Isnin, 27 April 2015

Pesta 'Bookfie'

Seperti tahun lepas, saya tak melepaskan peluang untuk ke Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL) di markas tetapnya (PWTC). Kali ni, saya pergi 2 kali - sejurus sebelum pulang ke Segamat, & sejurus selepas kembali dari Segamat. 

Seperti tahun lepas juga *heheh*, saya mencuri masa yang ada untuk berselfie dengan individu ternama di sana. Sudah semestinya juga, haruslah nekad kan untuk tujuan itu. Jadi semasa kali ke-2 ke PBAKL itu, saya dah bermatlamat untuk berjumpa KokPing a.k.a. Fynn Jamal. Walaupun ketika dia sampai di gerai Selut Press dengan berpurdah (which was kinda like awkward for me), tapi itu bukanlah alasan/penghalang untuk bergambo.
Siapa kata pakai purdah tak boleh jadi sempoi? (not me lah)
Sempat juga dia menandatangani bukunya, Puisi Tepi Jalan. Memang best!

Usai sesi tu, dah sedia nak balik. Tetiba, pucuk dicita ulam mendatang kateko. Ustaz Kazim Elias sedang berceramah di pentas utama PBAKL. Apa lagi, lepaklah kejap. Lepas tu..
Need I say more? :P
Maka terlunaslah sudah misi selfie saya buat masa ni. Oh ya, lupa pulak nak cerita pasal hasil buruan di PBAKL (selain selfie). Tak banyak pun yang dibeli, selain daripada beberapa buku himpunan puisi di gerai ITBM & majalah di gerai Utusan Karya. Tunggu mood lah baru nak borong lagi.

OK, tu jer. *kbai* Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan