Isnin, 27 April 2015

Pesta 'Bookfie'

Seperti tahun lepas, saya tak melepaskan peluang untuk ke Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL) di markas tetapnya (PWTC). Kali ni, saya pergi 2 kali - sejurus sebelum pulang ke Segamat, & sejurus selepas kembali dari Segamat. 

Seperti tahun lepas juga *heheh*, saya mencuri masa yang ada untuk berselfie dengan individu ternama di sana. Sudah semestinya juga, haruslah nekad kan untuk tujuan itu. Jadi semasa kali ke-2 ke PBAKL itu, saya dah bermatlamat untuk berjumpa KokPing a.k.a. Fynn Jamal. Walaupun ketika dia sampai di gerai Selut Press dengan berpurdah (which was kinda like awkward for me), tapi itu bukanlah alasan/penghalang untuk bergambo.
Siapa kata pakai purdah tak boleh jadi sempoi? (not me lah)
Sempat juga dia menandatangani bukunya, Puisi Tepi Jalan. Memang best!

Usai sesi tu, dah sedia nak balik. Tetiba, pucuk dicita ulam mendatang kateko. Ustaz Kazim Elias sedang berceramah di pentas utama PBAKL. Apa lagi, lepaklah kejap. Lepas tu..
Need I say more? :P
Maka terlunaslah sudah misi selfie saya buat masa ni. Oh ya, lupa pulak nak cerita pasal hasil buruan di PBAKL (selain selfie). Tak banyak pun yang dibeli, selain daripada beberapa buku himpunan puisi di gerai ITBM & majalah di gerai Utusan Karya. Tunggu mood lah baru nak borong lagi.

OK, tu jer. *kbai* Wassalam.

Ahad, 26 April 2015

Selfie Sado

Sebagai seorang yang amat dikenali seteru & sekutu selaku 'raja selfie' (such a self-proclaimed statement), boleh dikatakan yang saya ni antara insan yang meletakkan standard tinggi dalam pengambilan selfie di Malaysia ini *mohon-muntah-semua*. #AyatSuperPoyo
Kalau dah sampai masuk artikel di laman web sosial tu, need I say more? :3
Antara perkara yang saya belajar daripada pengalaman berselfie segala bagai ni ialah untuk menjadi nekad - rempuhlah segala polis/pengawal peribadi, buangkan rasa malu & gentar, maka terpampanglah selfie didamba di Instagram.

Jadi, bila Abah maklumkan bahawa rakan lamanya Sazali Samad (yup, THAT Sazali Samad) akan rasmikan hari sukan sekolahnya hari ni, saya tak berlengah untuk balik ke Segamat, walaupun Jumaatnya tu saya mulakan dengan kesibukan Festival Bahasa Ketiga di kolej & kemudian ke PWTC untuk berpesta dengan buku.

Tibalah detik dinanti. Makan malam bersama, uols! Lagi la starstruck.
I'm taller than him? LOL
Kisah macam mana Abah boleh jemput Mr. Universe 10 kali ni ke sekolah dia, tu lain cerita (malas lah nak gosip pasal tu kat sini). Apa yang penting, satu lagi momen selfie yang menambahkan lagi penanda aras (stop acting like a diva, Syafiq *hergh*) kepada mereka yang kaki selfie.

*kbai*

Selasa, 31 Mac 2015

2 Crazy Weekends (in a Row (!))

Huh! Dah berhabuk blog ni. Al maklumlah dengan banyaknya tugasan kolej yang nak kena siapkan. Jadi bilalah ada masa nak menjenguk ke sini, kan? *haih*

Baiklah, malas nak cerita panjang. This post's title says it all. Let's get started.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JUMAAT (20 Mac 2015)
Mulakan pagi dengan melawat tadika di Seri Kembangan sebagai sebahagian daripada tuntutan kerja bagi subjek HED 3023 (Google it for yourself ea). Amat jauh daripada jangkaan, cuma ada 3 orang kanak-kanak ketika saya & rakan sekumpulan datang. Namun, tak adalah terkejut sangat, sebab kami pun tahu masa tu cuti sekolah. I rest my case then.
Thanks to the staff of C.I.C. Seri Kembangan
Kemudian, terus ke PICC sebab ada Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya (PIBF). Pertama kali pergi ke sana, barulah dapat rasa amat bertuah sebab jadi ahli MPH. Diskaun & cenderamata gempak begitu best.
.
Dalam kesempatan yang ada, sempat bersama dengan para penulis buku DIAgnosis². Terasa aura positif bila berada di samping mereka.
Dari depan: Dr Beni Rusani, Dr Mafeitz, Dr Mahyuddin, Dr Aizzat, Dr Azah, Dr Anwar Fazal, Dr Fatin Liyana
Eksklusif uols! Kau hado?
Lepas tu, sebelum balik..
Hafiz Hamidun in the house!

SABTU (21 Mac 2015)
Berada di Jalan P Ramlee atas urusan.. hm.. malaslah nak cerita. Moving on.
Singgah di KLCC. Tiba-tiba..
Walaupun goyang, ia tetap bukti:
I was with the F1 driver, Nico Rosberg!
Kbai.

JUMAAT (27 Mac 2015)
Lepak di kolej dari pagi sampai ke petang. Lepas tu ke VivaTel di Jalan Loke Yew untuk majlis rasmi.
Can you read what it said on the banner?
Maybe this will help. Alhamdulillah.. :)
Terus ke KLIA lepas tu.

SABTU (28 Mac 2015)
Tidur di surau KLIA2 (buat kali ke-2). Menanti pagi bagi mengiringi kembara sahabat yang seorang ini kembali ke Himalaya.
All the best for your second endaveour. May Allah always be with you.
Take care. Love you, bro. :')
Semoga berjaya, wahai pembawa Misi Perdana UTM Everest 2015!

AHAD (29 Mac 2015)
Selepas banyak bebenor masalah tarikh (Alif ler ni puncanya *hergh*), dapat juga ke Panggung Sari buat kali ke-2.
Memang best. Walaupun rentaknya agak perlahan pada hampir keseluruhan separuh masa yang pertama, tapi naskhahnya tu memang penuh dengan pengayaan sastera yang dah lama lenyap di Istana Budaya. Kena fikir secara mendalam baru paham mesejnya.
Pasca persembahan
Harus lah kan? :P

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

I AM TIRED!
Nak tido!
KBAI!

Wassalam.

Jumaat, 6 Mac 2015

940306

It's not just a code.
It's an embedded reality that I carry every single day.
It's a reminder that just like everyone else, I'm not getting any younger.
Realism is getting less and less avoidable,
but that's not an excuse for me not to live my life as it is.
Praise be to the Almighty for all the countless blessings I got since from the very first moment I see the world.
Every day feels like a birthday, because as you wake up to a new day,
that's a great gift to get - another chance to do something right.

8.17 p.m.
Now I can make it official.
I am twenty-one.

Sabtu, 28 Februari 2015

Wowful Weekend(s)

Duit MARA dah masuk.
I got an extra week of holiday.
Reading the latest book I ordered.

Alhamdulillah.
That's awesome to have.

Just as awesome as these Neapolitan macaroons.

Kbai, uols.