Rabu, 31 Ogos 2011

Merdeka!!! It's 54 Already...

Assalamualaikum...
Baiklah, dalam kesibukan umat Islam di Malaysia menyambut Aidilfitri, jangan sesekali kita lupa kepada perayaan yang satu ini: Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-54. MERDEKA!!!

Sebagai seorang anak Malaysia yang berjiwa patriotik, sememangnya saya berasa amat bangga dengan pencapaian yang telah kita kecapi dalam masa hanya setengah abad, walaupun hakikatnya bahawa 500 tahun dahulu, kita pernah mula dijajah. Ya, 2011 menandakan ulang tahun ke-500 permulaan penjajahan kuasa asing di bumi Malaysia, bermula pada tarikh 15 Ogos 1511 di Melaka, apabila tentera Portugis menguasai kerajaan kesultanan tersebut.

Kini, segalanya telah berubah; Malaysia semakin dikenali & menjadi contoh/model terbaik kepada kebanyakan negara lain. Perkara penting yang mereka ingin contohi ialah cara kita semua bersatu dalam kepelbagaian kaum, bangsa, & agama. Penyatuan bangsa Malaysia seperti yang kita lihat sekarang ini merupakan sesuatu yang masih dicari-cari oleh negara luar. Oleh itu, ucapkanlah terima kasih kepada pemimpin terdahulu yang bersusah-payah memastikan kelangsungan perpaduan nasional sehingga ke detik ini.

Sesungguhnya, apa yang kita capai sekarang harus dikekalkan demi menjamin masa hadapan negara yang terus gemilang. Ingatlah; bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. I Love You, Malaysia. .forever. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan