya yang dijual eksklusif semasa FBP 2014 sahaja; tak ada di tempat lain. Ha, rugi kalau tak pergi.. tapi sudah pasti kalau anda nak pergi, kena tunggu tahun depanlah ya :3. 

Sememangnya FBP 2014 menjanjikan suatu kepuasan kepada sesiapa jua yang berkunjung. Pembangunan fizikal & spiritual belia di Malaysia dilihat seimbang di sini. Molek juga di festival ini dibawa ke tempat lain, terutamanya ke Sabah & Sarawak agar lebih ramai belia yang merasa kemeriahannya.. tapi kalau nak buat di Putrajaya setiap tahun pun tak ada masalah. Dapatlah juga lihat panorama buatan manusia yang mempesonakan, macam ni:

Jumpa lagi di FBP tahun hadapan; insya-Allah. :-D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan