Rabu, 31 Ogos 2011

Merdeka!!! It's 54 Already...

Assalamualaikum...
Baiklah, dalam kesibukan umat Islam di Malaysia menyambut Aidilfitri, jangan sesekali kita lupa kepada perayaan yang satu ini: Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-54. MERDEKA!!!

Sebagai seorang anak Malaysia yang berjiwa patriotik, sememangnya saya berasa amat bangga dengan pencapaian yang telah kita kecapi dalam masa hanya setengah abad, walaupun hakikatnya bahawa 500 tahun dahulu, kita pernah mula dijajah. Ya, 2011 menandakan ulang tahun ke-500 permulaan penjajahan kuasa asing di bumi Malaysia, bermula pada tarikh 15 Ogos 1511 di Melaka, apabila tentera Portugis menguasai kerajaan kesultanan tersebut.

Kini, segalanya telah berubah; Malaysia semakin dikenali & menjadi contoh/model terbaik kepada kebanyakan negara lain. Perkara penting yang mereka ingin contohi ialah cara kita semua bersatu dalam kepelbagaian kaum, bangsa, & agama. Penyatuan bangsa Malaysia seperti yang kita lihat sekarang ini merupakan sesuatu yang masih dicari-cari oleh negara luar. Oleh itu, ucapkanlah terima kasih kepada pemimpin terdahulu yang bersusah-payah memastikan kelangsungan perpaduan nasional sehingga ke detik ini.

Sesungguhnya, apa yang kita capai sekarang harus dikekalkan demi menjamin masa hadapan negara yang terus gemilang. Ingatlah; bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. I Love You, Malaysia. .forever. Wassalam.

Selasa, 30 Ogos 2011

Salam Aidilfitri 1432H

Assalamualaikum...
Baiklah, takbir sudah pun mula bergema. Jadi maknanya, sudah tiba masanya untuk kita semua meraikan Aidilfitri buat kesekian kalinya. Syukur Alhamdulillah, kerana kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat lebaran yang hanya menjengah setahun sekali.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sesiapa jua yang mengikuti blog ini. Saya juga ingin menghulurkan jutaan ampun & maaf andai ada perbuatan//perkataan saya yang menyinggung perasaan//mengguris hati mana-mana pihak; sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. So, forgive me, please...

Semoga lebaran kali ini akan menjadi lebih bermakna buat kita semua, insya-Allah. Wassalam.

Rabu, 24 Ogos 2011

Maaf // Sorry

Maaf.
Begitu mudah untuk lidah mengatakannya.
Begitu sukar untuk hati mengiyakannya.

Sorry.
Tidak sukar untuk meluahkannya.
Tidak mudah untuk mengakuinya.

Maaf.
Adakah sukar untuk menyebutnya?
Adakah susah untuk mengungkapkannya?

Sorry.
Tidak terlintas pun di hati untuk dimaafkan.
Hanya ada niat untuk memaafkan.

Maaf.
Adakah patut sebegini?
Adakah perlu seperti ini?

Sorry.
Adakah hanya kita yang mencari kemaafan...?
Walaupun sebenarnya kepada kitalah kemaafan dicari.

Isnin, 15 Ogos 2011

Ramadan, Kad raya, Syawal & 'Exam'

Assalamualaikum...
Sewaktu saya menaip blog post ni, dah 15 hari umat Islam seluruh dunia melalui ibadah puasa pada bulan Ramadan tahun ini. Alhamdulillah, setakat ni, segalanya OK bagi saya, melainkan adalah sikit masalah kesihatan yang tak berapa nak kritikal sangat.

Sekarang ni pun, mood Syawal dah mula nak bertandang dalam diri semua orang, lebih-lebih lagi, pelajar SBP macam saya ni; jauh dari rumah. Huhuhu... Tapi, tak apa, bila dah balik rumah nanti, macam-macam yang saya nak buat sebagai persiapan menyambut lebaran, termasuklah menghantar kad raya kepada kawan-kawan.
Bagi saya, walau macam mana moden sekali pun masyarakat Malaysia, kad raya tetap menjadi pilihan saya, sebab ia memberi nilai sentimental dan menjadikan Aidilfitri lebih bermakna. Sejujurnya, saya lebih suka kalau dapat kad raya daripada e-kad atau pun mesej raya di FB.

Baiklah, dalam masa yang sama, saya baru sahaja habis menduduki peperiksaan percubaan SPM peringkat SBP. Bolehlah juga nak lepasinya, cuma Add Math-lah yang macam taraf universiti, sampai nak menangis saya dibuatnya... :'(

Baiklah, sampai di sini dahulu kali ini. Jumpa lagi...