Rabu, 29 September 2010

Arifah, Farhana & Khalis...

Hai!!! Lepas dah cerita ttg. guru tingkatan, KT & PKT 4 Cekap (a.k.a. CekaPranksterZ..), kali ni saya nak ceritakan pula pasal ahli kelas saya, group by group. Jadi, kiranya ada lagilah blog post ttg. CekaPranksterZ lepas ni.



Baiklah, org. yg. pertama saya nak ceritakan ialah Arifah. Pertama kali jumpa dia kt. kelas, saya lihat dia sbg. seorang yg. amat beria-ria dlm. apa jua keadaan, & dia masih macam tu sekarang ni. Kisah hidupnya amat unik utk. saya ketahui. Dia juga fasih berbahasa Cina (yalah, budak SMJK Pei Hwa lah katakan..). Tapi, apa yg. saya amat suka ttg. dia ialah dia amat ceria. Malah, sukar nak tahu kalau dia sedih.

Dengan saya, dia selalu bersikap nakal dlm. serius. Pd. kebanyakan masa, dia akan minta saya ajarkan Sejarah, Add Math, or BI. Tapi, kami sentiasa gembira mengusik satu sama lain. Dia & saya bagai adik & abang (walaupun dia yg. lebih tua.. hihihi...); kami amat rapat. But, hey don't get me wrong, OK? Tak ada apa-apa yg. serius antara kami. Pelajaranlah yg. menjadi penghubung kami berdua. To Arifah, I love you, sis! :-)



Next person is... Nurfarhana. Dia seorang yg. mesra bila saya tegur. Kadang-kala, dia macam rasa marah+lucu bila saya usik dia. Saya suka sgt. bila lihat dia tersenyum, sbb. itu maknanya dia OK dgn saya. Sering kali, saya minta bantuan dia & dia minta bantuan saya dlm. pelajaran. Baguslah, sama-sama meminta & mebantu; barulah bagus, kan? But overall, dia seorang yg. amat baik. A good helper when you need it...


Last but not least, saya wajib bercerita ttg. Nur Khalis. Dari Senggarang, BP dia dtg. ke SAMURA membawa keunikan keturunan Jawanya. Tapi, bukan setakat itu saja, dia ada banyak keunikan. Sekali dengar suara dia, pasti ada yg. sangka itu suara Upin & Ipin (suara yg. animatik..). Dia juga seorang yg. amat ekspresif. Sambil bercerita, dia akan gunakan bahasa badan utk. menghidupkan ceritanya. Apa lagi, tergelak satu kelas melihat gelagat dia.

Selain tu, dia juga amat pandai buat kek & kuih. Cuba rasa kek batik hasil air tangannya, pasti ada yg. nak lagi. Bagi saya, dia seorang yg. mampu buat saya ceria di dlm. kelas.Terserlah sifat penyayangnya bila dia bersama Miko (kucing peliharaan 4 Cekap...). I tell you, dia layan Miko mcm. dia tu mak kpd. Miko (Khalis, sorry ye...). Tapi, walau mcm. mana pun, she is still a very nice person; you can easily befriend her.

Baiklah, utk. blog post saya yg. seterusnya nanti, nantikan kisah saya ttg. jejaka Bestari di 4 Cekap. Sekian, wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan