Isnin, 16 Mei 2011

Selamat '16 Mei', Cikgu!

Assalamualaikum... :-)
Haa... bila dah nampak logo di atas, mesti anda akan terus terfikir akan satu hari yang cukup istimewa, lebih-lebih, lagi buat mereka yang kita panggil cikgu. So...
Ya, SELAMAT HARI GURU 2011! Sesungguhnya, guru-gurulah antara insan yang bertanggung jawab menjadikan saya sebgai individu yang berjaya pada hari ini. Jadi, terima kasih atas segala ilmu yang telah dicurahkan; terima kasih atas kesabaran yang tidak terhingga dalam melayan kerenah para pelajar; terima kasih atas segalanya.

For that, terima kasih buat:
- Cikgu Sulaiman bin Bahrom (Abah) dan Cikgu Halimatus Saadiah binti Mahadi (Umi)
- Guru-guru di SK Bukit Hampar, Segamat (2001-2003)
- Guru-guru di SK Bandar Putra, Segamat (2004-2006)
- Guru-guru di SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat (2007-2009)
- Guru-guru di SM Sains Muar, Ledang (2010-2011)

Tidak dapat dinafikan lagi, cikgu-cikgulah yang membuat saya menjadi insan yang lebih baik pada hari ini, dan bukan sahaja saya, malah guru adalah insan yang penting dalam menentukan hala tuju negara pada masa hadapan. Sememangnya, Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. So once again, selamat menyambut tanggal 16 Mei, cikgu. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan